View: 44477|Reply: 69
|
Rahsia di Sebalik Kisah Cinta Siti Nurhaliza !!
[Copy link]
|
|
"DI PETIK DARI LAMAN M@RHAEN"
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,
Artikel cucu perihal "Datuk K Dapat RM1 Juta Kerana Miliki Siti" baru-baru ini sesungguh telah mengemparkan seluruh peminat siti malahan para pembaca semua. Dalam tempoh tidak sampai seminggu sahaja artikel tersebut telah dibaca oleh lebih 10,000 orang. Laman cucu juga telah menerima hits tertinggi semenjak 1998 gara-gara artikel panas tersebut.
Sememangnya, berita tentang Siti dan Datuk K kini menjadi satu isu yang paling hangat diperkatakan oleh rakyat malaysia. Malahan berita sensasi ini lebih hangat lagi daripada isu Mahathir-Pak Lah sebelum ini.
Ramai yang terkejut dengan tulisan berani Cucu itu. Bahkan ramai juga yang beranggapan, perkara sebegini memang bukan sesuatu yang luar biasa bagi insan-insan korporat selama ini termasuklah Datuk K. Apatah lagi dalam hal untuk memiliki seorang insan yang popular seperti Siti Nurhaliza itu.
Mungkin, bagi pihak-pihak tertentu masih memikirkan apakah rasionalnya Cucu menulis artikel yang panas seperti itu. Apakah Cucu tidak takut dikenakan tindakan saman oleh pihak-pihak terbabit. Bagi Cucu, sebagai manusia dan peminat kita ada hak untuk berkata-kata dan menyuarakan pandangan. Pun begitu, umum harus mengetahui bahawa Cucu juga sebenarnya mempunyai hubungan yang agak rapat dengan keluarga dan mereka yang terdekat dengan Siti Nurhaliza. Tambahan pula, Cucu dari negeri yang sama dengan Siti iaitu Pahang Darul Makmur.
Setelah isu Datuk K mendapat RM1 Juta disiarkan baru-baru ini Cucu telah menerima banyak panggilan dan email daripada sahabat-sahabat di seluruh negara yang mahukan cerita lanjut perihal hubungan Siti dengan Datuk K. Maka itu, eloklah kiranya Cucu menyambung isu terbabit bagi tidak menghampakan para pembaca semua.
Untuk makluman , Siti Nurhaliza sebenarnya telah mula dikenali sejak dibangku sekolah rendah lagi. Beliau sering memenangi banyak pertandingan nyanyian peringkat sekolah dan juga daerah ketika itu. bakatnya mula menyerlah dikhalayak ramai apabila beliau memenangi pertandingan nyanyian di Karnival Lipis. Siti senantiasa memenangi hadiah ditempat pertama. Lebih membanggakan pernah satu ketika, beliau menjadi johan untuk kategori kanak-kanak, abangnya Ayie bagi kategori dewasa dan ibunya pula johan kategori vateran. Pendek kata, sememangnya bakat yang terserlah dalam keluarga beliau memang tiada tandingan.
Al-kisah, dalam meningkat usia dewasa Siti Nurhaliza tidak seperti remaja-remaja yang lain. Beliau tidak dapat bebas seperti mereka untuk berpeleseran. Bahkan Siti Nurhaliza kabarnya tidak pernah terjebak dalam kancah "Cinta Monyet" seperti lain-lain remaja seusianya. Kita sendiri tentu tahu bahawa cinta monyet adalah satu perasaan cinta yang paling indah dalam hidup kita. Ini kerana itulah cinta pertama dan teragung yang pasti ramai yang mengalaminya, terutamanya ketika di alam persekolahan.
Akibat tidak pernah melalui cinta monyet, Siti begitu takut apabila ada lelaki yang cuba mendekati dan ingin meluahkan perasaan cinta kepadanya. Pernah dalam satu acara, Siti meminta seorang kroni Cucu untuk membaca surat cinta yang dihantar kepada beliau dan beliau meminta kroni Cucu untuk memanggil lelaki yang menghantar surat terbabit. Dihadapan kroni Cucu, Siti selamba bertanya kepada lelaki itu apakah tujuan beliau menghantar surat terbabit? Dan beliau juga mengatakan yang beliau tidak suka dan tidak faham apakah erti cinta yang dimaksudkan. Ini menyebabkan setiap lelaki yang ingin memiliki Siti akan terkecewa.
Dipendekkan cerita, maka sejak Siti banyak memenangi pertandingan beliau sering mendapat undangan untuk majlis-majlis yang melibatkan tokoh-tokoh VIP dan kroni Cucu pula adalah band pengiring yang mengiringi Siti setiap kali beliau membuat persembahan dari beliau kanak-kanak sehinggalah meningkat remaja.
Tatkala Siti memenangi pertandingan anjuran RTM pada tahun 1996 dulu, kroni Cucu masih mengiringi pertunjukkan Siti terutamanya yang diadakan di sekitar Kuantan khasnya dan Pahang amnya. Cucu juga sempat bersama Siti dalam satu majlis jamuan Hari Raya di Jengka pada tahun 1996. Ketika itu Siti menyanyi dan Cucu sebagai pengacara untuk program tersebut. Kami sempat bergambar kenangan dan masih disimpan hingga ke saat ini. Bahkan hubungan Cucu dengan adik Siti iaitu Saerah agak rapat juga sebelum ini.
Sejak itu bermulalah era kegemilangan Siti Nurhaliza, anak kelahiran bumi Pahang itu. Malahan nama Siti dilihat berjaya menyaingi anak seni yang menaikkan imej negeri Pahang sebelum ini iaitu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad (Temerloh) dan Seniwati Sarimah (Pekan).
Persoalannya disini, mengapakah tiba-tiba kita dikejutkan dengan hubungan Siti dengan Datuk K? Bukankah pembaca ingin mengetahuinya. Nah, sekarang jelaskah kepada kita bahawa Siti Nurhaliza tidak mengenali apakah erti cinta semenjak di zaman remajanya.
Bila namanya melonjak popular sekitar 96 hingga 2005 sebenarnya Siti sememangnya tiada masa untuk CINTA. Ini bukan kerana beliau sombong atau jual mahal. Tetapi ketika beliau popular, dirinya pula terus dikongkong oleh ahli keluarganya terutama abangnya Ayie serta kakak iparnya Rozie yang bertindak sebagai pengurus Siti.
Meningkat umu melebihi 25 tahun, bukankah jika orang lain mungkin dalam usia sebegitu telah banyak kali mengalami kisah cinta. Ada kenangan pahit, manis, lucu, hitam dan banyak lagi. Tapi bagi orang seperti Siti, beliau langsung tidak berpeluang untuk bercinta. Bayangkan keadaan ini berlarutan hingga ke usiannya mencecah 26 tahun.
Maka, menurut kisahnya akibat tidak pernah mengalami keagungan Cinta, maka orang yang bertanggungjawab menghubungkan Siti dengan Datuk K ialah kakak ipar dan pengurusnya iaitu Rozie isteri Ayie. Ini bermula apabila mereka merancang untuk mendapatkan penaja bagi merealisasikan hasrat Siti untuk menyanyi di Royal Albert Hall London.
Sebagai tokoh korporat dan ahli perniagaan yang sememangnya mempunyai citarasa tersendiri, Datuk K telah bersetuju agaknya untuk menaja keseluruhan konsert dan kos-kos berkaitan dengan persembahan Siti di London itu. Maka akibat "Deal" antara Rozie dengan Datuk K lah yang telah menyebabkan Siti terperangkap dalam cinta antara usia. Kisah selanjutnya adalah dalam artikel Cucu terdahulu.
Maka akibat, termakan budi atas kesanggupan Datuk K menaja dan mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk menaja konsert Siti di London itulah agaknya telah menambahkan kemesraan antara Siti dan Datuk K. Soal Datuk K menggunakan ilmu atau sebaliknya itu adalah urusan peribadi beliau. Tetapi itulah hakikatnya perjalanan cinta Siti seperti yang diceritakan oleh kroni Cucu.
Dalam usia 27 tahun, bukankah Siti terpaksa menerima sesiapa sahaja untuk menjadi teman hidupnya, tambahan pula insan seperti Datuk K yang banyak berjasa kepada beliau dan merupaka tokoh korporat pula. Apa yang penting seperti yang Cucu ceritakan diawal tadi, Siti tidak pernah bercinta, maka apabila orang berpengalaman seusia Datuk K meluahkan kata-kata cinta atas sokongan dan dorongan kakak iparnya Rozie sudah tentu akhirnya Siti akan terperangkap dalam cinta tersebut.
Khabar yang diterima juga, sebenarnya ibubapa Siti amat kecewa dengan usaha Rozie memperkenalkan Siti kepada Datuk K. tetapi apa boleh buat semuanya sudah ditakdirkan. Bagi mereka adalah lebih elok Siti dijodohkan dengan insan yang seusia dengannya.
Apa yang mengecewakan ialah, Siti pernah berkata sebelum ini beliau mahu seorang suami yang dapat membimbingnya ke jalan kebenaran dan mempunnyai agama. Anda sendiri boleh menilai sehebat mana orang seperti Datuk K ini, alangkan istana yang dibina selama 20 tahun dengan bekas isterinya Tengku Zawiyah sendiripun akhirnya hancur. Inikan pula budak mentah seperti Siti. bayangkan 20 tahun akan datang. Namun begitu kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.
Semoga segala kisah ini dapat dijadikan ikhtibar buat diri kita. Apapun pilihan tetap ditangan Siti. Apa yang penting Siti telah membuat keputusan, peminat kecewa atau tidak puas hati pun, kita sekadar dapat berbicara. Semoga kisah cinta Siti ini akan berakhir dengan kebahagian hendaknya. AMIN |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 pun .. ..dan tuhan aje menentukan... |
|
|
|
|
|
|
|
UNTUK ADIL....ini topik pun boleh masuk sama topik ALL ABOUT DK dan SITI NURHALIZA..... |
|
|
|
|
|
|
|
TOPIK nie DIBIARKAN untuk TERBUKA selama beberapa HARI...sebelum aku MERGE...
Thankss.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 8-8-2006 09:47 AM
UNTUK ADIL....ini topik pun boleh masuk sama topik ALL ABOUT DK dan SITI NURHALIZA.....
pantang ada yang menpkkan unsur2 benci aja, hang lambak dalam thread aku tu...thread yang lambung2, junjung2.. takdak pulak hang merge...nak bagi npk byk la yang minat dia...otak hang memang bergeliga. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by icelemontea at 8-8-2006 10:03 AM
pantang ada yang menpkkan unsur2 benci aja, hang lambak dalam thread aku tu...thread yang lambung2, junjung2.. takdak pulak hang merge...nak bagi npk byk la yang minat dia...otak hang memang ...
Thread ngko kan penuh informasi....segala petikan berita ada...sesuai sangat la tue... |
|
|
|
|
|
|
|
mana nak baca artikel satu juta tu yer? |
|
|
|
|
|
|
|
DATUK K DAPAT GANJARAN RM1 JUTA
KERANA BERJAYA MILIKI SITI NURHALIZA?
Oleh Cucu Mat Kilau
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,
Maka hebohlah seantero dunia orang memperkatakan perihal perkahwinan primadona Siti Nurhaliza dengan tokoh usahawan yang dikenali sebagai Datuk K. Cucu tidak berapa mengenali Datuk K, tetapi boleh dikira rapat juga dengan keluarga Siti Nurhaliza sebelum ini, terutamanya dengan adik beliau iaitu Saerah.
Berita majlis perkahwinan Siti dengan Datuk K, yang diwar-warkan dalam hampir kesemua media massa baru-baru ini telah mendapat berbagai reaksi daripada peminat Siti. Dalam undian SMS Buletin Utama TV3, pada malam pengumuman itu jelas menunjukkan hanya 51% sahaja yang bersetuju mengatakan Siti membuat pilihan yang tepat. Selebihnya 49% tidak bersetuju dan mengatakan Siti tersilap membuat percaturan dalam menentukan hala tuju kehidupannya pada masa akan datang.
Sebelum ini juga telah banyak berita yang dipaparkan tentang kebobrokan keluarga Datuk K, tokoh usahawan yang bakal menjadi suami Siti Nurhaliza. Tersebarnya banyak gambar dan berita mengenai keluarga Datuk K, jelas menunjukkan bahawa beliau tidak selayaknya menjadi pilihan Siti. Ramai yang beranggapan Siti lebih sesuai memilih Dr. Fazley sebagai teman hidupnya, kerana imej beliau lebih bersih dan lebih berketrampilan untuk menjadi pembimbing kepada Siti.
Apa pun, pengumuman rasmi telah dibuat oleh pihak keluarga dan Siti Nurhaliza sendiri. Tiada siapa yang berhak untuk mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Siti. Pun begitu, Cucu sempat berbual dengan beberapa orang kenalan rapat Cucu di Kuala Lipis dan Raub , Pahang baru-baru ini. Salah seorang daripada mereka adalah mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Siti Nurhaliza.
Berita panas yang Cucu terima, katanya beliau tidak hairan Siti memilih Datuk K sebagai teman hidupnya kerana Datuk K telah mengeluarkan banyak belanja untuk memikat Siti. Khabarnya perbelanjaan rombongan peminat dan juga Siti Nurhaliza ketika mengadakan persembahan di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005 adalah tajaan daripada Datuk K. Katanya A to Z , Datuk K "support" bagi menjayakan konsert tersebut. Di sinilah yang menyebabkan Siti amat terhutang budi kepada Datuk K. Tambahan pula beliau mendengar khabar yang Datuk K adalah seorang duda beranak 4.
Datuk K khabarnya saban hari dan saban waktu berusaha dan beriya-iya benar untuk mendapatkan Siti Nurhaliza, kerana di kalangan tokoh-tokoh korporat dan kenalannya mereka membuat cabaran "barang sesiapa yang berjaya memiliki Siti Nurhaliza, maka mereka akan ditawarkan ganjaran sebanyak RM1 juta". Bukankah lumayan hadiah serta ganjaran tersebut. Maka untuk membuktikan bahawa beliau boleh berjaya, maka tidak hairanlah Datuk K sanggup melabur hampir setengah juta ringgit untuk mengaburi mata Siti Nurhaliza.
Jika benar berita panas ini, maka Cucu tidak hairan dan amat bersimpati dengan nasib Siti Nurhaliza selepas ini. Apakah beliau akan senasib dengan Pengiran Bini Mazuin, Erra Fazira, Noraniza Idris, Nor Albaniah, Watie dan ramai lagi artis-artis wanita yang terpaksa menjadi ibu tunggal akibat tersalah membuat perhitungan.
Cucu pernah terdengar sendiri dari mulut Siti sebelum ini, sekiranya beliau ingin memilih calon suami beliau akan memilih orang yang beriman dan dapat membimbingnya ke jalan kebenaran, jalan yang lurus serta diredhai Allah. Apakah orang seperti Datuk K bisa membimbing Siti ? Melihat sendiri kehancuran keluarga beliau, berdasarkan keputusan bekas isteri beliau iaitu Tengku Zawiyah yang ingin menuntut harta sepencarian dengan Datuk K, serta keadaan gambar-gambar serta kehidupan sosial yang diwarisi oleh anak-anak Datuk K, jelas menunjukkan beliau akan gagal membawa Siti ke jalan kebenaran seperti yang diharap-harapkan.
Bagaimana harus beliau membimbing Siti, jika keluarga beliau sendiri porak peranda dan tidak terdidik dengan nilai-nilai murni dan keislaman? Bukti jelas pasangan yang berkahwin pada 24 Disember 1985 di Sungai Petani, Kedah dikurniakan empat orang anak Mohd. Anas, 19 (sedang belajar di Melbourne, Australia); Mohd. Adib, 16; Mohd. Ashraf, 14, dan Mohd. Azif, 8.
Manakala Datuk K dan Tengku Zawiyah telah bercerai secara taklik pada 1 Februari 2004 dan pengesahan dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 12 Mac 2005. Sedangkan konsert Siti di Royal Albert Hall London, berlangsung pada 1 April 2005. Bukankah seolah-olah ada rahsia di sebalik semua ini.
Khabaran yang Cucu terima, Siti berulang-ulang kali meminta Datuk K menceraikan isterinya dan tidak mahu beliau menjadi madu sekiranya Datuk K benar-benar ingin memiliki beliau. Lantaran itulah sebelum mereka bertolak ke London, untuk konsert tersebut Datuk K dan bekas isterinya terpaksa membuat pengesahan bercerai bagi membolehkan beliau bersama rombongan Siti.
Apakah benar segala yang berlaku ini, hanya Siti dan keluarganya sahaja yang dapat menilai. Justeru itu, sama-samalah kita nantikan berita selanjutnya akan kisah perkahwinan Siti dengan Datuk K ini. |
|
|
|
|
|
|
|
"Khabaran yang Cucu terima, Siti berulang-ulang kali meminta Datuk K menceraikan isterinya dan tidak mahu beliau menjadi madu sekiranya Datuk K benar-benar ingin memiliki beliau. Lantaran itulah sebelum mereka bertolak ke London, untuk konsert tersebut Datuk K dan bekas isterinya terpaksa membuat pengesahan bercerai bagi membolehkan beliau bersama rombongan Siti."
Aku tertarik part ni. |
|
|
|
|
|
|
|
AKU PUN SUKA PART YG TU.... |
|
|
|
|
|
|
|
tv3 beri berjuta2 untuk mendapatkan hak penyiaran...bertambahlah kaya diorg ek...itu belum lagi trans TV |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zkhairul at 8-8-2006 04:30 PM
tv3 beri berjuta2 untuk mendapatkan hak penyiaran...bertambahlah kaya diorg ek...itu belum lagi trans TV
biarlah tu rezeki diorg...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zkhairul at 8-8-2006 04:30 PM
tv3 beri berjuta2 untuk mendapatkan hak penyiaran...bertambahlah kaya diorg ek...itu belum lagi trans TV
kaya dunia ajer...akhirat belum tentu lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
hidup penuh bicara...:lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by evita_ina at 8-8-2006 09:06 PM
hidup penuh bicara...:lebai:
ada benar ada dusta....haaa:hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JAY-Z at 8-8-2006 09:34 PM
ada benar ada dusta....haaa:hatdown:
ku hanya manusia yang ingin kenal erti cinta :love: |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh.. so ini kes terhutang budi tergadai body lar ni....
Well..she just like any other girl.. Tapi jadi meluat pun ader jugak. Mula2 sorok2 manja.. NO COMMENT..
Sekarang ni ... Tanya lar aper jer.. I boleh citer... Tanya lah lagi.. tak suker lar u all ni. (sambil memintal rambut & tertunduk malu)... ABANG BESAR bagi choc & strawberi dah cair... (apa yg BESAR x tau ler).. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe....macam macam ada! |
|
|
|
|
|
|
|
memang ct macam2 ler ni... |
|
|
|
|
|
|
|
no komen... |
|
|
|
|
|
|
| |
|