View: 5689|Reply: 60
|
Sampaikan ucapan - Happy Birthday Siti!
[Copy link]
|
|
Siti bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 30 pada 11 Januari ini, tarikh yg sama utk evita ina! so, mari kita beri ucapan utk Siti Nurhaliza
|
|
|
|
|
|
|
|
:kiss:...Selamat Hari Lahir Siti Nurhaliza yang ke-30...:kiss:
...Semoga murah rezeki
dan
dikurniakan anak yang comel...
...Semoga bahagia dengan keluarga tercinta...
...Semoga tabah menghadapi dugaan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HAPPY BIRTHDAY MY GREATEST IDOL OF ALL TIME..DATO' SITI NURHALIZA !!!
~ semoga tahun 2009 menjadi tahun terbaik buat CT...~ :victory::hug: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
selamat ulang tahun yg ke 30 SITI NURHALIZA....
semoga lebih tabah menghadapi gossip2 yg ntah pape tu....
yg penting, teruskan usaha anda memajukan industri...
xde sape pun yg dpt lwn CT lg....
u go girl...
semoga d panjangkan umo n dimurahkan rezeki hendaknye.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tepat pukul 12! happy bday siti! |
|
|
|
|
|
|
|
selamat ulang tahun kelahiran buat CT..
semoga tabah menghadapi dugaan, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik dan beroleh lebih banyak kejayaan
11 haribulan 1, lahirnya penyanyi no.1 Malaysia
--
buat evita ina.. selamat hari jadi.. mesti seronok dapat kongsi bzzday ngan ct kan?
buat ruffly sya.. selamat ulangtahun menjadi ahli forum cari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak ucap happy bday to evita ina juga! |
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT HARI LAHIR CT... MOGA TERUS SUKSES N TABAH ...
HASILKAN SEBERAPA BANYAK KARYA YANG BERMUTU UTK TATAPAN PEMINATMU DI MANA SAJA....
SELAMAT HARI LAHIR UTK EVITA INA JUGAK! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
CALMILLE! PINJAM!
CANTIK LA.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe...kiter telah menyambut birthday Siti di KL tadi (10 Jan 09)...Datuk K pun ada gaks...Siti tersangatla comel..
Anyway, to SITI NURHALIZA, Happy Birthday ke 30...... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 adie82\ catat
gemuk balik la siti lepas ni, memana pegi mesti ade org kasi kek, klau x makan, ape plak org kata nnt kan? |
|
|
|
|
|
|
|
jeles!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
30 dah kan umur pompuan ni...ingat lagi time2 sapot die kat HMI..baru 16 je taim tu |
|
|
|
|
|
|
|
Cahaya 30 tahun Siti
Hari ini, saat Datuk Siti Nurhaliza Tarudin atau masih mesra dipanggil Siti membuka mata, usianya sudah menginjak 30 tahun. Usia yang bagi segelintir wanita amat ditakuti kerana ia melambangkan kita semakin tua. Namun bagi segelintir wanita salam 30 tahun disambut baik.
Penyanyi nombor satu negara ini tergolong dalam wanita yang menyambut usia 30 tahun dengan penuh teruja.
Tiada apa yang mahu ditakutkan kerana semua manusia pasti tua. Semua orang pasti merasa bertambah umur. Malah seharusnya setiap manusia yang menginjak setahun lagi usia harus berbangga dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan Tuhan untuk terus bernyawa. Itulah falsafah Siti.
"Siti teruja menyambut usia 30 tahun kerana ini tanda aras kematangan seorang wanita. Ia juga umpama lambang kestabilan dari segi kerjaya dan peribadi buat Siti. Ya, ini adalah fasa baru yang menyeronokkan Siti," ujarnya penuh teruja.
BEBERAPA hari menjelang ulang tahun ke-30nya, Siti menyatakan kesediaannya untuk berhenti menyanyi demi keharmonian rumah tangga.
Tambah penyanyi yang baru muncul dengan album tradisional kontemporari berjudul Lentera Timur ini lagi, jika mengimbas kembali lembaran kehidupannya pada usia 20-an, dia lebih banyak menurut dan tidak berani membuat keputusan berbanding sekarang.
Jelasnya: "Kalau toleh balik sewaktu Siti pada usia 20-an dengan sekarang, dulu Siti lebih banyak menyerah dan mengikut keputusan orang.
"Siti tidak membuat keputusan sendiri misalnya dalam kerjaya. Tempoh 10 tahun berada dalam usia 20-an, Siti menyerahkan keputusan hal kerja kepada syarikat rakaman dan pengurus.
Salah satu ekspresi Siti sewaktu menjayakan klip video Cinta Ini yang berkonsepkan penceritaan 1001 malam. Klip video ini didominasi oleh teknik CGI dan 3G.
"Namun apabila semakin meningkat usia, Siti lebih berani mengambil keputusan sendiri. Pada usia 30 sekarang, Siti rasa sudah cukup matang dalam mengimbangi kerjaya serta peribadi Siti."
Tentunya, satu hal yang tidak akan boleh dielaknya apabila usia semakin matang dan kehidupan rumah tangganya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa semakin stabil, soalan tentang zuriat tidak akan pernah terlepas pandang.
"Alangkah bagus kalau Siti mampu meramal masa depan. Pasti Siti tahu bila agaknya Siti akan dikurniakan zuriat," katanya tertawa.
Tetapi, kata Siti, setiap hari dia berdoa dan berusaha untuk memperoleh zuriat. "Insya-Allah, doakan juga untuk Siti mendapat zuriat berkat tahun 2009 ini ya," pintanya ringkas. |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Nurhaliza dapat jam sempena hari jadi
Oleh MALIAH SURIP
SITI NURHALIZA di samping kek hari jadinya malam tadi.
KUALA LUMPUR - Dua tahun lalu, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, 50, menghadiahkan sebuah kereta Mercedes hitam dengan nombor pendaftaran angka 11 sebagai tanda cinta sempena ulang tahun isteri kesayangannya, Datuk Siti Nurhaliza.
Tahun ini pula, suami penyanyi tersohor itu menghadiahkan jam tangan buatan Switzerland pula.
"Jenamanya belum tahu lagi kerana kami akan ke Bukit Bintang esok (hari ini) untuk pilih jam.
"Sebenarnya Siti tak mahu hadiah kecuali kasih sayang daripada suami, itu sudah cukup,'' kata Siti dengan wajah berseri-seri ketika diraikan pada majlis hari ulang tahunnya yang ke-30 dekat sini malam tadi.
OMEGA ATAU ROLEX? Mana satu jam yang menjadi pilihan Datuk K untuk dihadiahkan kepada Siti Nurhaliza.
Majlis sederhana yang dianjurkan oleh Datuk K di kediaman mereka yang bernilai RM6 juta di Bukit Antarabangsa, Ampang, bertemakan putih dan merah jambu.
Sejak bernikah dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006, suami penyanyi itu tidak pernah terlepas meraikan ulang tahun kelahiran Siti.
Sementara itu, Datuk K mengharapkan agar tahun 2009 akan menganugerahkan cahaya mata buat mereka selain tiada lagi fitnah yang membelenggu seperti sepanjang tahun 2008. |
|
|
|
|
|
|
| |
|