View: 386|Reply: 0
|
China masih lagi satu ancaman - Zii Jia
[Copy link]
|
|
ZII Jia. -FOTO Arkib
Kuala Lumpur: Meskipun barisan pemain perseorangan China dilihat kurang menyerlah dalam beberapa kejohanan sejak kebelakangan ini, jaguh perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tetap mengambil sikap berwaspada.
Jelas pemain yang menduduki ranking ketujuh dunia itu, barisan pemain China kebiasaannya akan mempamerkan kebangkitan semula terutamanya di kejohanan utama seperti Piala Thomas.
Nama-nama besar seperti Chen Long dan Shi Yu Qi ketika ini dilihat tidak menonjol di atas gelanggang sekali gus mencetuskan persoalan adakah China kini sudah ketandusan pemain perseorangan.
Namun jangkaan Zii Jia itu ada benarnya selepas pemain perseorangan China yang menduduki ranking ke-156 dunia, Weng Hong Yang melakar kejutan apabila muncul juara Terbuka Korea menewaskan jaguh Indonesia, Jonatan Christie 12-21, 21-19, 21-15, semalam.
"Saya rasa apabila setiap kali kita melihat China, mereka pasti akan bangkit semula. Apa yang saya tahu inilah karakter mereka.
"Bagi saya, walaupun mereka sekarang ini macam tidak ada pemain perseorangan tetapi saya percaya mereka akan memberi kejutan terutama di Piala Thomas," katanya.
Zii Jia memberi contoh bagaimana China tidak menghantar pasukan terkuat ketika saingan Piala Sudirman di Vantaa, Finland tahun lalu namun masih mampu untuk muncul juara.
"Saya rasa kita tidak boleh memandang rendah kemampuan mereka. Contoh di Piala Sudirman walaupun mereka tak senaraikan pemain yang memenangi pingat di Olimpik, mereka masih boleh menjadi juara.
"Ketika ini, kita juga tak menjangkakan mereka boleh jadi juara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... atu-ancaman-zii-jia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|