CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3115|Reply: 16

misteri: masih hidup- puluhan peluru dlm badan!!

[Copy link]
Post time 29-8-2009 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Sarang peluruOleh Mary Victoria Dass






JOHOR BAHRU: Puluhan serpihan peluru masih tertanam di tubuhnya sejak 31 tahun lalu, tetapi seorang pesara polis masih hidup hingga kini.

Malah, peluru terbabit kini sudah sebati dengan darah daging Zakaria Sabtu, 62.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berkata, serpihan peluru berkenaan berterabur menusuk tubuhnya termasuk di dada dan rusuk lengan kiri ketika berbalas tembak dengan ketua lanun ganas digelar Raja Laut di Pulau Sangga Kecil di perairan Perak pada 1 Mei 1978.

Zakaria berkata, kejadian berkenaan masih terpahat di hatinya hingga kini.




“Detik mencemaskan itu berlaku ketika operasi beberapa anggota UTK menyerbu sarang persembunyian Raja Laut atau nama sebenarnya, Tan Kuan Seah.

“ Pada hari ke-10 operasi, berlaku kejadian berbalas tembak antara saya dan ketua penjenayah terbabit yang didakwa memiliki ilmu ghaib pada jarak kurang dari tiga meter.

“Ketika detik cemas itu, raifal Sniper HK-G3 yang saya gunakan saya selama tiga tahun tiba-tiba tidak meletup kerana kelongsong peluru tersangkut menyebabkan Raja Laut yang menggunakan senjata M16 melepaskan tembakan pada saya hingga dia kehabisan peluru,” katanya.

Zakaria yang menamatkan perkhidmatannya di Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Timur berkata, misteri peluru yang berkecai menjadi serpihan dan masih tertanam dalam tubuhnya terus menghantuinya hingga kini berikutan menimbulkan pelbagai kesulitan.

“Doktor berjaya mengeluarkan beberapa butir peluru di leher dan anggota badan lain dalam tiga pembedahan.

“Bagaimanapun, puluhan serpihan peluru yang berkecai itu masih tidak dapat dikeluarkan hingga kini,” katanya.

Menurutnya, beberapa doktor yang ditemui bagi mendapatkan rawatan juga menasihatinya supaya membiarkan peluru itu dalam tubuhnya.

Akibatnya, keadaan kesihatannya kerap terjejas terutama badan terasa sengal jika hujan dan cuaca sejuk.

“Jika serpihan peluru itu dikeluarkan, doktor khuatir saya terdedah pada jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan komplikasi lain.

“Malah, ada doktor menyatakan walaupun serpihan peluru itu mengandungi timah, ia sudah sebati dengan badan saya.

“Keadaan ini membimbangkan saya yang mempunyai tiga cahaya mata termasuk seorang masih berusia enam tahun dan perlu menyara isteri dengan pencen RM1,200 sebulan,” katanya yang pernah dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN).

Zakaria berkata, akibat kejadian itu, dia turut mengalami masalah pendengaran.

“Biarpun ada pihak mempertikaikan kerosakan senjata saya, namun pertempuran itu dianggap sebagai ‘merdeka’ bagi penduduk di perairan Perak.

“Ia berikutan mereka kini hidup aman selepas bebas daripada cengkaman ketua lanun itu walaupun Raja Laut berjaya meloloskan diri hingga kini,” katanya yang pernah menerima sumbangan daripada Tabung Pertahanan Negara RM2,000.






mmg hebat ler nih.... kena tembak kalu nanti.. kira mcm kebal  hah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2009 01:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 01:33 PM | Show all posts
dasyatt.....Allah lanjutkn usia...bersyukur atas kebesaranNYA..aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 01:41 PM | Show all posts
pantang maut sebelum ajal..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 01:43 PM | Show all posts
panjang umor die nih....mungkin peluru tu xkene organ2 penting kot...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 01:45 PM | Show all posts
nape peluru tu xkuar masa dia buang air ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2009 02:13 PM | Show all posts
timah x dapat diproses semasa pembuangan air kecil kot....

apapun tahniah ler pakcik panjang umor lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 02:15 PM | Show all posts
nape peluru tu xkuar masa dia buang air ek
ismiulammraja Post at 29-8-2009 13:45


sebab die buang air je....bkn buang peluru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2009 02:16 PM | Show all posts
inilah barisan kita,yg ikhlas bjuang,siap sedia bkorban,utk ibu pertiwi,sebelum kita bjaya,jgn harap kmi plang...inilah sumpah pendekar kita untuk ibu pertiwi......lgu ni khas buat encik zakaria...wa tabik spring 4 u bro zakaria......
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 05:23 PM | Show all posts
fuyyyohhh!!!!dasat gak
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 05:32 PM | Show all posts
dahsyat~~~~ panjang umur~~~
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 10:58 PM | Show all posts
mcm mana roper nye HG-G3 sniper tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 11:32 AM | Show all posts
kalo bukan ajalnye..

mmg x mati laa

kalo dah ajal.. jentik pun leh mati..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 01:14 PM | Show all posts
pejuang abadi!
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 01:08 PM | Show all posts
Pantang maut sebelum ajal...lagipun pakcik tu kena tembak peluru 5.56mm.....tapi katakan pakcik tu punya G3 tak jam..rasa aku paling kurang cedera parah Raja Laut tu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 10:32 AM | Show all posts
Raja Laut tu sampai sekrg tak jumpa lagi?

bahaya kan kijer tentera nie....................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2009 01:03 PM | Show all posts
16# six_heart


errr PGK bukan tentera banggg.. wuhuuu.. dasat ahhhhh ini baru la pejuang sejati...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054539 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list