CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5657|Reply: 38

Ekin Gomak Pengurus Baru Mawi

[Copy link]
Post time 20-12-2008 07:43 PM | Show all posts |Read mode
Mawi Kerap Mimpi Arwah Ayah



Teks oleh Haswari Ali


JOHOR BAHRU, 20 DIS 2008:
  Hari ini tentunya hari yang paling bahagia buat penyanyi lelakiterkenal, Asmawi Ani atau Mawi, 27, apabila memperisterikan wanitapilihannya, Nora'ashikin Abdul Rahman, 29.

Namun jauh di suduthati Mawi terkilan kerana hanya seorang insan sahaja yang begitudirinduinya yang tidak dapat menyaksikan pernikahannya itu.

Dia tidak lain daripada arwah ayahnya, Pak Ani, yang sudah kembali ke hadrat Ilahi.

Kerinduanterhadap ayahnya itu bagaimanapun terubat apabila asyik termimpikanayahnya tatkala semakin dekat dengan detik perkahwinannya.

"Sebenarnyaapabila bercerita pasal ayah, semakin dekat dengan tarikh pernikahansaya ini, semakin kerap jugalah saya termimpikan ayah. Saya rasakan diaterlalu dekat dengan diri saya.

"Kadang-kadang saya rasa semua itu macam betul, tapi apabilaterjaga dari tidur, baru saya sedar, saya sebenarnya hanya bermimpi,"katanya kepada wartawan ketika sidang media selepas majlispernikahannya di sini, tengah hari tadi.

Mawi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan mimpinya itu, tetapi sempat memberitahu ia berrupa perbualan dengan ayahnya.

Namun Mawi tetap bersyukur kerana keluarga yang lain terutama ibunya masih ada di sisi.

"Maksaya baik-baik saja. Sudah tentu dia gembira apabila melihat sayagembira. Cuma pesan mak, saya jangan lupa diri dan menjalankantanggungjawab dengan baik seorang suami," katanya yang akan bermulanmadu ke Korea Selatan dan kemudian pula ke Syria.

Menyentuhberkenaan perasaannya selepas bergelar suami, Mawi berkata, diabersyukur kerana akhirnya perancangan untuk memperisterikan Ekinakhirnya termakbul dalam suasana tenang dan lancar.  Katanya, ikatanperkahwinan ini adalah bukti rasa cinta mereka berdua selepas sama-samamengharungi dugaan bersama.

"Syukur alhamdulillah kerana sebelumini kami banyak menghadapi bermacam dugaan tapi jodoh kami tetap ada.Segala pengorbanan dan kesabaran Ekin akhirnya berbalas. Apa yang orangdi luar sana tidak cakap pasal Ekin, tapi saya lebih tahu siapaEkin dan menerima dia seadanya," kata Mawi bersungguh-sungguh.

Mawiberkata, bagi mengelakkan berlakunya pergolakan yang boleh menjejaskanhubungan mereka sebagai suami isteri, dia sentiasa membawa Ekin kemana-mana.

"Saya mungkin akan lantik Ekin jadi pengurus dan perunding saya kerana kami sudah kenal hati budi masing-masing," ujar Mawi.

Nantikan laporan seterusnya tentang perkahwinan yang meriah ini bersama murai.com.my khas untuk anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2008 07:47 PM | Show all posts

semoga berbahagia hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 07:55 PM | Show all posts
mawi2...dh lupa org kampung dh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 10:23 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

aku kesian tengok mak melah ni
mak dia kurang sihat ke
semoga sentiasa disayangi oleh anak2 & menantu2
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 10:27 PM | Show all posts
Kesian mak melah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 11:05 PM | Show all posts
gmbr kt blkg tu sebelm atau selps kawin melayu mudah lupa mana pergi mawi yg dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2008 06:08 AM | Show all posts
mak melah mcm blur jer.. tatau nak pikir cemana
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 08:07 AM | Show all posts
Mak melah sakit, dia tak sihat kut masa majlis ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2008 11:51 AM | Show all posts
haku cukup xberkenan cara KIKIS cium mak mertuanya tu..

org pompan yg tau sopan xcium lagu tu lah KIKIS!

moncong benor mulutnya. mcm oomputih lagaknya...

mmg xsesuai dgn dirinya yg bertudung...dr segi adab mmg kurang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 01:02 PM | Show all posts
Nak wat cam na dah itu yg mawei berkenan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 09:16 AM | Show all posts
tahniah tuk famili mawi.

dpat menantu all in one

tak sesia laa kan

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 09:33 AM | Show all posts

Reply #11 Syd's post

'lega' lah hati famili mawi
ada org 'jaga'kan  mawi, setiap saat n ketika
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 09:55 AM | Show all posts

Nak berkepit je Mawi ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 10:04 AM | Show all posts

Reply #13 houdini's post

dah terserlah kan mcm mana dia sebenar?

so.takde lah nak heran apa


selama hari nih pun

mmg mengekor ke sana ke mari

prfffffffffthhhh

pitenah eh?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 10:44 AM | Show all posts

Reply #14 Syd's post


Hipokrit sangat Mawi tu

Dulu dengan Ina seboleh-bolehnya dia nak elakkan dilihat bersama
Mentang-mentangla Ina tu gadis kampung yang suci murni

Dengan Ikin 24-7 berkepit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 10:45 AM | Show all posts

Reply #15 houdini's post

haha

baru tahu ke?

tu yang ramai ckp mawi dah lupa diri


takpe...korang jugak yang buat mawi lagu tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 11:02 AM | Show all posts
kadang2 terfikir juge.............disebabkan mawi ni ada le sikit2 degil/ego............lagi ramai yg kutuk ikin dll.....lagi dia tunjuk sayangnye pada ikin...............padahal serba sikit dia sure terasa kebenarannya segala kutukan..............kdg2 tindakan manusia tu tak selari dengan naluri..............tapi disebabkan ego.....................pendapat saya aje
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 02:48 PM | Show all posts
ada lagi ke show lepas kahwin ni... nanti pengurus baru tak dak keje
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 03:46 PM | Show all posts
"saya lebih tahu siapaEkin dan menerima dia seadanya"

ayat nie sebijik sebijon sama dengan apa yg kawan ofis ku ckp bile diberitahu perihal bini dia ... camtulaa sebijik yg dicakap cuma .. tukar nama jer ... padahal satu ofis nampak ngan kepala mata masing2 perihal kecurangan binik dia .. masih tak percaya ...

laki nie spesies mawi gak ... ala2 alim kucen gitu ... suka pempuan yg vogue2 ... so fall in love ngan binik dia  .. apa org ckp taknak dgr ...

last2 ... tak terbendung ... cerai gak akhirnya ... .. walopun dia selalu jadi imam kat ofis ... tak terdidik jugak binik nyer  ... tapi, itulah jodoh kan .. dah takat tuh jer kot ... cuma, kalau lah diselidik terlebih dahulu apa yg orang cakap kan bagus ... selalunya org takkan bercakap sesajer ... bleh la ditegur bini tuh dari terus terjerumus jauh ... ini percaya sesungguh ngan bini ...  skrang nak nyesal pun tak guna ... skrang kembali solo ... kesian pulak nengoknyer ... mcm kena mulakan hidup baru semula ... start from A to Z ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 04:23 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

kikin hampeh ni jadi pengurus mawi?

makin merudum la ko mawi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.281667 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list