CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12748|Reply: 49

Adakah hubungan adik-beradik menjadi renggang bila orangtua sudah tiada?

[Copy link]
Post time 2-10-2007 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Bila tiba time raya macamni, kita semua akan sedaya upaya nak balik rumah emak/ayah (sendiri ataupun mertua) sebelum Syawal menjelma. Bagi kita yg sudah tiada lagi orangtua, ke mana hendak kita tuju? Biasanya, kita akan pergi ke rumah abang atau kakak yg sulong..... ataupun setidak-tidaknya, ke rumah abang atau kakak yg mesra dgn kita.

Pun begitu, saya melihat ada di kalangan sepupu-sepupu saya yg tidak mengamalkan sedemikian kerana hubungan mereka sudah menjadi renggang sejak ibu mereka meninggal dunia. Sedangkan semasa orangtua ada, hubungan adik-beradik sememangnya sudah tidak rapat, apatah lagi bila orangtua tiada? Yg sedihnya pada saya, bukan kah masa Aidilfitri ini paling sesuai untuk bermaaf-maafan?

Bagi diri saya sendiri, kedua-dua ayah dan ibu saya masih ada, jadi kami adik beradik akan semua beraya di rumah emak/ayah. Tapi..... saya menjangkakan, hubungan kami adik-beradik mungkin akan mula renggang pabila orangtua kami tiada nanti.... Hmmm, sedih gak memikirkannya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2007 06:56 PM | Show all posts
Memang tidak dinafikan, bila ibu bapa kita telah pergi, maka hubungan adik-beradik dan sepupu sudah tidak erat seperti dulu lagi... bukan semakin renggang, tapi dah tidak semesra.

This is because we move up one generation. Kita pula sekarang menjadi ibu bapa untuk anak2 kita balik beraya satu hari nanti.

Saya alami sendiri bila ibu saya meninggal awal tahun ini. Selepas selesai uruskan jenazah ibu dan selamat dikebumikan, saya pulang ke kampung dan berjumpa semua sepupu di sana. Semuanya dah besar, dah kahwin, dan beranak pinak. Kebanyakkan mereka pun dah tiada ibu bapa (makcik dan pakcik saya) sebab mereka meninggal.

Dalam kami berbual, kami kenangkan balik zaman dulu-dulu. Masa nenek dan atuk kami masih hidup. Masa tu mak ayah kami masing2 balik ke rumah atuk/nenek dan kami seronok bermain bersama sepupu.

Kemudian bila atuk/nenek meninggal, kami dah tak berkumpul lagi tapi berkumpul di rumah mak/ayah pula. Bila ada kenduri kahwin barulah jumpa sepupu balik.

Sekarang mak/ayah pula tiada, maka kami pula yang jadi orang tua sekarang. Anak2 yang dah besar akan pulang ke rumah kami pula.

Bila kami bercerita macam tu, nampak yang kami ni dah semakin tua, and we now have bigger responsibilities. Yes, adik beradik dan sepupu semua masih kuat dihati. Keluarga tidak akan pupus. Tetapi kami dah tak semesra dulu.

Mungkin bila buat gathering ramai-ramai balik, then the memories and laughter will all come back.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 07:41 PM | Show all posts
hmmm...hal nie stakat nie tak terjadi kat family aku alhamdulillah..masa mak masih ada dulu..kitorang adik bradik berkumpul dirumah mak...bila mak dah meninggal dunia...kitorang adik bradik still lagi berkumpul dirumah mak...berkumpul bukan sekadar masa hari raya jer..bila ada peluang kitorg akan berkumpul adik bradik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 07:46 PM | Show all posts
kira ok la, kalau masih ada rumah peninggalan parents. Tapi, sekiranya rumah tu, dah berpindah nama kepada salah sorg .. maka, dah tak selesa pulang ke rumah tu .. walaupun, pada satu ketika .. disitulah dibesarkan.

That's what happened.

For me, alhamdulillah. masih kuat ikatan kekeluargaan dgn sepupu2 & ibu bapa sedara. terima kasih pada didikan ibu bapa yg menitik beratkan hal ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 08:12 PM | Show all posts
yang ni berdasarkan adik beradik mak me..
belah ayah, kami tak kenal sapa mak saudara pak saudara ni sepupu sepapat..
tapi belah mak... rapat sangat.. mak me yang sulung, ada 5 adik beradik.. mak me yang besarkan adik beradik dia sbb nenek meninggal muda lepas datuk masa me 3 tahun camtu..

tiap raya atleast 3 adik mak me mesti balik rumah kami.. yang lain tu sbb jauhkan..
makcik me sorang tu kat kajang kalau kena balik rumah laki dia kat perak mesti muram durja   so guna anak cakap nak balik rumah mak (sepupu me semua panggil mak me mak bukan maklong)..

camana nak gambarkan time raya tu dengan atleast ada 30 org dalam rumah.. ayat laki me... teperanjatnya.. bangun tidur besoknya nak jalan pun susah sebab punya ramai org tidur bergelimpangan

insya allah, mak me awal awal dah pesan, rumah mak me tu rumah pusaka..
mesti balik berkumpul setahun sekali wlaau dorang dah tak da..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 08:16 PM | Show all posts

Reply #4 azaleena's post

memang dah berpindah nama pun umah tuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2007 08:20 PM | Show all posts
aku kenal beberapa org yg bila mak abah dah takde, hubungan adik beradik renggang..masing2 berebut rumah peninggalan hingga sanggup halau adik beradik yg duk umah tuh atas dasar dia abang g lebih berhak...
sampai hati nya....hopefully  kami x jadik mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 08:31 PM | Show all posts
Originally posted by pentium_catz at 2-10-2007 07:20 AM
aku kenal beberapa org yg bila mak abah dah takde, hubungan adik beradik renggang..masing2 berebut rumah peninggalan hingga sanggup halau adik beradik yg duk umah tuh atas dasar dia abang g lebih ...

benda ni berlaku kat my sister now.. abang ipar me bongsu. lepas kahwin terus duduk kat rumah
peninggalan parent dia.. masa bujang pun dia dah duduk situkan, akak me yg jaga ayah
mentua dia smapai meninggal.. so sekarang dorang jual rumah tu sbb adik beradik lain bising..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2007 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by faraway at 2-10-2007 08:12 PM
yang ni berdasarkan adik beradik mak me..
belah ayah, kami tak kenal sapa mak saudara pak saudara ni sepupu sepapat..
tapi belah mak... rapat sangat.. mak me yang sulung, ada 5 adik beradik.. m ...


kalah lodging backpackers
sorry la fara.. tapi i nak ckp juga..

tapi very good la sbb very close..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 11:58 PM | Show all posts
Originally posted by eva at 2-10-2007 10:48 AM


kalah lodging backpackers
sorry la fara.. tapi i nak ckp juga..

tapi very good la sbb very close..

heheh camtulah   laki me cita pasal tidur bergelimpangan tu kat semua orang..
because tu suasana luar biasa bagi laki me sebab so far kami tak pernah berkumpul
reramai dgn families laki me camtu... tapi best apatah adik adik sepupu me kecik kecik lagi..
macam tadika pun ada time raya tu.. pening gila tapi best sangat.. bila berkumpul
mulah korek cita.. suka dengar cita zaman dedulu dr makcik makcik me.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2007 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by faraway at 2-10-2007 23:58

heheh camtulah   laki me cita pasal tidur bergelimpangan tu kat semua orang..
because tu suasana luar biasa bagi laki me sebab so far kami tak pernah berkumpul
reramai dgn families laki  ...


Hai fara,

It's a very similar situation kalau I balik raya rumah mertua. My wife ramai adik beradik and since most dah ada family, penuh la rumah tu. Time tidur tu memang la every bit of available space is taken up. Siapa lambat, alamat dapat tempat tidur celah dapur gak!

What always seem to amaze me is, when my wife get together with her sisters, they can chatter all night long.... tak pernah kering topik utk bersembang. Love it!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 02:41 AM | Show all posts
...adik bradik aku tak ramai...cuma kami berempat jer...me being the eldest...mak aku slalu berpesan...apa2 pon aku kena mengalah ngan adik2 aku...kalau dia mati kelak...dia takmo kita semua bergaduh atau berpecah belah...dan dia jugak sering ingatkan kita semua to love one another dan tuk saling bantu membantu...

...alhamdulillah...kami adik bradik very2 close...walaupon dah de keluarga masing2...tapi...kita slalu keep in touch...kerap calling satu sama lain...kadang2 kalau nak ke pasar siap buat date lagik...

...moga2 hubungan baik aku ngan adik2 aku berkekalan...insyaallah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 03:57 AM | Show all posts
idup ni terlalu singkat nak sentimentol laa.. to me laaa

pejam celik dah nak ujung taun..sure de parti buih new year ni kang ek?

pada aku, hubungan aku dengan seme kejadian tuhan yang ada seme tu kira adik bradik gak..no hal punyo

is not renggang lah, i think commitment tu melambak2 once u get older dengan pamili ragam bini dan anak, kalo poligami lagi lah fenin

too much to carry and yet too loving to abandon
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 05:47 AM | Show all posts
Originally posted by pentium_catz at 2-10-2007 08:20 PM
aku kenal beberapa org yg bila mak abah dah takde, hubungan adik beradik renggang..masing2 berebut rumah peninggalan hingga sanggup halau adik beradik yg duk umah tuh atas dasar dia abang g lebih ...



i tell you, that is what happened in my hubby's family....and sebab itulah juga my husband kind of bawak diri dari adik-beradik dia...the moment the mother meninggal dunia...abang2 dia sibuk nak jual rumah pusaka tu....sampai bersaman-saman adik beradik. Hubby taknak involve masa tu, so dia bengang abang2 dia buat begitu sebab dia teringat pesan arwah mother nanti bila dah takde rumah nak berkumpul, hubungan adik beradik akan renggang.....and because of itu jugak husband macam merajuk gila dengan abang-abang dia...diorang 3 lelaki dlm family, the rest semua perempuan...seems like yang pompuan macam terpaksa ikut kehendak 2 abang diorang tu, and my husband 1 je yang against the idea of selling the house....so akibatnya memang bergaduh2....but i said to him, takyah le fikir2 pasal nih sebab dia sorang je nak mempertahankan - bagi je lah....so he declared tak nak ada kena mengena dengan penjualan rumah pusaka tu...

and because of that, dia merajuk hati...yelah, dah takde tempat nak berkumpul....nak berkumpul rumah yang kakak sulung tu pada dia tak sama dengan berkumpul rumah tempat dia membesar...lepas tu abang dia yang 2 tu sampai sekarang still ada cold-war, so adik-beradik yang lain buat hal masing2...so tak seronok for him and sebab itu husband lebih prefer balik sebelah emo (which is bonus for me ) - takyah penat nak fikir tahun ni balik ke mana....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 06:01 AM | Show all posts
sometimes kan...i terfikir, orang tua-tua ni lah pengikat silaturrahim....sebab apa i kata cenggitu, sebab masa my arwah grandma dulu hidup...bila raya atau ada apa2 je semua bergegas berkumpul....really big family, seronoknya ya amat...

bila grandma meninggal dunia....anak2 nya (my uncle and unties) dah rasa cam no use nak balik kampung beraya, so they want to have their own raya kat rumah sendiri...except for my maklong, my own mother and my mak su....the rest semua prefer beraya kat rumah masing2...so family yang dulunya berkumpul now semua dah scattered seluruh m'sia...lepas tu kami yang generation lebih muda pulak especially the guys most of the time raya kat rumah sebelah wife .  Reason: sebab bila yang cousin2 lelaki ni berkumpul diorang adikberadik memang tak ingat anak bini, dok happy dorang je - almaklum nak berkumpul bukannya senang (and because of that wife2 bengang le sebab rasa diketepikan.....so diorang buat syarat balik raya mesti sebelah diorang  - well, i don't blame them for this, my cousin2 lelaki memang kamcheng semacam, sanggup mati for each other gitew  so kalo berjumpa 'pakatan' diorang tu susah betul nak leraikan )

and because of this lah raya tahun ni i rasa macam tak seronok sebab yang balik kampung i sorang je besides maklong, mum and my untie...then i heard one of my cousins (sorang jek ) akan balik kampung only after raya ke 2 atau raya ke 3....huhuhu, sorang jek!!!! my own brother pun raya rumah sebelah bini dia (atas reason2 yang i dah sebut di atas - dorang nih memang tak boleh jumpa cousin mazen mudah sangat lupa diri dan ketepikan bini....so akibatnya bini2 cam berpakat nak pisahkan diorang time raya...so masing2 kena balik kampung sebelah bini).....and for the rest of my female members in the family pulak, ada yang terpaksa pergi australia, ada yang ikut giliran balik kampung sebelah suami...so tinggal le me je yang balik kampung   - dapat ku bayangkan tak seronoknya macamana...but i have to go back sebab kesian kat my mum....

luckily gak kami ada persatuan keluarga....so every year kami akan buat gathering and lots of activities (so ini le yang masih mengeratkan hubungan kami..)

uisy, termeluah perasaan le pulak....sedey le ramai tak balik kampung this year
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 07:33 AM | Show all posts
Originally posted by Blues_guy at 2-10-2007 12:01 PM


Hai fara,

It's a very similar situation kalau I balik raya rumah mertua. My wife ramai adik beradik and since most dah ada family, penuh la rumah tu. Time tidur tu memang la every bit of a ...


nicekan.. atleast kita kenal sapa sepupu sapapat makcik pakcik ni..
i think me kira rapat ngan semua beradik sepupu ni cam adik betullah
apatah lagi belah mak, me ni kira no 2 so sepupu paling muda tahun ni baru 5 tahun..
me kirim kad raya kat dia, tulis nama dia.. seronok tak tercakap dia.. ialah baru 5 tahun..
bertambah suka bila ada 20 dollar dalam tu yea.. dan yang tak bestnya
kalau beli benda kena bagi kat semua even sepupu sepapat
bangkrap dibuatnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2007 08:01 AM | Show all posts
kalau rumah peninggalan /pusaka  masih ada tak jadi masalah.
kami adik beradik telah sepakat utk menamakan rumah tu dgn nama kitaorg
semua.so,everyone are welcome!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 08:30 AM | Show all posts
Originally posted by faraway at 2-10-2007 11:58 PM

heheh camtulah   laki me cita pasal tidur bergelimpangan tu kat semua orang..
because tu suasana luar biasa bagi laki me sebab so far kami tak pernah berkumpul
reramai dgn families laki  ...

klau ikut culture dia... memang la susah nak tengok keadaan sesak2 nie.
moreover adik beradik dia berapa org je,..
mesti meriah berkumpul kan.... very very happening.
raya lagi lebih bermakna
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 3-10-2007 02:41 AM
...adik bradik aku tak ramai...cuma kami berempat jer...me being the eldest...mak aku slalu berpesan...apa2 pon aku kena mengalah ngan adik2 aku...kalau dia mati kelak...dia takmo kita semua berg ...


bestnya...
you all tinggal dekat2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by Blues_guy at 3-10-2007 01:01 AM


Hai fara,

It's a very similar situation kalau I balik raya rumah mertua. My wife ramai adik beradik and since most dah ada family, penuh la rumah tu. Time tidur tu memang la every bit of a ...


oh malangnya kalau tak dpt place nak tido.. if all spaces are taken nak tanak u tido2 ayam kat sofa je la atau paling teruk. kena tido dlm keta la jawapannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.072820 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list