CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2846|Reply: 38

Dayang bikin gamat di Planet Hollywood

[Copy link]
Post time 18-1-2007 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Dayang bikin gamat di Planet Hollywood
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH



VOKAL serak-serak basah Dayang Nurfaizah memukau penonton yang hadir pada persembahan Sunday Nite Live di Planet Hollywood, Kuala Lumpur malam Ahad lalu.
--------------------------------------------------------------------------------

Pada 2005, Dayang Nurfaizah menjadi artis terakhir menutup persembahan Sunday Nite Live di Planet Hollywood, Kuala Lumpur. Tahun 2006 pula berlalu sunyi tanpa vokal serak penyanyi berkulit hitam manis itu di sana.

Namun 2007 menyaksikan tuah Dayang kembali menggegarkan kelab hiburan eksklusif ibu kota itu sebagai artis pertama tampil membuat persembahan.

Tentunya kemunculan Dayang pada malam Ahad lalu tidak dilepaskan para peminat fanatiknya. Senario itu dapat dilihat apabila ruang pusat hiburan itu penuh sesak dengan lebih 300 penonton walaupun sejam sebelum persembahan, hujan lebat turun mencurah.

Malah ramai yang sanggup berdiri melebihi tiga jam menyaksikan persembahan artis kegemaran mereka yang bermula pukul 10.45 malam itu.

Lenguh kaki tidak dirasakan dek nikmatnya alunan suara Dayang yang dimulakan dengan lagu Dejavu (nyanyian asal Beyonce).

Sehinggakan ramai yang tidak sedar vokal penyanyi itu tenggelam oleh suara penonton yang turut menyanyi sama tatkala lagu-lagu seperti My Heart, Mencintaimu dan Kenangan Yang Terindah dipersembahkan Dayang.

Itu belum dikira lagi lagu-lagu medley seperti Hakikat Cinta, Andainya Ku Tahu, Kasih dan Erti Kasih.

Itulah kelebihan Dayang yang tidak perlu mengajak penonton menyanyi bersama, sebaliknya penonton yang teruja untuk turut serta.

Malah kebijaksanaan Dayang berkomunikasi dengan penonton menjadikan persembahan malam itu terasa lebih santai dan ringan.

Lagu wajib Dayang, Seandainya Masih Ada Cinta paling ditunggu-tunggu. Nostalgia lagu tersebut seakan membuktikan keunggulan tujuh tahun Dayang melayari dunia seni yang penuh pancaroba.

Antara lagu lain yang sempat Dayang sampaikan termasuk lagu-lagu Inggeris berjudul Fever, Hurt, Buttons dan Irreplaceable.

Penutup persembahan, Dayang menyampaikan lagu Survivor sebagai lambang kekuatannya untuk berdiri teguh di arena industri muzik tanah air.

SUMBER : UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2007 01:43 PM | Show all posts
Pada 2005, Dayang Nurfaizah menjadi artis terakhir menutup persembahan Sunday Nite Live di Planet Hollywood, Kuala Lumpur. Tahun 2006 pula berlalu sunyi tanpa vokal serak penyanyi berkulit hitam manis itu di sana.   

Itu belum dikira lagi lagu-lagu medley seperti Hakikat Cinta, Andainya Ku Tahu, Kasih dan Erti Kasih. :ketuk:


statement x betul.  :geram:  :geram:

[ Last edited by  bintang^hati at 18-1-2007 01:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 02:13 PM | Show all posts
tengok dia punya tulisan pun tau dah. Buat review tulis sikit aje.

nampak sgt tak minat Dyg wartawan poyo ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 02:15 PM | Show all posts
wartawan tu mesti anti-Dayang....he...ape2 pun mesti happening time tu kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 06:16 PM | Show all posts
itu ler. first time baca, aku dah gerammm. :ketuk: :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 06:26 PM | Show all posts
best lah dyg....nak tgk aa'r 28hb nanti...jom tgk g planet hollywood 28hb ni...:pmuka:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2007 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by eldorado at 18-1-2007 06:26 PM
best lah dyg....nak tgk aa'r 28hb nanti...jom tgk g planet hollywood 28hb ni...:pmuka:



Jommm... kita jumpa kat sana. aku pun x sabar nak pegi 28 ni. x puas tgk hari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 06:56 PM | Show all posts
Dayang bikin gamat di Planet Hollywood
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH :ketuk:


"ada 2005, Dayang Nurfaizah menjadi artis terakhir menutup persembahan Sunday Nite Live di Planet Hollywood, Kuala Lumpur. Tahun 2006 pula berlalu sunyi tanpa vokal serak penyanyi berkulit hitam manis itu di sana.:geram: :geram:

BODOH PIANG PUNYA WARTAWAN... :ketuk: ni wartawan pelatih ke hapa...tak wat homework...mcmana editor bleh 'lepas' artikle ni...:ketuk:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2007 07:03 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 18-1-2007 06:56 PM
Dayang bikin gamat di Planet Hollywood
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH :ketuk:


"ada 2005, Dayang Nurfaizah menjadi artis terakhir menutup persembahan Sunday Nite Live di P ...



itu lah yg aku stress tu.

kalau nak bukti, show dyg tahun lepas, aku bley buktikan tau. :ketuk:
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 11:57 PM | Show all posts

Biasalah, wartawan memang malas nak buat homework :lol

Tapi oklah, dia bagi good review tu

:clap:
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 03:23 AM | Show all posts
ceittttt...aku dah agak...die mesti nyanyi lagu peberet aku...irreplaceable...uwaaaa...rugi x gi...ni semua pasal member aku tak jadi..

takpe...28hb ni tunggu kehadiran ku disana..kali ni conpem pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 10:19 AM | Show all posts
bodoh nya la wartawan ni
by the way kat dlm gmbr tu tkde muka org lain ke aku nk kena tgk
:ketuk:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 19-1-2007 10:19 AM
bodoh nya la wartawan ni
by the way kat dlm gmbr tu tkde muka org lain ke aku nk kena tgk
:ketuk:



hahahhaha...

redha je ar. :pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 07:17 PM | Show all posts
LAGU HURT??? NAK DENGARRR!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 07:35 PM | Show all posts
Originally posted by itikganas at 19-1-2007 07:17 PM
LAGU HURT??? NAK DENGARRR!!!!



nak dengar, kenalah pegi planet 28 ni. :ah: :ah: :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 07:39 PM | Show all posts
ah haaaa.... wartawan haprak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2007 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 19-1-2007 12:56 PM



hahahhaha...

redha je ar. :pmuka:


terlebih redha dah nih ha
:ketuk:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2007 11:58 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 20-1-2007 10:08 AM


terlebih redha dah nih ha
:ketuk:



hhahahhahaha...

kang, kalau masuk gambar ko, lagi susah. :pmuka: :pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 05:56 PM | Show all posts
aku plak rasa macam banyak kali dah dayang buat show kat PH.
sampai terpikir "takde artis lain ker??"

just nak tahu, mmg best btul ker dayang ni kalau buat show??:hmm:
sorry..aku mmg tak pi PH etc..so pls story la yer. tq:music:
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 06:12 PM | Show all posts
ops...aku dah baca dah liputan kat topic lain...mmg nampak happening..
lagu ingin kumiliki (?) tu pon catchy...:music:
napa dayang tak dihantar ke memana pertandingan o/sea?
ke ada cuma aku yg tak tau?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.652743 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list