View: 467|Reply: 0
|
KL Thunder pertahan kejuaraan
[Copy link]
|
|
KL THUNDER berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu apabila sekali lagi mengungguli saingan Piala Juara-Juara STL 2022.
KL Thunder pertahan kejuaraan
KEJAYAAN Kuala Lumpur (KL) Thunder memenangi saingan Piala Juara-Juara STL 2022 menewaskan Johor Tigris di Iskandar Malaysia Studio, Iskandar Puteri kelmarin adalah hasil percaturan bijak dilakukan jurulatih mereka.
Menurut apit kiri, Amirul Zazwan Amir, 27, tindakan ketua jurulatihnya, Rashidi Nordin mengeluarkan tekong berbisa KL Thunder, Syahir Rosdi dan memasukkan Ahmad Aizat Nor Azmi adalah tepat ketika pasukan lawan mendapat momentum permainan.
Pemain berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, kemasukan Ahmad Aizat ketika pasukan ketinggalan 12-16 membantu pasukan bertahan dengan baik sebelum kembali melakukan serangan balas sehingga dapat bangkit mengejar dan memenangi set pertama.
“Pertukaran yang dilakukan ketua jurulatih bukanlah keputusan terdesak tetapi ia merupakan sebahagian daripada perancangan pasukan. Tiada istilah pemain utama sebaliknya setiap pemain ada peranan penting masing-masing dan berpengalaman luas.
“Apabila Syahir dikeluarkan, saya dan Azlan Alias tidak rasa tertekan kerana kami tahu kualiti yang ada pada Aizat. Kami tahu dengan adanya Aizat, corak pertahanan kami akan menjadi lebih kemas dan memberi peluang untuk serang semula.
“Hasilnya, kita dapat lihat pada perlawanan itu apabila KL Thunder berjaya bangkit dan mengejutkan lawan ketika mereka berada di ambang kemenangan. Ini membuktikan strategi ketua jurulatih membawa masuknya membuahkan hasil,” katanya.
Amirul Zazwan yang dinobatkan sebagai pemain paling berharga (MVP) pada saingan itu menganggap anugerah peribadi itu adalah hasil kerjasama keseluruhan pasukan termasuk barisan jurulatih serta mereka di sebalik tabir.
Dia juga turut dipilih sebagai apit kiri terbaik kejohanan, manakala rakannya, Syahir dan Azlan masing-masing dipilih sebagai tekong dan apit kanan terbaik kejohanan.
https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... pertahan-kejuaraan/
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|