CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 720|Reply: 2

Pesakit gastrik boleh berpuasa

[Copy link]
Post time 7-4-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Pesakit gastrik boleh berpuasa


GASTRIK mengakibatkan pesakit mengalami sakit perut.

RAMADAN adalah bulan di mana umat Islam diwajibkan menunaikan Rukun Islam kedua iaitu menjalani ibadah puasa.

Bagaimanapun, bagi penghidap gastrik, mereka berdepan kesukaran untuk menahan lapar dan dahaga pada sebelah siang kerana bimbang diserang penyakit itu.

Malah, masih ramai yang mempercayai mitos bahawa penyakit ini tidak boleh sembuh dan penghidap gastrik sebenarnya tidak boleh berpuasa.

Pakar Perunding Bedah Am & Kolorektal di Pusat Perubatan MSU (MSU Medical Centre) Shah Alam, Selangor, Dr Mohd Zailani M Hasan berkata, penghidap gastrik sebenarnya masih boleh berpuasa dengan menitikberatkan beberapa perkara antaranya penjagaan pemakanan.

"Individu itu perlu mengelakkan pengambilan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak serta makanan yang mempunyai asid tinggi seperti limau, oren dan tomato.

"Selain itu, perlu elakkan makanan dalam tin kerana ia mempunyai kandungan asid yang tinggi," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dari segi minuman, penghidap gastrik perlu mengurangkan atau mengelakkan minuman yang mengandungi kafein, minuman bergas dan beralkohol.

"Minum air kosong sekurang-kurangnya dua liter sepanjang malam pada Ramadan, dua gelas susu atau jus buah-buahan yang tidak berasid contohnya pisang ketika bersahur," katanya.


JANGAN melengahkan waktu berbuka.

Pada masa sama, penghidap penyakit ini perlu menjalani gaya hidup sihat termasuk berhenti merokok kerana asap boleh memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut.

"Jangan terus tidur selepas sahur atau makan malam. Selain itu, dinasihatkan supaya jangan terus makan dalam kuantiti yang banyak ketika berbuka atau sahur selain tidak melewat-lewatkan berbuka," katanya.

Beliau berkata, gastrik boleh menyerang mereka yang berpuasa kerana cara pemakanan yang tidak teratur ketika menunaikan ibadah itu.

"Ketika berpuasa, kita digalakkan untuk bersahur di akhir waktu dan tidak mengambil makanan yang berkalori tinggi dengan kuantiti yang banyak ketika berbuka.


pesakit-gastrik-boleh-berpuasa

PILIH makanan yang bersesuaian untuk bersahur dan berbuka.
"Selain itu, jenis makanan juga akan mempengaruhi risiko yang boleh menyebabkan pesakit untuk mengalami masalah gastrik," katanya.

Menurutnya, golongan berisiko tinggi terkena gastrik ketika berpuasa adalah ibu hamil, golongan yang lanjut usia (melebihi 60 tahun) terutama yang menghidap masalah kesihatan lain seperti diabetes mellitus dan sakit jantung koronari.

"Pesakit yang mempunyai masalah gastrik kronik juga adalah berisiko untuk menghidap gastrik ketika bulan puasa," katanya.

Mengulas lanjut, sekiranya diserang gastrik, bagi yang berada berdekatan fasiliti kesihatan, terus ke jabatan kecemasan untuk mendapatkan ujian pemeriksaan dan rawatan.

"Seandainya pesakit berada di tempat lain, pesakit dinasihatkan untuk bertenang dan berehat seketika di tempat yang selamat.


ELAKKAN makanan berminyak, bergoreng dan berlemak.

"Ubat-ubatan yang boleh digunakan dinamakan sebagai

'antacids' yang boleh didapati di farmasi berdekatan.

"Bagaimanapun, sekiranya gejala masih tidak berkurangan atau tidak berubah, pesakit perlu terus mendapatkan rawatan serta-merta di jabatan kecemasan," katanya.

Dr Mohd Zailani berkata, kesan jangka panjang penyakit gastrik sekiranya tidak dirawat termasuk luka (ulser) pada bahagian dinding perut dan pendarahan pada ulser (bleeding stomach ulcer)

"Selain itu, boleh berlaku kebocoran (perforation) dinding perut dan kanser perut," katanya.


WANITA hamil berisiko terkena serangan gastrik.

Jelasnya, kesedaran masyarakat terhadap gejala penyakit gastrik agak memberangsangkan terutama dalam kalangan golongan pertengahan dan golongan yang berusia 50-an.

"Namun, majoriti masyarakat masih menganggap yang penyakit ini akan kekal selama-lamanya.

"Mitos dalam kalangan masyarakat adalah pesakit gastrik tidak boleh berpuasa dan beranggapan ubat-ubatan hanya untuk mengurangkan gejala seperti kesakitan pada ulu hati," katanya.

Beliau menasihatkan supaya semua pesakit terutama yang berusia 50 tahun untuk menjalani ujian endoskopi sekiranya mempunyai gejala gastrik yang berpanjangan dan mengalami gejala gejala lain seperti hilang selera makan dan mengalami penurunan berat badan mendadak.

"Ini bagi mengenal pasti pesakit mungkin menghidapi penyakit lain seperti kanser perut atau esophagus.

"Selain itu, pesakit perlu menjaga disiplin dari segi pemakanan dan minuman untuk mengelakkan masalah gastrik yang berpanjangan," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/202 ... trik-boleh-berpuasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 01:12 AM | Show all posts
ish if ada gastritis, boleh je puasa
juga if ada hiatus hernia boleh je puasa
if ada gastric ulcer pon boleh jika symptoms membenarkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 08:22 AM | Show all posts
insyaallah boleh
sy ada gastrik.. biasa time dh ptg2 start pedih2 perut  
so, biasa sblm sahur sy mkn ubt gastrik dlu wat alas perut..
setakat 2/3 hari ni alhamdulillah much better
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.069937 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list