CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3742|Reply: 37

Mawi antara artis 'kebal' dan ada immuniti ?

[Copy link]
Post time 8-1-2007 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Mstar.com.my

Kakak Tua: Kenali artis 'kebal" dan ada immuniti?
08-01-2007 02:39:54 PM

Rasanya artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Sheila Majid, Erra Fazira, Mawi dan beberapa orang lagi termasuk di dalam golongan "special privileged" ini
Siapakah artis Malaysia yang paling bernasib baik? Nasib baik di sini bermaksud mempunyai kekebalan atau immuniti tersendiri sehinggakan apa saja yang melanda mereka, sedikitpun TIDAK akan terjejas populariti mereka.
  
Rasanya artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Sheila Majid, Erra Fazira, Mawi dan beberapa orang lagi termasuk di dalam golongan "special privileged" ini. Bukan setakat populariti yang sedang mereka kecapi atau kelarisan mereka mahupun jualan album yang laris tetapi apa sahaja trek rekod mereka yang buruk, jarang sekali diambil kira. Begitulah bertuahnya artis-artis ini.
  
Tidak perlu disebutkan satu persatu apa yang pernah atau tidak pernah mereka lakukan. Peminat mereka sendiri sudahpun ada memori kad yang mengandungi semua "kesalahan" atau kebaikan mereka.

Inilah penangan dan kehebatan artis-artis yang ada immuniti ini. Sudah terang lagi bersuluh, begitulah hebatnya rekod kesalahan mereka

Peminat atau penyokong artis-artis bertiga ini boleh dikatakan agak fanatik kerana apa yang ditulis atau dilaporkan mengenai artis-artis ini bagaikan tidak meninggal kesan.
Rekod kesalahan mengambil dadah, bercakap bohong, membuat lapuran palsu, memandu tanpa lesen, menyalahgunakan kuasa atau merampas suami orang, jangan sekali-kali dikaitkan dengan artis kesayangan mereka sebab mereka-mereka ini ada kekebalan tersendiri.
  
Inilah penangan dan kehebatan artis-artis yang ada immuniti ini. Sudah terang lagi bersuluh, begitulah hebatnya rekod kesalahan mereka. Bukannya pihak media tidak menjalankan tugas mereka dengan menghebohkan apa yang tidak sepatutnya seorang artis yang bermoral lakukan kerana mereka adalah "role model."
  
Walaupun pada mulanya respon agak berbelah bagi tapi lama kelamaan semuanya akan bertaut kembali. Imej "bersih" mereka tetap tidak terjejas atau terhakis mahupun segelintir pihak media masih berusaha membuka mata pembaca atau peminat dengan memberi gambaran sebenarnya.
  
Hakikatnya, simpan sajalah "bukti" atau "rahsia" artis kesayangan ramai ini kerana peminat mereka tidak ingin tahu apa yang buruk, hanya yang baik-baik saja yang mereka ingin tahu.

Kesemua nama yang disebutkan di atas sudah sampai ke satu peringkat di mana  mereka adalah "peoples artistes" atau dalam istilah Melayu "Penyanyi Kesayangan Ramai"
Selain dari artis yang disebutkan diatas, ada beberapa orang artis yang sudah meninggalkan kita tetapi mempunyai impak yang cukup kuat, menghampiri status immuniti yang dikatakan itu seperti Tan Sri P.Ramlee dan Sudirman Hj Arshad.

Rasanya tidak ada siapa yang ingin tahu samada Allahyarham P.Ramlee kaki judi atau tidak pandai simpan duit atau bagaimanakah kisah di sebalik kehidupan Sudir. Semua itu tidak penting lagi. Yang penting mereka ini sudah banyak menabur bakti dan jasa mereka tidak terhingga besarnya.
  
Artis-artis lama yang telah banyak berbudi kepada industri hiburan juga menikmati privilege immuniti ini seperti Tan Sri SM Salim, Datuk Ahmad Nawab, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sarimah Ahmad, Mariani, Datuk A.Rahman Hassan, Datuk Jins Shamsuddin dan ramai lagi.
Mungkin kerana nama mereka sudah cukup lama terpahat di dalam arkib dan sejarah industri hiburan, maka selayaknya mereka menikmati privilege ini.
  
Mungkin juga artis yang mendapat immuniti ini ada hubungkait dengan imej "peoples artistes." Kesemua nama yang disebutkan di atas sudah sampai ke satu peringkat di mana  mereka adalah "peoples artistes" atau dalam istilah Melayu "Penyanyi Kesayangan Ramai", sudah semestinya mereka kelihatan "kebal" dan "untouchable."
  
Apapun kisah atau lingkaran hidup mereka tidak pernah sekali pihak media ingin mencungkilnya. Sebaliknya, mereka diberi "perlindungan." Seandainya ada berita yang tidak seharusnya diketahui oleh orang ramai, cepat-cepat ditutup oleh pihak media. Antara sebabnya mungkin sebab mereka sudah tua, jadi rasa hormat itu melebihi segalanya. Dan dek bakat yang terlalu besar maka kekaguman pihak mediapun mengatasi segalanya.
  
Namun jangan pula mengambil kesempatan di atas sikap media yang cuba menolong "menutup bangkai." Pihak artis yang berada di tempat teristimewa ini kena pandai-pandailah mengubah sikap dan menjaga tepi kain sendiri agar segala pekung atau kelemahan diri tidak terlepas keluar.
   
Ini adalah kerana walaupun ada immuniti dan kebal atau menikmati status "the untouchable", apabila sesuatu yang diluar jangkaan berlaku dan pada ketika itu kesalahan yang ditanggung tidak dapat ditutup atau dibendung lagi oleh pihak media mahupun peminat, maka gugurlah hak immuniti itu.

Kakak Tua ingin berpesan pada artis-artis istimewa ini, ambillah iktibar apa yang sedang berlaku disekeliling kita
Yang tinggal hanyalah seribu satu kesalan dan jangan pula disalahkan media apabila pekung di dada tiba-tiba terbongkar kerana pepatah Melayu ada berkata "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua."
  
Kakak Tua ingin berpesan pada artis-artis istimewa ini, ambillah iktibar apa yang sedang berlaku disekeliling kita. Kalau yang buat pekerjaan yang tidak elok tu, henti-hentikanlah.

Yang suka cakap bohong dan "main wayang", sudah-sudahlah. Dan yang sudah terlanjur membuat onar dan menabur fitnah, pandai-pandailah menginsafi diri. Lagipun benda yang tidak elok masakan dapat dibendung selamanya kerana "bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru."

KAKAK TUA: Senang berkata benar kerana lidah sudah dikikis!



[ Last edited by  kekekek at 8-1-2007 10:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2007 10:12 PM | Show all posts
Aku rasa kes Mawi so far ringan jer.
Takder le yang berat-berat cam 'artis-artis kebal' yang lain.

Kita tengok ABP2006 nanti, kebal ke tidak si Mawi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:23 PM | Show all posts
siapa yg bg immuniti ni? peminat or media?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 10:26 PM | Show all posts

Reply #3 mendonan's post

Media la...
Baru setahun jadi artis, Mawi dah diberi segala suntikan 'vaksin'.

[ Last edited by  kekekek at 8-1-2007 10:28 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 10:38 PM | Show all posts
Selagi dia keluarkan album yang bagus, show pun bagus dan makin improve, layan peminat pun bagus, layan reputz pun bagus....selagi tu la dia 'immune'.
Tu jer sebanrnya rahsia nak kekal lama...selain dari luck.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:49 PM | Show all posts
jamal abdillah pada aku artis yg sgt kebal dalam erti kata lain "bakat mengatasi segala-galanya..."
dia amik dadah pun.. ppl still leh suka dia sebab bila dia nyanyi.."wow"...!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2007 11:25 PM | Show all posts
go sheila go :pompom: :love:
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 11:39 PM | Show all posts
jelas...mawi kebal dgn autanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2007 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by mendonan at 8-1-2007 10:49 PM
jamal abdillah pada aku artis yg sgt kebal dalam erti kata lain "bakat mengatasi segala-galanya..."
dia amik dadah pun.. ppl still leh suka dia sebab bila dia nyanyi.."wow"...!!

ni barula WOLRD...
tak macam mawi...baru putus tunang..sesama peminat dah bergaduh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by peYno at 8-1-2007 11:40 PM

ni barula WOLRD...
tak macam mawi...baru putus tunang..sesama peminat dah bergaduh


La..tu baru world...mana ada sesama peminat artis lain yang bergaduh?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 8-1-2007 11:42 PM


La..tu baru world...mana ada sesama peminat artis lain yang bergaduh?

peminat mawi je...ko paham2 je jenis peminat2 mawi ni...prrrfthhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 01:00 AM | Show all posts
eleh tak minat mawi tapi avatar gambar mawi...prfffff la penyo cakap jer la ko akui kehebatan mawi tu!:ting:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 01:07 AM | Show all posts
:hmm: :hmm: :hmm: no komen
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 06:38 AM | Show all posts
sebenarnya peyno tu menghangatkan forum ni aje.. dia tu baik orangnya. orang yg baik tak ngumpat orang dan tak bencikan orang. itulah sifat orang yg tahu agama kan peyno.. dia akan hormatkan orang dan banyak melakukan kerja amal. tak mudah melenting. tak amengaibkan orang, tak fitnah orang  dan berbagai lagi. banyak melakukan kerja amal. hormat orang. merendah diri. itulaha sifat sejati orang yg patu ajaran agama
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 08:19 AM | Show all posts
mawi jer peyno.?....ct, erra ,sheila , jamal tak nak komen ker?.........barulah peyno pun world
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 08:27 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 8-1-2007 10:08 PM
Mstar.com.my

menyalahgunakan kuasa atau merampas suami orang, ...



bisa...bisa... :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 08:29 AM | Show all posts
Originally posted by ikz at 9-1-2007 08:19 AM
mawi jer peyno.?....ct, erra ,sheila , jamal tak nak komen ker?.........barulah peyno pun world



mawi jer yang bertakhta di hati peynok..
peynok tu ala-ala malu tapi mau... :lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 8-1-2007 10:38 PM
Selagi dia keluarkan album yang bagus, show pun bagus dan makin improve, layan peminat pun bagus, layan reputz pun bagus....selagi tu la dia 'immune'.
Tu jer sebanrnya rahsia nak kekal lama...se ...



:setuju: :setuju: :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 01:00 PM | Show all posts

Reply #17 icelemontea's post

Kita Setuju...............
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by icelemontea at 9-1-2007 08:29 AM



mawi jer yang bertakhta di hati peynok..
peynok tu ala-ala malu tapi mau... :lol


Biasa le kalau tidak tk kan namanya peyno.: :
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064356 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list