CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2836|Reply: 10

CT-LEBARAN PERTAMA TANPA ABAH

[Copy link]
Post time 24-9-2009 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Lebaran pertama tanpa bapa

Oleh HARYATI KARIM
[email protected]

SITI menjadi antara wajah paling banyak muncul di kaca TV biarpun kini sudah bergelar isteri.

MESKIPUN semakin banyak wajah baru muncul di pentas seni, penyanyi pujaan ramai, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tetap menjadi pilihan stesen televisyen, majalah mahu akhbar untuk mengabdikan wajahnya sempena lebaran.

Tiada tanda-tanda langsung, populariti serta saham isteri kepada Datuk Khalid Mohd. Jiwa itu sedang turun, sebaliknya semakin meningkat pula.

Senang dengan pendekatan merendah diri dan ramah terhadap orang sekeliling antara punca nama Siti kekal di puncak, tambahan pula penyanyi nombor satu negara ini baru sahaja meluncurkan album kerohaniannya yang pertama yang berjudul Tahajjud Cinta.

Sedang pasaran album tempatan semakin nazak, Siti tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak mengeluarkan album. Sebaliknya muncul dengan album baru menjadi agenda wajibnya setiap tahun.

Baginya, apa yang dikurniakan semuanya kurniaan Allah dan dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya hari ini.

"Alhamdulillah saya masih laku dan masih sibuk. Orang kata kalau sudah kahwin saham sebagai artis semakin turun, takut juga kalau itu berlaku tetapi saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

"Tetapi nampaknya, saya masih mendapat undangan nyanyian, sesi fotografi dan muncul dengan album baru," katanya.

Bercerita tentang raya, tahun ini sudah pasti banyak bezanya dengan raya tahun-tahun lalu kerana Siti baru sahaja kehilangan bapa tercinta Allahyarham Tarudin Ismail yang meninggal dunia pada 15 Februari lalu akibat serangan jantung selain komplikasi buah pinggang dan kencing manis.

LANTERA AIDILFITRI menggabungkan Siti dengan Faizal Tahir dan Apek.

Tidak dapat menyembunyikan kesedihannya, Siti menyifatkan lebaran tahun ini kurang meriah berbanding tahun sebelumnya apabila mengenangkan ketiadaan bapa di sisinya.

"Memang sedih apabila teringat kenangan lalu berpuasa dan beraya dengan arwah abah. Dia suka melihat anak-anaknya berkumpul sewaktu berbuka dan bersahur.

"Dia hanya akan menjamah makanan selepas anak-anaknya selesai menikmati hidangan. Itulah yang paling digemari arwah setiap kali anak-anaknya pulang ke kampung ketika bulan Ramadan.

"Bila raya pun arwah abah suka berkumpul ramai-ramai dan masak macam-macam makanan. Bila arwah sudah tiada kami masih bertuah kerana dapat pulang menyambut raya bersama ibu di Kuala Lipis, Pahang," ujarnya.

Siti yang mengerjakan umrah bersama suaminya baru-baru ini tiba di Malaysia pada pagi raya pertama dari kota Mekah.

"Kami sampai Kuala Lumpur pada pagi raya dan terus bertolak ke Kuala Lipis untuk beraya bersama ibu. Tidak ketinggalan saya melawat kubur arwah ayah. Sehari di Lipis saya dan suami ke Kedah sehari sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur," terangnya.

Lantera Aidilfitri

Berbicara tentang gabungan bersama Faizal Tahir dan Saiful Apek dalam program raya Lantera Aidilfitri yang disiarkan pada 21 September lalu, di Astro Ria, Siti menyifatkan ia sebuah program raya yang berbeza.

"Selalunya dalam program raya, Siti menyanyikan lagu raya tetapi dalam program raya kali ini Siti menyanyikan lagu moden dan hanya satu sahaja lagu raya bersama tetamu jemputan.

"Pakaian yang dipakai pun berbeza, campuran antara moden dan tradisional. Saya sengaja buat yang berbeza kerana sudah pasti pada hari raya banyak program akan siarkan lagu raya, jadi apa salahnya buat sedikit berbeza," ungkapnya.

Menyentuh tentang pemilihan Faizal Tahir yang pertama kali diundang dalam program rayanya, Siti menjelaskan pilihan Faizal berdasarkan vokal dan karismanya sebagai penyanyi.

"Saya pun minat vokal dan lagu-lagu Faizal, jadi sebab itu saya pilih dia, semasa tawaran dibuat kepadanya, Faizal juga tidak menolak.

"Bagi saya dia seorang penyanyi yang mempunyai masa depan cukup cerah berdasarkan vokal, lagu serta pakej yang lengkap ada padanya," tutur Siti.

SITI tidak dapat menyembunyikan kesedihan menyambut hari raya tahun ini bapa tersayang.

Apek pula satu kebiasaan bagi Siti kerana sudah lima tahun mereka bekerjasama dalam program raya. Keserasian yang wujud antara Siti dan Apek menyebabkan Siti tidak mampu untuk meninggalkan rakan duetnya itu tatkala tiba rakaman raya.

"Macam Apek memang dah biasa dengan saya. Cara dia mengendalikan program amat santai dan suka buat lawak secara spontan, itu yang berjaya menambat hati penonton," kata Siti

Faizal pula menganggap tawaran yang diberi Siti kepadanya umpama satu penghargaan kerana dia sendiri antara jutaan peminat Siti Nurhaliza.

"Saya agak terkejut apabila diajak dalam rakaman ini sebab dia penyanyi nombor satu negara, saya pula masih hijau. Apa yang saya harapkan lepas ini, Siti tidak serik lagi mengundang saya," bicara Faizal dalam tawa.

Dalam program Lentera Aidilfitri itu, sebanyak 11 buah lagu didendangkan khas untuk penonton Astro Ria, antaranya lagu Ku Mahu, Pastikan, Apa Guna Berjanji & Bosanova, Cintaimu, Di Taman Teman, Lucky, Engkau Laksana Bulan, Sampai Syurga, Bencinta dan lagu duet Siti bersama Faizal iaitu, Mahakarya Cinta dan Dialah Di Hati.

Selain itu mereka juga menyanyi bertiga dengan mendendangkan lagu Suratan atau Kebetulan serta Menjelang Hari Raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2009 11:08 AM | Show all posts
haritu tgk konsert kembara seniman jamal abdillah, kat tv 1 ,kamera asyik fokus je kat ct & dk . salute la kat ct ni,sape saje artis buat konsert ct mesti turun padang beri sokongan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 11:28 AM | Show all posts
sokong ct!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 01:29 PM | Show all posts
Ct....always the best!!!:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 11:42 PM | Show all posts
CT mmg suker support kwn2..klu AZ nya show msti dia g, ku rsa lps ni FT nya show lak msti dia g..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 02:31 AM | Show all posts
aku rasa kalo ct cooperate buat lagu ngan FT dan Audi Mok..

Meletops!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2009 06:28 AM | Show all posts
ct ni ari2 kuar masuk paper....
klu tak metro, BH, utusan, kosmo, mediahiburan, mstar, NST, The Star...tak jemu selagi tok ti bernyawa dlm industri...kirenye wartawan tak prnh nk boikot

hehehe....ak tak sangka plak taun ni mnjd zmn kegemilangan tok ti yg terbaru slps berkahwin..rmi2 rebut nk tau
album pn mendapat promosi berjela2
wajah tok ti selalu mnjd hiasan kaca tv
paper tak jemu kuar citer psl tok ti
award pn antr artis Malaysia yg plg bnyk...tak pn yg terbanyak sekali tuk taun ni trmsk AIM +APM +ABP

tak sia2 ak sokong tok ti............GO Tok ti!
meroyan plak ak ni....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 06:36 AM | Show all posts
ade sape2 udah upload video kat utube?

teringin la nk tgk gandingan tok ti ngan FT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2009 06:40 AM | Show all posts
8# dauswq

dah ade dah daus kat utube, ct and ft duet ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2009 08:59 AM | Show all posts
ade sape2 udah upload video kat utube?

teringin la nk tgk gandingan tok ti ngan FT
dauswq Post at 25-9-2009 06:36


faizal tahir mcm gatal jer bile ckp gan ct.ada sekali tu ct pgl FT abang faizal...manje tul ct nie...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 02:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.060514 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list