CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1622|Reply: 13

Dayang suka nombor keramat 7

[Copy link]
Post time 20-6-2007 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Dayang suka nombor keramat 7
20-06-2007 12:41:33 PM
oleh WAHIDA ASRANI
Bagi penyanyi kelahiran Sarawak ini, album keenamnya ini benar-benar mempunyai nilai sentimental tersendiri buat dirinya.
Dayang 2007, begitulah judul album terbaru Dayang Nurfaizah yang menurut tuan empunya badan adalah album solonya yang paling lama untuk disiapkan. Namun, penantian selama hampir setahun itu berakhir jua apabila albumnya kini sudah pun berada dipasaran sejak Isnin lalu.

"Sebenarnya lagu-lagu dalam album ini sudah siap dikumpulkan sejak bulan puasa tahun lalu lagi. Ikutkan perancangan, saya nak lancarkan pada awal tahun, tapi bulan Mac baru habis rakamkan semua lagu.

'Dayang 2007' amat bermakna buat dirinya (Foto The Star oleh Raziq Abd Samat)
"Tapi, saya puas hati sangat dengan hasilnya bagi saya ia mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan.

"Sengaja judulnya diletakkan Dayang 2007 sebab selain sukakan nombor 7 dan dihasilkan pada tahun 2007, tarikh lahir saya juga adalah pada 20 Julai dan album ini akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Julai depan. Sebab itu album ini memang benar-benar personal buat saya," ujar Dayang.

Menurut penyanyi berusia 26 tahun ini, album yang memuatkan 10 buah lagu itu mendapat khidmat komposer-komposer seperti Audi Mok, Jenny Chin, DJ Uno dan tidak ketinggalan komposer dari Indonesia, Ryan Kyoto.

Masih mengekalkan konsep yang sama iaitu pop R&B, album kali ini tetap menampilkan sedikit kelainan yang disifatkan oleh Dayang sendiri sebagai "lebih agresif".
"Kalau dalam album-album saya yang terdahulu, lagu-lagu yang dimuatkan kebanyakannya adalah berentak balada.

"Tapi, kali ini, 60 peratus adalah berentak upbeat. Inilah antara kelainan yang cuba saya buat, selain penyampaian vokal saya yang saya anggap sedikit berlainan.

"Sebenarnya saya sendiri tidak rancang untuk bawa banyak lagu upbeat sebab saya memang lebih suka bawakan lagu-lagu balada. Tetapi banyak lagu rancak yang saya terima semuanya bagus. Jadi saya memang sukar untuk tolak," kata Dayang yang kini salah sebuah lagunya Ingin Ku Miliki sedang hangat diputarkan di radio-radio.

Bagi penyanyi ini, dia yakin peminat-peminatnya akan menyukai 'kelainan' yang cuba ditonjolkan olehnya kali ini kerana bagi dirinya sendiri itu bukanlah satu perubahan drastik.
"Saya yakin mereka boleh terima. Masih ada lagu balada yang bagi saya peminat juga akan menyukai, seperti Hilang ciptaan Audi Mok. Lagu ini saya anggap antara lagu balada saya yang terbaik.

"Selain itu, saya juga sudah belajar untuk beri feel yang lebih mendalam pada setiap lagu. Semua ini saya pelajari ketika menyertai One In A Million (OIAM). Memang
Dayang yakin peminat-peminatnya akan menyukai sedikit 'kelainan' di dalam album terbarunya (Foto The Star oleh Raziq Abd Samat)
OIAM benar-benar mengubah saya," ujarnya yang ketika ini juga sedang sibuk membuat persiapan sempena IKON Malaysia.

Dayang juga akan mengadakan showcase khas sempena pelancaran album terbarunya itu di Planet Hollywood pada 21 Julai nanti. Pada persembahan tersebut, dia dijangka akan menyanyikan 12 buah lagu, termasuklah daripada album terbarunya dan juga lagu-lagu hitsnya yang lain.

Lupakan dulu bidang lakonan

Rasanya sudah hampir setahun berlalu, namun masih tiada perkembangan mengenai filem Luka yang bakal menampilkan Dayang buat pertama kalinya di layar perak.

Filem usaha sama Malaysia dan Brunei itu sepatutnya sudah memulakan penggambaran awal tahun lalu, namun menurut Dayang, kerana masalah-masalah tertentu, dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku pada filem tersebut.

"Apa yang saya faham, selalunya filem usaha sama seperti ini memang biasa hadapi beberapa masalah. Saya memang tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Tetapi sehingga hari ini, saya belum sign apa-apa kontrak dengan mereka.

"Buat masa ini, saya akan hanya beri tumpuan dulu pada bidang nyanyian. Kalau mereka nak teruskan dan masih inginkan saya, mereka perlu atur semula jadual sebab sekarang ini jadual saya memang tidak menentu, lebih-lebih lagi dengan album baru ini," kata Dayang yang sempat mengikuti kelas lakonan dengan pelakon terkenal Indonesia, Ria Irawan tidak lama dulu.

Tidak mampu lari dari imej Beyonce?
Sehingga hari ini, Dayang masih terus dilabelkan sebagai Beyonce Malaysia. Akui agak jelak dengan 'gelaran' tersebut, Dayang bagaimanapun berkata, dia sendiri tidak pasti sehingga bila dirinya akan terus 'melekat' dengan imej penyanyi antarabangsa itu.

"Saya mengaku memang saya suka bawakan lagu-lagu Beyonce sebab secara peribadi saya merasakan lagu-lagunya amat mencabar. Puas hati sangat bila dapat menyanyi lagu dia.

"Tapi, orang bersangka lain pada saya. Mereka ingat saya ingin jadi seperti Beyonce. Saya lebih suka tidak endahkan apa saja orang nak cakap. Tidak kisahlah jika mereka nak terus kaitkan saya dengan Beyonce.

"Memang kalau boleh saya ingin lari dari diberi label macam ni lagi. Tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa. Orang masih akan terus labelkan saya seperti itu. Jadi, jalan mudahnya terima sajalah apa orang nak cakap," ujar Dayang.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2007 12:57 PM | Show all posts

Tarikh lahir aku pun ada nombor 7

Filem LUKA tu tak jadilah ?

Dayang kalau nak buang imej Beyonce, kena berenti nyanyi lagu Beyonce
Jangan nyanyi lagu dari artis yang sama jer, jangan nyanyi lagu yang sama jer
Banyak lagi lagu lain, ramai lagi artis lain

Pastu, kembalikan trademark tangan patah dan angkat kaki Dayang masa nyanyi :setuju:

Pleaseeeee :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 20-6-2007 12:43 PM
Dayang suka nombor keramat 7
20-06-2007 12:41:33 PM
oleh WAHIDA ASRANI Bagi penyanyi kelahiran Sarawak ini, album keenamnya ini benar-benar mempunyai nilai sentimental tersendiri buat dirinya. ...




dalam paper apa ni??
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 03:47 PM | Show all posts
aku rasa sesuatu album akan jadi lebih personal kalau penyanyi tu sendiri yang cipta lagu, atau at lease tulis lirik dan setiap lagu yang dihasilkan harus ada cerita disebaliknyer...

atau pun kalau tak tahu nak tulis lirik atau cipta lagu, suruh orang buatkan dan cerita tu mesti ada hubungan dengan personaliti diri seseorang artis.. dan menggambarkan persona seseorang artis tu..

contoh album yang sangat personal bagi aku dan jadi masterpiece seseorang artis adalah TIADA DUKA UNTUK APA - AISHAH, KU MOHON & RATU - SEHILA MAJID..

untuk dayang, ni mungkin album yang personal bagi dier.. tapi lebih kan lagi.. macam ada yang kurang dalam album ni... aku kalau boleh dayang personally :
-belajar2 tulis lirik
-belajar2 cipta lagu - yg senang2 jer mcm Amy Mastura buat utk Sha Na Na dan Cinta..
-belajar2 menari dan bagi satu kelainan dalam persembahan dan lagu tu...

aku teringat kata2 Atilia, semasa dier hasilkan album Sangkar, dier nyanyi sambil tersenyum.. dan bila dengar lagu2 dier, yes, kita dapat dengar senyuman dalam lagu tu.. ini maksudnyer kita kena ada emosi dan feel semasa menyanyi.. harap dayang dapat improve on this..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 06:18 PM | Show all posts

Reply #4 brettmyberg's post

:setuju:

Dayang bukan pendatang baru,
Bakat nyanyian je tak cukup dalam industri ni

Harap Dayang buka dirinya untuk explore bakat-bakat beliau yang lain :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by karlreef at 20-6-2007 06:56 PM



ha ah aku setuju ngan ko...

trademark tangan patah tuh tolong kembalikan !!!



tolong ek?ahahahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2007 10:39 PM | Show all posts
trademark tangan patah tu dah ada org tiru rasanya... tak ingat sapa... tapi yg angkat kaki, misha omar pulak yg buat cuma tambahan dia siap hentak lagi...

walaupun dulu rimas ngan trademark dayang tu dulu, bila dah lama tak nampak dia buat gitu macam windu plak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 10:42 PM | Show all posts
ko kata sapa yg tiru??
misha omar la!
sapa lagi
angkat kaki tu ikut zz..
tp zz tk de la teruk cam samehah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2007 01:05 AM | Show all posts
no. favourite aku sememangnya 7 sbb tarikh lahir aku starts with 7..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2007 08:35 AM | Show all posts

Reply #3 bintang^hati's post

kalau ada nama reporter nih, zieman, radin..
dorang tuh dari paper mstar

paper on line
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 12:33 PM | Show all posts
sejak bila plak filem luka tu usahasama malaysia ngan brunei.tak silap aku indonesia.memandai je reporter ubah.tak buat research la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 21-6-2007 08:35 AM
kalau ada nama reporter nih, zieman, radin..
dorang tuh dari paper mstar

paper on line




ooook... baru ku tahu.

tenkiu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 21-6-2007 08:35 AM
kalau ada nama reporter nih, zieman, radin..
dorang tuh dari paper mstar

paper on line


oh yg kes dgn dot dot dot tu ek
ahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 01:04 PM | Show all posts
trademark patah tangan tu so cute and adorable!!!ehhee.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.038038 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list