View: 775|Reply: 1
|
Kareena Kapoor buka cerita mengapa Saif Ali Khan tak suka paparazi
[Copy link]
|
|
Saif Ali Khan tidak suka gambarnya diambil oleh paparazi.
FOTO pelakon Kareena Kapoor bersama dua orang anaknya iaitu Taimur Ali Khan dan Jehangir Ali Khan kerap diambil oleh paparazi.
Malah kedua-dua anak lelaki Kareena dan suaminya iaitu aktor Saif Ali Khan itu juga mempunyai peminat tersendiri yang mengikuti perkembangan mereka.
Namun apa yang menarik perhatian netizen apabila kebanyakan gambar yang diambil paparazi hanya memaparkan Kareena dan anak-anak tanpa suaminya.
Memetik laporan Hindustand Times, Kareena mendedahkan suaminya itu sememangnya tidak gemar gambarnya diambil oleh jurugambar bebas.
"Kini anda tahu mengapa Saif tidak suka bergambar untuk paparazi," tulis Kareena secara seloroh.
Untuk rekod, Kareena mendirikan rumah tangga dengan Saif Ali Khan pada 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku pon x suka paparazi |
|
|
|
|
|
|
| |
|