View: 802|Reply: 1
|
Chelsea tidak mampu pertahan trofi Liga Juara-Juara
[Copy link]
|
|
London: Chelsea diberi peringatan boleh bekas pertahanan mereka, Frank Leboeuf bahawa untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara musim ini adalah sangat mustahil.
Thomas Tuchel dan anak buahnya menjulang trofi berprestij itu awal tahun ini selepas menumpaskan Manchester City 1-0 di Porto hasil jaringan Kai Havertz.
Setakat ini, mereka berada di landasan tepat dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan semakin hampir untuk melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, namun Leboeuf sangsi akan kemampuan bekas kelabnya itu.
"Kegagalan buat kelab besar seperti Chelsea, Liverpool dan kedua-dua kelab dari Manchester adalah tidak memenangi sebarang trofi.
"Saya tidak pasti penyokong keempat-empat kelab itu akan gembira jika hanya memenangi Piala Liga.
"Kelab dan peminat tidak mempedulikannya, apa yang mereka mahu sekurang-kurangnya Piala FA, jika tidak berjaya muncul juara EPL atau Liga Juara-Juara.
"Hanya satu pasukan dapat memenangi setiap kejohanan dan Chelsea cukup beruntung berjaya muncul juara Liga Juara-Juara musim lalu tapi ia lebih kepada keajaiban.
"Tuchel hadir dan melakukan beberapa perubahan, ia ternyata berhasil, tidak ada siapa jangka Chelsea akan menang.
"Buat masa sekarang Piala FA dilihat sudah cukup bagus buat Chelsea dan jika muncul juara EPL atau Liga Juara-Juara ia sangat luar biasa.
"Liga Juara-Juara kelihatan agak kurang realistik daripada tiga kejohanan berkenaan kerana hanya Real Madrid yang mampu untuk memenanginya sebanyak tiga kali berturut-turut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... fi-liga-juara-juara
|
|
|
|
|
|
|
|
CHELSEA dijangka sukar untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|