CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3195|Reply: 0

Itali atasi Belgium lagi

[Copy link]
Post time 11-10-2021 11:54 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Belgium cuba menghalang penyerang Itali, Federico Bernardeschi (tengah) melakukan rembatan dalam aksi Liga Negara-Negara di Stadium Juventus dekat Turin. FOTO AFP

Turin: Itali mengesahkan tempat ketiga saingan Liga Negara-Negara apabila menewaskan pasukan nombor satu dunia, Belgium 2-1 di Stadium Allianz, sebentar tadi.

Kemenangan berkenaan mengulangi kejayaan Azzurri yang dibimbing Roberto Mancini ketika menewaskan lawan di suku akhir Euro 2020, Jun lalu, juga dengan keputusan sama.

Itali yang menduduki tangga kelima dunia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terpaksa menunggu separuh masa kedua untuk berada di depan hasil jaringan Nicolo Barella pada minit ke-47.

Malah tuan rumah berjaya menggandakan jaringan menerusi Domenico Berardi menerusi penalti selepas Federico Chiesa dikasari Timothy Castagne.

Belgium kendalian Roberto Martinez memperoleh gol saguhati menerusi Charles De Ketelaere empat minit sebelum tamat perlawanan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -atasi-belgium-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.394566 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list