View: 59377|Reply: 274
|
Cerita/Pengalaman paranormal aku dan kaum kerabat
[Copy link]
|
|
Last edited by duquesne on 25-7-2012 02:43 PM \n\n Last edited by duquesne on 24-7-2012 12:28 PM \n\nDulu penah post cerita2 ni semua kat sini... dah nak dekat sebulan dok carik mana pegi thread tu, tak jumpa2.. so saja la refresh cerita-ceriti ni.. kot kot la boleh sapa sapa yang expert bagi pandangan.
Cerita pertama kejap lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita pertama
Cerita ni mak aku bagitau masa dia "sakit" first time.
Masa tu aku form 2. Masa ni mak aku supply kuih muih kat satu kantin sekolah menengah di Seremban. So pepagi pukul 3 - 4 dia dah bangun sebab nak siapkan kuih muih. Selalunya dia akan buat 4 - 5 jenis kuih, dari kuih seri muka, karipap, apam pisang, kuih lapis, kuih koci, dan kadang kadang kuih donut atau sardin roll. Dia ni suka buat keje sorang sorang sebab kalau ramai ramai dia macam rimas. So selalunya masa subuh tu allahyarham ayah aku bangun, dia dah siapkan most of the kuih, and allahyarham ayah aku kena tolong dia goreng karipap yang dah disiapkan sebelumnya. Petang dia akan pegi balik kat sekolah tu, collect segala tray kuih and bayaran kuih pada hari itu. So ini memang daily routine dia la..
Satu pagi tu, macam biasa la pukul 3 lebih dia bangun, lepas mandi semua, dia ke dapur, bukak pintu and grill nak keluarkan kuali besar segala la dari kabinet kat luar. Then masa dia tengah nak bukak grill tu, dia ternampak satu lembaga yang besar, dalam 6 kaki jaraknya dari dia yang berdiri kat pintu dapur tu, berwarna kelabu, tinggi dalam 7 - 8 kaki, berjubah labuh dan bermuncung panjang. Mak aku terkejut terus mengucap dan berkata Subhanallah and beristighfar. Lembaga tu terus hilang dan dia terbau bau yang sangat busuk. Lepas tu dia terus buat kerja macam biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita pertama (sambungan)
On the way dia balik ke rumah lepas ambik tray kuih dia, dia dah rasa tak sedap badan. Tapi mak aku ni jenis kuat semangat.. dia buat tak pedulik aje.. so sambung routine macam biasa. Lepas maghrib, dah start kupas ubi kentang buat inti karipap, then uli tepung, then siapkan karipap sampai ler pukul 10 lebih. Lepas tu dia akan masuk tido. Masa tido tu dia mimpi, sekor anjing hitam menyalak kat pintu pagar rumah. Dia pegi halau anjing tu, tapi anjing tu degil. Anjing tu ada macam tompok putih kat tengah tengah dahi. Masa dia halau anjing tu, tetiba anjing tu datang gigit kaki kanan dia dari depan, so semua jari kaki dia termasuk dalam mulut anjing tu. Dia rasa sakit, terus bertempik. Masa tu ler dia terjaga dan rasa tapak kaki kanan dia sakit berdenyut denyut. Masa tu pun dah pukul 3 lebih, so dia terus ler bangun doing her routine macam biasa.
Selang 3 hari, tapak kaki kanan dia makin sakit dan dah start bengkak. Ada lebam and bengkak kat tapak kaki bawah jari-jari tu dan ada macam bayang-bayang nanah. Allahyarham ayah aku bawak dia pegi hospital. Doktor suruh pegi jumpa HA buat dressing buat segala darah beku atau nanah kot ada. HA tu pegi ler belah part yang ada darah beku tu, keluar ler nanah dan darah beku banyak dan berbau. Lepas cuci semua, HA tu bandage la kaki mak aku.. HA tu pesan suruh datang keesokannya tukar dressing. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita pertama (sambungan)
So mak aku skang ni tak leh nak buat daily routine dia. Dia pun rest kat rumah. Esok tu dia pegi hospital nak tukar dressing tapi ada benda ajaib berlaku. HA tu tengok ada lagi darah beku dan kesan belahan semalam takde langsung macam tapak kaki mak aku tak pernah kena belah! Member dah cuak, tapi dia belah juga nak buang darah beku tu. Kali ni makin banyak sampai mak aku menangis nak tahan sakit. The following day tu mak aku pegi lagi hospital, benda serupa jugak berlaku. Takde kesan belah and lebam bengkak pun macam biasa tak surut surut. So HA tu advise pegi ler berubat cara kampung.
Allahyarham ayah aku dapat tau ada sorang expert (ustaz) kat Sri Menanti (aku pun dah lupa area mana, tapi memang jauh betul rumah dia masuk ke dalam). So ustaz ni pun tolong ler "tengokkan".. mak aku pun cerita la apa yang dia alami sebelum tu.. so ustaz tu cakap, ni kerja syaitan.. dia saja nak usik sebab ari tu mak aku ternampak dia. So dia pun bagi mak aku minum air suam yang dia dah tawarkan, dan suruh mak aku balut tempat bengkak tu dengan campuran kunyit, badam, halia, dan some kind of herba yang dah ditumbuk dan diwapkan.. lepas 3 hari, alhamdulillah, bengkak tu dah surut, dan kesan lebam tu menyebabkan kulit tapak kaki mak aku mati dan menggelupas. Lepas tu mak aku dah boleh sambung dah routine dia macam biasa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cerita kedua
Kakak aku cerita. Masa ni aku form 2 jugak, tapi dah ujung tahun.
Bilik tidur dia mengadap jalan depan and dia ni suka tido bukak tingkap. Depan rumah aku tu ada anak pokok cempedak, rendah lagi, dalam 5 kaki tinggi la. Jarak dari pokok cempedak ke tingkap bilik kakak aku dalam 10 kaki ler. Pokok cempedak kan dahan ranting dia ada bulu.
Malam tu kakak aku nak tido ler.. dia bukak tingkap, then dia ternampak macam lampu suluh bergoyang goyang kat pokok cempedak tu.. Member sudah cuak takut ada orang skodeng.. so dia pegi jerit jerit konon halau ler. Tetiba cahaya tu hilang. The next day, dia curious enough, dia pegi kat pokok cempedak tu kot kot ada kesan tapak kasut ke apa ke.. tengok takde.. tapi kat dahan kecik pokok tu, ada kesan macam titik darah..... member seram sejuk, bagitau mak aku.. mak aku pegi check, dia kata maybe benda yang selalu terbang bawak isi perut tu ler..
Kakak aku terdiam. So kitorang terus ler whatever our routine. Malam tu cousin aku datang rumah, bawak anak kecik dia yang umur dalam 2 tahun lebih tapi memang kalau bercakap takde fullstop punya. Masa diorang nak balik tu, anak kecik dia tu dok sound abah dia.. "Abah, apa benda kat atap tu abah, hantu ke?" Kitorang semua terkejut, langsung abah dia menjawab "Hishh.. apa ni cakap benda benda camtu ni.. mana ada hantu.. dah jom balik..".
Lepas tu, mak aku pegi jemput ustaz yang kat Sri Menanti tu, tolong tengokkan rumah tu. Ustaz tu cakap, kat rumah aku tu, dah macam macam "benda" orang buang sebab orang dengki dengan family aku... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cerita ketiga - first part
Cerita mak aku lagi. Masa ni aku dah form 3. Mak aku dapat tender kantin kat kem tentera kat KL. Yang mana satu tak payah ler aku sebut..heheh.. mak aku ni kalau masak, tak kira untuk rumah ke berniaga ke dia memang masak macam dia nak serve kat family.. totally home cooking. And harga pun memang dia tak pernah cekik darah. Sebab dia percaya - go by volume.. lagi banyak customer and repeat customer, dapat untung jugak.
Kat kem ni, selain kedai mak aku, ada gak gerai gerai makan kecik kecik kat tepi tepi kuarters askar tu.. Since mak aku dah bukak kantin ni, memang ramai ler customer. Dari pagi sampai ke malam, everyday bukak. kira 7 days 10 hours a day la. Dari breakfast menu, nasi campur,goreng goreng, minuman semua mak aku dan allahyarham ayah aku buat.
[ Last edited by duquesne at 3-6-2009 14:19 ] |
|
|
|
|
|
|
|
sambungla lagi jgn malu2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita ketiga - last part
After a few months, mak aku tengok customer dah makin kurang. Dia pun heran gak, sebab even regular customer lalu kat pintu kedai, just tengok aje ke dalam, lepas tu berlalu pergi. Tak masuk pun. Tapi mak aku tak kisah. Maybe regular customer tu nak try tempat lain kot.. ye la.. selalu pegi kedai yang sama kot kot boring plak kan. Satu pagi tu, mak aku bangun bukak pintu belakang nak buang sampah. Tengok tengok kat luar pintu tu, ada rambut, lada hitam, garam kasar berterabur. Mak aku bengang ler sebab ada orang buat sepah. Dia terus sapu semua tu buang. Malam tu lepas tutup kedai, mak aku nak pegi supermarket ler nak beli burger. Dia tengok kat pintu depan pun ada benda yang sama. Member lagi ler hangin, ambik penyapu terus sapu benda benda tu, dan buang. Lepas tu, seminggu kedai mak aku kosong. Takde sapa pun nak masuk. Makanan habis terbuang macam tu aje. Mak aku ambik keputusan tutup kedai seminggu. Balik kampung carik someone yang boleh tolong. Jumpa sorang ustaz kat Klang. Ustaz ni cakap, ada orang dengki sebab jualan dia menurun since mak aku bukak kedai. So dia buatkan mak aku, orang nampak kedai mak aku ni macam dah tutup. Kalau pun ada orang masuk, as if orang tu nampak food tu macam dah basi.
Lepas pada tu, kedai mak aku pun dah recover. Tup tup mak aku perasan ada satu gerai makcik tu dah tutup. Bila mak aku dok tanya tanya kat orang, dikatakan makcik tu jatuh sakit tak larat nak berniaga dah.. sebab apa? Wallahua'lam.. tapi mak aku tau siapa yang buat tu.. dia just tak cakap aje.. tapi aku memang syak makcik tu yang buat sebab makcik tu "vocal" sikit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni cerita aku - masa aku form 4, first time kena histeria.. (part 1)
Yang ni happen masa aku dok kat boarding school.
Masa tu dah nak puasa - macam biasa lepas prep (10:30pm), ada supper, since malam tu menu donut, so berduyun duyun la budak turun ke dewan makan, kalau menu kuih kacang, tak ramai sangat yang turun, so aku pun macam biasa, turun sekejap pegi dewan makan, ambik seketul donut dengan teh susu, naik ke dorm (tingkat atas), makan, dan pegi ke toilet basuh pinggan mangkuk, basuh kaki gosok gigi etc.
Lepas tu aku pun masuk tidur. Katil aku sebelah tingkap tingkat atas, kepala aku kat tingkap so kat corridor tu ada lampu la. Dalam pukul 11 camtu, semua orang dah masuk tido sebab lampu kena tutup pukul 11. So aku pun start lelapkan mata, then aku dengar bunyi selipar diseret, kat corridor and aku boleh terasa macam ada orang lalu kat luar sebab bayang lampu corridor tu gelap sekejap. Then pintu dorm sebelah dibukak dan ditutup semula macam ada orang masuk. Aku assume akak dorm sebelah masuk lambat - which is normal. |
|
|
|
|
|
|
|
Part 2
Then aku terasa macam mengantuk dan time nak terlayang tu, tiba tiba aku terasa macam diselubung dan bayang lampu corridor tu dah tak nampak. Aku pejam mata tapi aku rasa macam gelap sangat masa tu. Lepas tu aku tak sedar apa sampai ler aku terjaga, dan tengok semua dorm mate aku keliling aku dan ketua dorm aku mintak aku mengucap. Aku pun mengucap. Dan aku tengok diorang semua tarik nafas lega.
Ini yang dia cerita - aku menjerit tak berhenti for a good 10 minutes dan serentak itu bunyi anjing menyalak (macam stail wolf tu). Aku menggigil bawah selimut. Dan lepas diorang baca Al-Fatihah dan ayat Kursi baru aku berhenti menjerit. Aku terus menggigil dan diorang cuba kejutkan aku.
Lepas aku dah mengucap dan minum air masak, aku cerita apa yang aku ingat, then dorm sebelah yang terjaga sama, cakap takde sapa masuk dorm diorang lepas lampu tutup. So aku pun nak sambung tido, tapi tak boleh sebab aku rasa macam benda tu nak datang balik. So aku bagitau ketua dorm aku, dia pun pakat pakat rapatkan katil, dorm mate aku duduk keliling aku (pindah katil bawah) and diorang baca Yassin. Lepas suatu ketika, aku dan diorang pun terdengar sayup sayup orang menangis tersedu-sedu.. lepas tu senyap. Dan lepas sessi baca Yassin tu, aku pun dapat tido sampai pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebulan lepas tu....
Cerita ni happened a month lepas aku terkena "selubung" tu. Masa tu tengah prep malam. Budak perempuan prep kat asrama, budak lelaki prep kat kelas. So masa tu semua orang dalam dorm. Meja prep aku mengadap katil aku, so takde la rasa seram sangat. Yang seram those yang meja prep diorang mengadap tingkap (bukan sebelah corridor). So ada la satu malam ni, semua orang tengah khusyuk study. Aku pusing ke belakang sebab nak tanya sorang dorm-mate aku yang juga classmate aku. Classmate aku ni meja prep dia mengadap dinding. So tengah tengah tanya tu, aku nampak macam something kat tingkap dorm yang mengadap meja prep tu, then dormmate aku yang duduk kat situ, terkejut dan melatah kecil, langsung terjatuh pen dia. Dormmate aku yang aku tengah tanya ni, tetiba tunduk kepala ke meja (macam gaya orang tidur atas meja), lepas tu bangun balik terus menjerit. Kelam kabut ler kitorang. Masa dia menjerit tu memang rasa semacam aje dorm tu. Rupa-rupanya takde apa. Dia just terkejut sebab dormmate aku tu melatah. Tapi jeritan dia memang lain macam. Lama jugak la nak pujuk dia. Last last warden kata kitorang tak payah prep - baca Yassin. Lepas tu baru rasa okay. Dormmate aku yang jatuh pen tu tak tau benda apa yang kat tingkap tu. Tapi dia nampak ada something. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wahh....
menarik gak cita ko...... aku pun ada memacam cita.. tapi aku bz jap skang neh... nanti aku taip. |
|
|
|
|
|
|
|
menarik la citer duquesne ni...seram seram menarik...ehehehe
teruskanla ... sonok nak baca... |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba naik lak bulu roma den potang2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
wahh best nyer cite ko ni...lagi2!! |
|
|
|
|
|
|
|
byk pengalaman ek....best |
|
|
|
|
|
|
|
pengceritaan yang menarik...
ada lagi tak?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|