CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3736|Reply: 30

ALL ABOUT VINCE -

[Copy link]
Post time 3-8-2006 07:48 AM | Show all posts |Read mode
Vince melangkah ke platform antarabangsa
Oleh Suzan Ahmad





PERCUBAAN Vincent Chong mempertaruhkan lagu bergenre world music bersama Yassin melalui Berkobar-Kobar kurang memberikan impak. Bagaimanapun Vince bukanlah seorang `pengalah' kerana dia sedang menyusun strategi untuk menonjolkan single keduanya, Janji-Janji.

"Ramai agak terkejut dengan percubaan drastik saya dalam lagu Berkobar-Kobar. Mengambil kira perkara itu, saya akan mempromosikan single kedua, Janji-Janji yang lebih pop muziknya. Setakat ini Janji-Janji sudah masuk carta muzik dan akan disusuli dengan pembikinan klip video," kata penyanyi kacukan Cina-Inggeris ini kepada Bintang Popular.

Vince berkata, dengan langkah baru, dia berharap album Janji Vince yang sudah lama dipasarkan iaitu sejak Ogos tahun lalu akan kembali mendapat perhatian.

"EMI juga bercadang menerbitkan versi repackage untuk album Janji Vince," katanya.

Sehubungan itu, juara pertama Akademi Fantasia 1 ini menafikan bahawa dia kecewa atau menyepikan diri di tengah-tengah kesuraman penjualan album tempatan selain kebangkitan artis popular lain.

"Sebenarnya terma low profile itu lebih kepada `a blessing in disguise'. Ini disebabkan sepanjang tempoh senyap itu saya mempertajam bakat penciptaan lagu untuk artis lain.

"Diam tidak bermaksud saya merajuk dengan industri ini. Saya sebenarnya sibuk, malah lebih sibuk berbanding ketika selepas menjadi juara AF1 dulu," ujarnya.

Vince berkata, sekarang dia sedang kemaruk mencipta lagu. Membanggakan apabila lagu ciptaannya dipilih untuk dimuatkan dalam album dua artis baru di Indonesia. Di samping itu, Vince turut mencipta sebuah lagu duet untuk dimuatkan dalam album rakannya, Burn, berjudul Diriku.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Mengapa Harus Cinta ini turut minat mendalami selok-elok produksi sesebuah album dan mula menimba ilmu itu menerusi mentornya, Audi Mok.

"Saya hanya tunggu saat dan ketika nya untuk industri muzik tempatan menyedari kehadiran material (lagu) ciptaan saya," katanya dengan yakin.

Dalam pada itu, Vince kini dalam percubaan menempatkan dirinya ke platform antarabangsa apabila dipilih mewakili artis Malaysia dalam projek terbaru Disney Channel.

Vince digandingkan dengan penyanyi remaja Filipina, Nikki Gill dan artis Singapura, Alicia Pan, membawakan lagu Breaking Free dalam soundtrack filem The High School Musical. Album soundtrack ini akan kedengaran di beberapa negara Asia lain seperti Singapura, Filipina dan Indonesia.

Filem ini memang sedang meletup di Amerika Syarikat ketika ini. Malah The High School Musical akan disiarkan Saluran Disney pada 23 Julai ini, jam 7.30 malam.

[ Last edited by  dexa at 28-1-2007 06:01 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2006 07:52 AM | Show all posts
penyanyi yang mempunyai suara yang bagus -- cuma tidak mendapat
attention yang meluas dari media..

kalau sesiapa duk ampang - boleh jumpa vince some time kat
Linda Jasmine studio tu -- baik budaknya --  very very nice guy --
suara dia -- not so bad saya rasa....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 3-8-2006 07:52 AM
penyanyi yang mempunyai suara yang bagus -- cuma tidak mendapat
attention yang meluas dari media..

kalau sesiapa duk ampang - boleh jumpa vince some time kat
Linda Jasmine studio tu -- baik bu ...

   U PENAH JUMPA X DEX...KALU JUMPA CAKAP ZIANA2006 RINDU SGT2 KAT VINCE TUE....:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 10:16 AM | Show all posts
Vince merupakan bakat yang tidak mendapat perhatian..... what a waste
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2006 10:42 AM | Show all posts

Reply #3 ziana2006's post

few times - kita main pool kat linda jasmin's dancing studio..
baik budaknya --
nanti i cakap 'vince - your fan #1 say hi..
dan dia rindu dengan you'.. okay?

* setuju dengan pendapat itik....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 10:45 AM | Show all posts
Antara bakat2 baru, dia antara yg sgt berbakat dan berkualiti walaupun lahir dr program realiti(maknanya menang af atas tiket SMS), bukan setakat menyanyi tapi boleh jugak mencipta lagu. Kalau dia terus tajamkan skil penciptaan dan penerbitan lagu, tak mustahil satu hari nanti dia boleh menjadi antara penulis dan penerbit lagu yang disegani, begitu jugak bidang nyanyiannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2006 11:02 AM | Show all posts

Reply #6 lailamajnun04's post

very good observation ---  saya tak tahu pulak
dia pandai cipta lagu -- saya dengar lagu dia
yang satu tu ja --  dan mostly tak cerita pulak
tentang dia cipta lagu ---- but thats a very good
motivation untuk ke peringkat yang lebih tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 11:07 AM | Show all posts

Reply #7 dexa's post

Lepas keluar AF dulu, ada terbaca yg antara cita2nya adalah utk berjaya dlm penciptaan dan penerbitan lagu, dr awal2 lagi dia dah ada wawasan sendiri, minatnya terhadap muzik terlalu sebati dgn jiwanya. Kedua2 albumnya ada diselitkan lagu2 ciptaannya.

[ Last edited by  lailamajnun04 at 3-8-2006 11:10 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2006 11:10 AM | Show all posts

Reply #8 lailamajnun04's post

lepas tu pulak fasih berbahasa melayu dan inggeris
so -- tu satu point yang besar juga...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 11:13 AM | Show all posts
Well, masa mula2 jadi artis dulu, BM (bahasa harian) dia cam kelakarlah jugak tapi disebabkan dia lebih banyak bergaul dgn org melayu, tu yg dah jadi bertambah baik. Dia ngaku yg dia mmg tak fasih berbahasa cina.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 01:17 PM | Show all posts
Suka lagu Janji-Janji - Vince.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2006 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by chonadia at 3-8-2006 01:17 PM
Suka lagu Janji-Janji - Vince.....


lagu ni pun ada tercalon di AE  kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 3-8-2006 01:20 PM


lagu ni pun ada tercalon di AE  kan?




DIORG KATA LAGU JANJI VINCE TU TIRU LAGU BARU KAK ZIANA ZAIN,JANJI ZIANA....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 02:51 PM | Show all posts

Reply #13 ziana2006's post

diorang kata? siapa diorang tu???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2006 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by ziana2006 at 3-8-2006 02:27 PM




DIORG KATA LAGU JANJI VINCE TU TIRU LAGU BARU KAK ZIANA ZAIN,JANJI ZIANA....


tiru camana??
tiru music dia?
lirik dia?
tajuk dia??  
kalau tiru --- music dia.. --
mana boleh dicalonkan i dun think...

and siapa DIORG  tu??
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 02:57 PM | Show all posts
ada ke tajuk lagu janji ziana nanti..kelakarnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2006 02:58 PM | Show all posts

Reply #16 harisbee's post

kalau tajuk:  "janji ziana2006" -- tak bukak thread poll --
saya akan vote lagu terbaik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2007 06:00 AM | Show all posts
Vince cuba bangun kembali
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

ANTARA bakat Akademi Fantasia yang mempunyai pakej lengkap ialah Vincent Cheong yang menjadi juara pertama rancangan realiti berkenaan. Vince bukan diminati hanya semata-mata kerana kacak, tetapi juga kerana suara yang hebat, di samping ciri-ciri profesional untuk menjadi seorang artis ternama.

Malah cara berkomunikasi Vince juga kelihatan jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan juara-juara Akademi Fantasia terkemudian daripadanya. Itu semua mungkin didorong oleh teras pendidikan yang telah melatihnya sebelum ini.

Bagaimanapun itu semua bukan jaminan untuk Vince terus kekal popular di mata mereka yang pernah memberi kemenangan kepadanya.

Hari ini, entah di mana silapnya Vince bagaikan perlahan-lahan dilupakan oleh peminat yang sebelum ini bagai hendak 憆ak
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 11:06 AM | Show all posts
vince memang baik. 1st time aku jumpa kat uptown msa dia & azza shoot tuk iklan hotlink..... peramah giller.

pd aku vince & azza kat luar lbh ensem & cantik.... tak fotogenik la dorang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 11:53 AM | Show all posts
i luv vince......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074947 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list