CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1204|Reply: 0

[SEJARAH] Datu Marahum Bukit Merah

[Copy link]
Post time 26-3-2022 10:24 PM | Show all posts |Read mode
Datu Marahum Bukit Merah



Ketika kemuncak pemerintahan Datu Marahum di Singgora, kota pelabuhannya amatlah maju dengan kapal-kapal besar berjumlah 80 buah selain perahu-perahu pedagang mampu berlabuh pada satu-satu masa.
Datu Marahum telah membina kota pemerintahan yang berkubu dan bermeriam di Bukit Merah. Kedudukannya memang strategik dan mampu memantau suasana di pelabuhan.
Bentuk kubu batunya mirip kota berkubu di dalam filem Queen of Langkasuka. Memang sebenarnya kota-kota pelabuhan Melayu dahulukala biasa memakai tembok berbatu seperti ini.

Catatan Perancis ada menyebut:
"...pada tahun 1643 terdapat seorang berbangsa Melayu melantik dirinya menjadi raja Singgora dan tidak tunduk kepada raja Siam. Dia membuat kubu-buku perang dengan kukuh serta mengajak para pedagang supaya datang berdagang di Singgora secara besar-besaran. Siam mengarahkan tenteranya menyerang Singgora beberapa kali namun setiap serangan itu berjaya dipatahkan oleh Singgora. Kemudian orang Melayu ini melantik dirinya menjadi raja Negeri Singgora."
Kota berkubunya masih meninggalkan puing-puing kerana selepas Singgora jatuh ke tangan Siam, ianya ditinggalkan begitu saja - corak yang tipikal pasca serangan Siam, contohnya di Patani. Maka gangguan seperti pembangunan semula dan sebagainya tidak berlaku, tidak seperti kebiasaan di kota-kota pelabuhan pesisir semenanjung yang lain. Kemudian pemuliharaan dari pihak-pihak tertentu seperti di bidang sejarah, pelancongan dan pihak kerajaan Thailand juga memungkinkan ianya tetap terpulihara.

Bukannya tidak ada dugaan yang melanda seperti kegiatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini yang berpotensi mengancam tapak bersejarah ini.

Rujuk: https://thethaiger.com/.../songkhla-archeological-site...

Namun khabarnya ramai aktivis dan ahli akademik berusaha melobi pihak berkuasa supaya terus cergas memelihara tapak sejarah ini.

Kisah Datu Marahum membina kota berkubu di Bukit Merah adalah antara kisah-kisah ganjil di kalangan anak-anak Melayu yang tidak mengetahui kisah-kisah lampau orang Melayu di rantau ini, yang tenggelam dan bergantung kepada karang-karangan kerani penjajah sahaja. Bumi dipijak sudah jadi milik orang, namun sejarahnya, kota batunya masih perkasa melawan masa.

Sampai masa, mungkin kota berkubu ini juga rebah diulit zaman,  menurut ' saudara-saudaranya'  yang lain. Akan ada 'kepala tau' yang menuliskan cerita bohong: orang Melayu tidak tahu membina kota batu. Ya, jika tinggalan sejarah di Bukit Meriam, di Sungai Batu - di mana-mana saja sesedap rasa ditarah dan diratakan, maka tiadalah buktinya lagi. Sekeping-sekeping dicabut dan diambil lama-lama hilanglah sebuah bukti peradaban.

Jika hilang kotanya pun, catatannya masih ada. Sejarah tidak pernah melupakan kita. Kisahnya masih ada untuk anak cucu mendengar sampai terhairan-hairan bagaimana Datu Marahum membina kota berkubu di Bukit Merah laksana peliknya bagi sesetengah orang membaca riwayat kota Langkasuka yang bertembok dan bergerbang dua.



~Srikandi
remember yesterday!
Saktimuna: https://bit.ly/3K5Pemu



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.053733 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list