View: 1651|Reply: 1
|
Lima juta tonton aksi Piala Malaysia
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Siapa kata perlawanan Piala Malaysia hambar apabila saingan awal sudah mencatatkan jumlah tontonan mencecah lima juta penonton hanya menerusi platform YouTube Unifi.
Menerusi platform Youtube itu, perlawanan paling tinggi jumlah tontonan setakat ini membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan yang mencatat jumlah tontonan tertinggi dengan 1.1 juta penonton.
Selain itu, kelab dari Pantai Timur boleh dikatakan menjadi tumpuan terutama perlawanan antara Kelantan United dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Aman turut mencatat angka memberangsangkan dengan 791,000 tontonan.
Ini diikuti pula dengan perlawanan di antara Selangor dan Perak dengan 640,000 penonton dan Terengganu FC menentang Kuching City pula berjaya menarik minat 545,000 penonton.
Perlawanan yang mencatatkan keputusan mengejut, Pulau Pinang dan Sarawak United berjaya meraih 514,000 tontonan dan ia adalah angka yang baik buat kedua-dua pasukan yang mempunyai penyokong yang ramai.
Perlawanan Kuala Lumpur City dan Sri Pahang serta Melaka United dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan jumlah tontonan yang hampir sama iaitu 416,000 dan 413,000 penonton.
Gol hebat Park Tae Su ketika Sabah menentang PJ City di Petaling Jaya pula disaksikan oleh 378,000 penonton sekaligus membuktikan bola sepak tempatan sememangnya mempunyai ramai peminat setia. Jelas sekali walaupun tidak dibenarkan memasuki stadium namun penyokong bola sepak tanah air tetap mencari alternatif lain bagi memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
PERLAWANAN JDT menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Ibrahim disaksikan 1.1 juta penonton di platform YouTube Unifi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|