CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1975|Reply: 7

Dayang Nurfaizah - Terus unggul

[Copy link]
Post time 7-1-2009 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Terus unggul    Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]               

     Dayang Nurfaizah

                   Berpegang kepada prinsip biar perlahan, asal bertahan, Dayang Nurfaizah terus mengukuhkan cap dagang namanya di persada seni

BERPEGANGkepada prinsip biar perlahan, asal bertahan dan berani untuk kelihatanberbeza (dare to be different), penyanyi yang pernah diberi gelaranBeyonce Knowles Malaysia iaitu Dayang Nurfaizah, 27, terus unggul didalam liganya yang tersendiri.

Berbekalkan dua prinsip itu, kerjaya artis yang bakatnyadicungkil menerusi program RTM ini dilihat semakin kukuh dankehadirannya masih dirasai walaupun artis baru datang bagaikan cendawantumbuh selepas hujan.
        
    Seiring dengan usia pembabitannya dalam seni yangmencecah hampir sedekad, perubahan imejnya juga menunjukkan Dayangsemakin peka dan mengikuti peredaran zaman. Dayang tidak lagi‘segonjeng’ sewaktu mula memperkenalkan dirinya di persada seni. Malahgadis kelahiran Kuching Sarawak ini tanpa disedari terus mengukuhkancap dagang namanya.

Satu perkara yang boleh dibanggakan, Dayang juga terpilihmewakili Malaysia mencipta sejarah dalam industri muzik seantero negaramelalui projek Global One (layari www.globalonemusic.com untuk sebarangmaklumat lanjut) yang menghimpunkan 20 artis dari seluruh dunia.

Selain Dayang, Ruth Sahanaya, Sonu Niigam, Daniela Mercury danramai lagi mewakili negara masing-masing. Projek yang diterbitkanpenerbit antarabangsa, Rob Hoffman ini masih ligat berjalan dan albumini dijangka berada di pasaran pada Mac tahun depan.
                          


                        “Sayaselesa mendaki pentas industri perlahan demi perlahan dan tidaktergesa-gesa. Mungkin juga benar cakap-cakap orang yang mengandaikansecara drastik naik, maka akan drastik turunnya. Semuanya bergantungkepada soal rezeki dan nasib. Biarlah saya naik secara lambat keranaperingkat yang paling sukar dalam setiap fasa kehidupan sekalipunadalah untuk mengekalkan kewujudan kita.

“Begitu juga dengan setiap persembahan yang saya bakalpamerkan kepada penonton menuntut saya untuk sentiasa melakukanperubahan. Sama juga halnya dengan imej diri saya sendiri. Sebagaipenghibur, saya kena pastikan khalayak penonton sentiasa terhibur. Jikasaya diundang membuat persembahan korporat atau tertutup, saya kenamengkaji apa juga yang dapat dihubung kait dengan syarikat terbabit.

“Tak sangka juga dapat terbabit dengan projek besar ini yangmembabitkan nama-nama gah di setiap negara. Ia ibarat satu penghormatandan bermula hanya apabila pihak saya menerima e-mel daripada pihak Rob.Untuk projek ini, Dayang merakamkan lima buah lagu, termasuklah laguLately yang turut dirakamkan dalam bahasa Malaysia menjadi Tanpamu,”kata Dayang yang tidak pernah berasa puas dalam apa jua yang sudahdilakukan dalam dunia seni.

Filem sulung lakonannya berjudul Luka belum masih teruji,apatah lagi filem usaha sama Malaysia-Indonesia itu belum memulakanpenggambaran dan ditangguh buat sementara waktu. Dayang sendirimemberitahu yang dia belum tahu lagi bilakah penggambaran ini akandimulakan kembali, namun jelasnya, dia sudah bersedia.
                        

                        Menariknyauntuk prapromosi filem ini, Dayang merakamkan dua buah lagu terbitankomposer Jenny Chin berjudul Luka dan Loosing Me. Dua buah lagu itubakal dimuatkan sekali sebagai pakej jualan di dalam novel Luka tulisanTris Zainol Abidin. Projek novel Luka dan dua buah lagu nyanyian Dayangini menjadi corak pendekatan pemasaran yang pertama di Malaysia sekaligus memberi hebahan awal mengenai filem itu.

“Jujur cakap nyanyian masih menjadi keutamaan saya dan filemLuka ini ibarat menguji pasaran. Baik menyanyi, mahupun berlakon duakerjaya ini bukan perkara main-main. Buat masa ini, saya menantibila-bila masa untuk ke lokasi penggambaran itu tapi semuanyabergantung sama ada saya sibuk atau tidak. Hakikatnya, filem ini sudahlama terbantut penggambarannya.

“Novel Luka yang dihasilkan ini sebagai isyarat untuk kitaterus memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat di Malaysia. Setahusaya, novel ini dalam peringkat penyuntingan dan akan berada di pasarantidak lama lagi. Insya-Allah dua buah lagu yang disebut tadi juga akandimainkan di radio sekitar Disember ini,” ungkap Dayang.

Kebelakangan ini, Dayang dan pengurusnya, Sheliza Abdul Kadir semakin aktif membabitkan diri dalam Biro Karyawan Muda.

Menurut Dayang yang dilantik menjadi ketua biro, apa yangdilakukan atas kesedaran dan keprihatinan untuk terus memperjuangkannasib artis di Malaysia.

“Apa yang saya lakukan selama ini kerana ikhlas untuk membantumenaikkan industri seni kita yang kian lama kian suram sebenarnya. Tapiyang sedih dan ralat, apabila kita sudah ada saluran untuk bersuara,ada juga sesetengah pihak yang tidak menghargai dan memberi sokongan.

“Tapi apa yang kita boleh lakukan. Persatuan sudah ada untukkita bergerak, tapi kalau ada yang tidak mahu dibantu atau tampil kedepan, kita tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya dalam nada kecewa.

Dalam perkembangan lain, Dayang juga diundang untuk mengalihsuara watak Dorinda di dalam drama Cheetah Girls 3 One World bagisiaran Disney. Selain Dayang, Hunny Madu turut terbabit.

Sepintas Dayang Nurfaizah:


  • Kak Liza: Pengurus dan juga individu yang selalupercayakan bakat Dayang Nurfaizah terus melangkah jauh di persada seni.Wanita ini juga rujukan terbaik yang tidak pernah mengenal erti putusasa dan selalu berada dengan Dayang tidak kiralah saat susah atausenang.
  • Impian: Banyak yang ingin dikecapi dan diimpikannya.Selain merealisasikan percubaan pertamanya sebagai pelakon menerusifilem Luka, Dayang juga berhasrat untuk membikin konsert solo yangbesar dan memberi impak untuk dirinya sendiri dan paling pentingpeminat setianya.
  • Konsert solo: Akui Dayang pihaknya sedang berusahake arah itu namun membikin konsert bukan semudah memetik jari. KataDayang lagi, dia tidak boleh terus-terusan berharap kepada pihakpenaja, mungkin dengan membikin konsert hasil simpanan duit sendirimempunyai kepuasan yang berbeza.
  • Jenama: Tidak terlalu mementingkan jenama, baginyaapa yang sesuai dipakai dan boleh disuai padankan dengan cara yangterbaik, mungkin satu tips untuk terus bergaya.
  • Tas tangan: Jarang menjinjingnya, hanya memakai apabila perlu.
  • Emosi: Tidak selalu menunjukkan tangisannya ataupunmarah di hadapan orang dan menurut pengurusnya, Kak Liza, Dayang memangseorang yang berhati batu dan sepanjang mengenalinya, Dayang hanyamenangis tiga kali di depannya. Kali pertama pada 2003, sewaktu Dayangmembuat persembahan di Planet Hollywood buat pertama kalinya selepasterpalit dengan kontroversi dengan syarikat rakaman dulu. Kedua, pada2005, sewaktu membuat persembahan di tempat yang sama ketika Dayangmenyanyikan lagu Epilog Cinta Dari Bromley dan lucunya Dayang sendiritidak pasti kenapa dia menitiskan air mata ketika itu. Kali ketiga pada2006, ketika tersingkir daripada One In A Million musim pertama.Menurut Dayang, dia menangis ketika itu kerana tinggal lagi seminggusebelum ke peringkat akhir.


PROFIL: Dayang Nurfaizah Awang Dowty
  • Panggilan: Dayang
  • Tarikh Lahir: 20 Julai 1981
  • Tempat Lahir: Kuching, Sarawak
  • Status: Bujang
  • Solekan: Khir Khalid
  • Emel: [email protected]
  • Laman web: www.dayangnurfaizah.com (masih dalam persiapan dan boleh dilayari pada Januari 2009)
  • Facebook: Taip saja Dayang Nurfaizah di kotak carian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 10:48 AM | Show all posts
i like dayang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 11:17 AM | Show all posts
lama x dgr citer psl dayang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 12:50 PM | Show all posts


aku suka lagi dayang rambut hitam........ni nampak karatzz sgt....

anyway aku suka dayang sampai bila2 sebab bakat dia......tak sabar tunggu album baru dayang.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 04:40 PM | Show all posts
aku pun lebih suka tgk rambut dyg natural. kalau colour pun, jgnlah terang sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:09 PM | Show all posts
Dayang??Hm....wish u the best cause you're such a great artist...Dulu aku minat gile dengan Dayang, tapi minat tu dah semakin menurun...tak tahu la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2009 12:05 PM | Show all posts

Balas #6 gjoy_chester\ catat

yer la maybe dayang dah tak byk kuar tv n majalah(memang susah nak tgk dayang cover depan) .........
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 12:06 PM | Show all posts
dayang dayang dayang

[ Last edited by  the_builder at 8-1-2009 02:41 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.047792 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list