CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 469|Reply: 0

Perak FC nafi terima konsesi, hartanah

[Copy link]
Post time 12-4-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode

KERATAN akhbar Utusan Malaysia.

   

IPOH: Tidak cukup dengan kemelut kewangan, pemilik Perak FC, Impact Media & Communication Sdn. Bhd. (IMC) turut dihujani fitnah menerima hartanah daripada kerajaan negeri Perak.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah dan yang menegaskan, mereka tidak menerima bantuan dana atau diberi sebarang konsesi kerajaan negeri atau mana-mana anak syarikat kerajaan negeri.

“Banyak tuduhan dilemparkan kepada Pe­rak FC dan IMC mengenai anugerah hartanah dan aset milik kerajaan negeri yang kononnya diberikan kepada kelab tersebut.

“Selain tuduhan yang melibatkan sebidang tanah bernilai RM400 juta dan sebuah kuari di dalam negeri yang telah disebarkan melalui media sosial.

“Tuduhan terbaharu melibatkan penganugerahan sebuah lesen konsesi pasir yang diberikan kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan salah seorang ahli teknikal kanan kelab.


“Sehingga hari ini, kami ingin menegaskan kami tidak menerima sebarang bantuan dana atau pun diberikan sebarang konsesi daripada kerajaan negeri atau mana-mana anak syarikat kerajaan ne­geri,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pengetahuan IMC, konsesi pasir yang dimaksudkan telah diberikan pada bulan Oktober 2021, jauh sebelum IMC terlibat dengan bola sepak Perak.

“Tuduhan ini berniat jahat, dan merupakan satu cubaan oleh pihak tertentu untuk merosakkan usaha kami untuk menjual milikan Perak FC,” ujar Yunus.

IMC menghadapi kemelut kewangan menyaksikan mereka gagal membayar tunggakan gaji pemain, pegawai pasukan dan pekerja kelab itu antara dua hingga tujuh bulan.

Berikutan itu Perak FC baru-baru ini dikenakan pemotongan mata oleh ‘First Instance Body’ (FIB) dan menghadapi kemungkinan lesen kelab ditarik pada akhir bulan disebabkan kegagalan melunaskan pembayaran gaji bagi tahun 2021.

Terbaru, sebuah konsortium yang di wakili oleh sebuah syarikat tujuan khas (SPV) mengemukakan sebuah tawaran susulan untuk membeli dan mengambil alih 100% pemilikan kelab.

IMC telah bersetuju untuk berbincang dan dijangka menyerahkan pemilikan mereka ke atas Perak FC sebelum akhir minggu ini. – UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... a-konsesi-hartanah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 23764 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 23348 Replies : 2
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27087 Replies : 60
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 38900 Replies : 33
Barangan peribadi Che Ta bakal dilelong, tarikh sudah ada- peguam MARA
maklukpenggodaBarangan peribadi Che Ta bakal dilelong,
Views : 25719 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 40055 Replies : 260
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275337 Replies : 8022
Fattah Amin sudah jumpa Pengganti dan sedang mengenali seseorang? - Sumber terdekat mengesahkan bakal akhiri zaman duda?
FORUMCARIIIFattah Amin sudah jumpa Pengganti dan se
Views : 54859 Replies : 345
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 96740 Replies : 986
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 22920 Replies : 428

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.219637 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list