View: 346|Reply: 0
|
Piala Dunia: Khairulnizam raih tempat ke-27
[Copy link]
|
|
Khairulnizam raih tempat ke-27 daripada 165 pelayar di Piala Dunia Sepanyol.
KUALA LUMPUR: Atlet pelayaran berpengalaman negara, Khairulnizam Mohd Afendy berjaya meletakkan namanya dalam kelompok 30 pelayar terbaik di Kejohanan Trofeo SAR Princess Sofea (Piala Dunia) yang berlangsung di Palma de Majorca, Sepanyol, awal pagi tadi.
Atlet berusia 28 tahun itu berjaya menamatkan saingan keseluruhan dengan berada di tempat ke-27 keseluruhan daripada 165 pelayar yang beraksi dalam kategori ILCA7.
Pelayar Great Britain, Michael Beckett muncul juara keseluruhan bagi kategori berkenaan.
"Alhamdulillah keseluruhan berada di tempat ke-27 daripada 165 peserta pada Kejohanan Piala Dunia Princessa Sofea, Sepanyol," kata Khairulnizam dalam satu hantaran di laman media sosialnya.
"Masa untuk balik ke tanah air dan mempersiapkan diri untuk Kejohanan Dunia pada Mei ini."
Musim 2022 menyaksikan satu permulaan positif buat Khairulnizam yang dalam persiapan untuk menukar warna pingat lebih baik di temasya Sukan Asia Hangzhou, China, September ini.
Pemenang pingat perak di Sukan Asia Incheon 2014 dan Jakarta 2018 itu memulakan kempen 2022 dengan merekodkan keputusan baik di Grand Prix (GP) Portugal pada Februari sebelum meraih pingat perak di Kejohanan Asia yang berlangsung di Abu Dhabi selepas itu.
Momentum itu kemudian dibawa Khairulnizam di Piala Eropah dan hasilnya, Khairulnizam muncul juara dalam kejohanan di Port de Pollenca, Sepanyol, bulan lalu.
Khairulnizam, yang beraksi di Olimpik London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020 dijadual menyertai Kejohanan Dunia 2022 di Riviera Nayarit, Mexico dari 21 hingga 28 Mei ini dalam usahanya mempersiapkan diri ke Sukan Asia.
https://www.bharian.com.my/sukan ... m-raih-tempat-ke-27 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|