View: 1414|Reply: 1
|
Suarez julang Atletico benam Milan
[Copy link]
|
|
Milan: Sepakan penalti masa kecederaan disempurnakan Luis Suarez menyaksikan Atletico Madrid bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas AC Milan yang gagal mempertahankan gol pendahuluan mereka selepas beraksi dengan 10 pemain selama satu jam.
Milan yang juga juara Eropah tujuh kali berasakan mereka dapat meraih kemenangan pertama di Liga Juara-Juara sejak 2013 selepas Rafael Leao membuka jaringan minit ke-19 dalam perlawanan Kumpulan B di San Siro itu.
Bagaimanapun Antoine Griezmann menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat perlawanan dan Suarez menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan sekali gus mengecewakan penyokong Milan.
Skuad bimbingan Diego Simeone kini menduduki tempat kedua dengan empat mata, dua mata di belakang Liverpool selepas memanfaatkan peluang apabila Franck Kessie dibuang padang minit ke-30 berikutan dilayangkan kad merah.
"Jika 11 bertemu 11, Milan lebih baik berbanding kami. Mereka beraksi dengan lebih tersusun dan dinamik.
"Mereka menekan dan memaksa kami sehingga tidak dapat beraksi seperti kebiasaannya," kata Simeone kepada Sky Sport Italia.
"Apabila pemain mereka menerima kad merah, mereka mula bertahan dan membenarkan kami untuk menyerang. Sebelum itu, kami gagal beraksi dengan baik."
Jurulatih Milan, Stefano Pioli pula berkata: "Kami kecewa kerana hampir-hampir meraih keputusan penting bertemu lawan yang hebat." - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
REAKSI kecewa penjaga gol AC Milan, Mike Maignan selepas Suarez menyempurnakan sepakan penalti. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|