View: 1702|Reply: 32
|
Piramid makanan untuk pesakit Long COVID
[Copy link]
|
|
Piramid makanan untuk pesakit Long COVID
Kekurangan nutrisi menyebabkan pesakit Long COVID berisiko hidap masalah berat badan dan malnutrisi.- Foto hiasan
TUBUH pesakit yang mengalami komplikasi jangka panjang disebabkan COVID-19 atau dikenali sebagai Long COVID, berada dalam keadaan hiperkatabolik, iaitu memerlukan nutrisi lebih tinggi berbanding ketika sihat.
Jadi keperluan nutrisi mencukupi merangkumi makronutrien yang memberi tenaga iaitu karbohidrat, protein dan lemak serta mikronutrien (vitamin dan mineral) amat penting bagi memastikan penyembuhan dan pemulihan pesakit.
Pegawai Dietetik, Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, Lydianis Bahari, berkata kekurangan nutrisi akan menyebabkan pesakit Long COVID berdepan risiko tinggi kekurangan berat badan, malnutrisi dan kehilangan jisim otot berpanjangan atau sarcopenia.
Sarcopenia berlarutan menyebabkan otot di keseluruhan tubuh termasuk yang digunakan semasa menelan dan bernafas, terjejas sekali gus mengurangkan kualiti hidup dan keupayaan pesakit membuat aktiviti fizikal.
"Sarcopenia jika ditambah dengan inflamasi sistemik pesakit COVID-19 akan meningkatkan risiko malnutrisi. Jadi pengambilan protein dan kalori mencukupi perlu dititikberatkan bagi mengekalkan dan meningkatkan jisim otot tubuh," katanya.
Amalkan makanan seimbang
Menurut Lydianis, pemakanan sihat dan seimbang asas bagi mendapatkan makronutrien dan mikronutrien diperlukan tubuh sekali gus mengelakkan kemasukan semula pesakit ke hospital akibat kesihatan semakin merosot.
Piramid makanan boleh dijadikan panduan, selain kaedah pinggan sihat, suku-suku separuh yang mengandungi sumber karbohidrat, protein, buah dan sayuran.
"Kepelbagaian jenis makanan kunci utama mendapatkan nutrisi tambahan yang menghasilkan impak kesembuhan optimum.
"Contoh kepelbagaian buah dan sayuran dari warna berbeza setiap hari bagi membolehkan mendapat manfaat vitamin dan antioksida yang berlainan," katanya.
Namun, disebabkan simptom Long COVID, ada pesakit sukar mencapai pengambilan nutrisi sepatutnya, malah saranan asas pengambilan kuantiti makanan berpandukan pinggan sihat menjadi tugas 'mencabar'.
Ambil makanan berkalori
Antara simptom yang boleh mengganggu pengambilan makanan pesakit termasuk cepat merasa kenyang dan hilang selera makan dan deria rasa, letih, kurang tenaga, cirit-birit atau sembelit.
"Pesakit yang minum air kosong ketika makan, mudah rasa kenyang tetapi hanya sedikit kalori kerana air kosong tiada kandungan kalori dan protein.
"Jadi sediakan makanan tinggi kalori dan protein contohnya bubur nasi kosong digantikan dengan bubur campuran isi ayam. Tumis bawang, halia, bawang putih dan seleri sebelum merebus beras untuk menambah kalori dan rasa lebih enak," katanya.
Menurut Lydianis, simptom Long COVID iaitu cirit-birit dan muntah boleh menyebabkan dehidrasi, malah pesakit juga sukar menelan dan hilang selera makan.
Lydianis Bahari.
Lebih pengambilan makan berserat
Justeru, pesakit perlu mengambil cecair secukupnya bagi mengelakkan masalah klinikal berkaitan dengan dehidrasi.
"Perlu pantau kencing, jika mereka membuang air kecil setiap tiga hingga empat jam dan air kencing berwarna kuning cair. Ini menunjukkan status hidrasi yang baik.
"Bagi pesakit COVID-19 yang menghidap sakit buah pinggang dan jantung pengambilan cecair perlu dihadkan.
"Pesakit perlu merujuk kepada doktor dan pakar diet bagi membantu kawal pengambilan cecair," katanya.
Perubahan sistem pencernaan pesakit COVID-19 boleh berlaku akibat penggunaan antibiotik, kurang bergerak kerana cepat penat, pengambilan cecair dan serat, tekanan perasaan dan kesan sampingan ubat.
"Untuk itu, pengambilan serat secukupnya bagi membantu melawaskan sistem pencernaan penting selain melebihkan sumber karbohidrat bijirin penuh.
"Bagi yang cirit-birit ambil minuman isotonik atau larutan rehidrasi oral (ORS) bagi menggantikan elektrolit yang banyak hilang serta mengambil makanan tinggi kandungan serat larut seperti pisang, epal, avokado dan bijirin," katanya.
Simptom pesakit berbeza
Keadaan Long COVID untuk setiap penyakit adalah berbeza. Simptom juga pelbagai termasuk bagi mereka yang mempunyai penyakit komorbid berbeza sama ada komorbid tunggal atau kombinasi.
Meskipun pemakanan untuk setiap simptom berbeza, namun ia mempunyai matlamat utama memastikan pesakit mendapat nutrisi lengkap.
"Bagi pesakit Long COVID yang juga penghidap penyakit kronik, mereka perlu mendapatkan rawatan kesihatan susulan supaya status dan mendapatkan pelan pemakanan," katanya.
Piramid makanan boleh dijadikan panduan untuk pesakit Long COVID.- Foto hiasan
Mengenai pengambilan vitamin dan mineral yang boleh menyebabkan kemudaratan dalam proses penyembuhan pesakit COVID-19 sekiranya diambil berlebihan.
"Pengambilan makanan sihat dan seimbang adalah kunci utama dalam mendapatkan segala nutrisi diperlukan tubuh, tetapi jika pesakit gagal memenuhi keperluan nutrisi dan menunjukkan simptom kekurangan vitamin, pengambilan suplemen digalakkan.
"Sebelum sesuatu jenis makanan tambahan diambil, amalkan bacaan label di bungkusan serta rujuk dan bandingkan dengan Cadangan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia (RNI Malaysia 2017) supaya tiada pengambilan melebihi keperluan.
"Dapatkan nasihat doktor, ahli farmasi dan pakar diet terlebih dahulu," katanya.
Menjadi tanggungjawab bersama memastikan pesakit COVID-19 mendapat rawatan dan pemakanan yang betul.
"Sokongan emosi dan kewangan juga perlu diambil kira agar akses kepada sumber makanan sentiasa ada," katanya.
INFO: Pesakit Long COVID
- Elak makanan atau minuman mengandungi laktosa seperti susu, keju dan yogurt.
- Boleh diambil selepas cirit-birit sembuh kerana ia adalah sumber makanan dan minuman tinggi protein
- Elakkan makanan kalori dan protein yang tinggi
- Minum banyak air
https://www.bharian.com.my/hujun ... -pesakit-long-covid
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
doktor aku suggest yg sama gak...mkn seimbang serta multivitamin |
|
|
|
|
|
|
|
Tq sharing |
|
|
|
|
|
|
|
Ya. Sgt penting balanced diet ni.
Sbb, jika kita rajin buat Food Diary eg dlm sebulan gitu dan kita classify elok2 eg buat dlm Excel etc, kita akan dapqti kita tkde la that balanced. Mana fruitsnya mn sayurnya.. byk variety tetapi rupanya semua bergoreng.. fluid rupanya less than minimum sehari etc
|
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm info yg menarik jugak macam ni. mmber ak pon ade yg kena covid, dia cakap deria rasa, selerea makan semua kurang tapi masa kat hospital memang macam ni cara jaga pemakanan pon kan..
tapi tu lah sekarang ni kena jaga diri, selalu2 lah bersihkan diri, basuh tngan sebelum makan... |
|
|
|
|
|
|
|
basuh baju pun kena pastikan betul2 bersih, kdg2 kena basuh tgn dulu baru masuk washer takut bakteria tak mati. tpi penat la
|
|
|
|
|
|
|
|
mesin basuh saya sampai rosak la selalu basuh baju, dah kena beli mesin basuh baru satu hal.
|
|
|
|
|
|
|
|
betull.. tpi mmg susah la kalau macam tu. sebab setiap kali nak ambik baju dari washer pun kena la plak nak basuh2 tangan.. jadi leceh.. makan masa pun ye.. nsib laa skrg ni banyak je washer yg auto
|
|
|
|
|
|
|
|
sesejak skrg ni kan mmg kena jaga kebersihan betul2 sebab bukan apa.. kita yg dah vaccine pun still boleh kena covid kalau x jga betul2.. lgipun x susah.. baju tu lepas pakai mmg kena basuh atau asingkan ke baldi lain stiap kali lps keluar rmah
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannyaa. mcm mana bleh rosak tu? mesin basuh tu mesti dah lama kan guna sebab tu yang sampai boleh buat hal macam tu.. dh tibe masa la cri washer baru kan
|
|
|
|
|
|
|
|
saya pun tgh cari washer baru, tak tahu nk beli brand apa. sebelum ni guna midea, mcm nk tukar brand lain
|
|
|
|
|
|
|
|
baju pun dah nk rosak asyik basuh je. takde ke washer yg gentle je bila basuh baru baju tak rosak
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fidra at 23-3-2022 10:41 AM
ohh dengar jgk yg tu bagus awal2, x lama buat hal.. spare part pun susah cari en. mungkin xde rezeki huhu.. kalau nak auto kan, boleh cari yang panasonic. sy dari start tinggal sendiri mmg guna panasonic. sejak ni dah tukar 2 kali laa. sebab tahan lama
|
|
|
|
|
|
|
|
memang susah sikit.. bleh jadi sebab detergent x berapa sesuai kot.. maybe terlalu harsh untuk baju. tpi kalau guna panasonic, mslh cmni mmg orang kata sebilion dalam 1 la nak appear hahaha. tinggal sendiri mmg xde masalah cmni
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg biasa jadi macam tu lagi lagi kalau baju tu selalu bleach atau pun detergent x sesuai dengan material baju,..
kadang tu detergent terlalu kuat
|
|
|
|
|
|
|
|
kan. tu yg aku belikan aje washer panasonic yg baru tu haa untuk bini aku.. dia membasuh pun x la masam muka. sebab yg lama tu, memang kadang tub dia kena betul kan la, tiub cepat kotor.. payahh
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa panasonic ada feature gentle clean ke? saya tak tahu pulak sbb dah lama tak beli washer takde pulak nk survey2
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wawaliudin at 24-3-2022 03:27 PM
washer dia yg mana tu ye? apa lagi features best kat washer tu? mesti mahal kan
|
|
|
|
|
|
|
|
tak mahal bgi aku sebab function dia offer tu mmg best best lagi pun dia ada installment so still boleh afford. yang paling best dia ada UV light and dia ada active foam. tu paling fav aku
|
|
|
|
|
|
|
| |
|