View: 2714|Reply: 0
|
Hakim AS saran kes rogol Ronaldo digugurkan
[Copy link]
|
|
Christiano Ronaldo dalam perlawanan Liga Premier Inggeris Manchester United menentang Newcastle pada 11 September lalu. - AFP
Hakim AS saran kes rogol Ronaldo digugurkan
LOS ANGELES, California – Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan untuk membatalkan kes rogol sivil terhadap Cristiano Ronaldo berhubung insiden tersebut di bandar raya Las Vegas lebih satu dekad lalu.
Kathryn Mayorga yang merupakan seorang bekas model, mendakwa Ronaldo menyerangnya di sebuah bilik hotel pada 2009.
Pemain bola sepak antarabangsa Portugal itu sentiasa menafikan tuduhan melakukan serangan seksual tersebut. Dia menegaskan bahawa hubungan intim mereka berlaku secara suka sama suka.
Kes jenayah terhadap penyerang kelab bola sepak Manchester United itu digugurkan dua tahun lalu dengan pendakwa raya mengatakan bahawa Ronaldo tidak ada kemungkinan untuk disabitkan.
Namun, Mayorga yang telah mengetepikan hak untuk tidak mendedahkan identitinya mengemukakan saman sivil untuk menuntut ganti rugi.
Dalam saranan pada Rabu lepas, Hakim Daniel Albregts mengesyorkan agar usul Ronaldo untuk mengetepikan saman tersebut dibenarkan.
Saranan Albregts akan disemak oleh seorang hakim lain yang menghakimi kes tersebut.
“Mengetepikan kes Mayorga kerana tindakan peguamnya yang tidak wajar adalah keputusan yang keras,” tulis Albregts.
Peguam Ronaldo, Peter Christiansen menyambut baik cadangan itu.
“Kami gembira dengan tinjauan terperinci pengadilan mengenai perkara ini dan kesediaannya untuk menerapkan undang-undang secara adil berdasarkan fakta dan mengesyorkan pengguguran kes sivil terhadap Ronaldo,” katanya. – AFP
|
|
|
|
|
|
|
| |
|