CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1514|Reply: 1

Misi balas dendam De Gea

[Copy link]
Post time 28-9-2021 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Manchester: Manchester United terdesak memerlukan kemenangan apabila sekali lagi bertemu Villarreal Khamis ini untuk mengelak berdepan satu lagi keputusan memalukan dan meningkatkan tekanan kepada Ole Gunnar Solskjaer.

Villarreal meraih kemenangan menerusi penentuan penalti 11-10 ketika kedua-dua kelab bertemu pada aksi final Liga Europa, Mei lalu sekali gus memenangi trofi utama buat kali pertama.

Kekalahan itu menyaksikan Solskjaer terpaksa menunggu lebih lama untuk memenangi trofi sejak membimbing kelab berkenaan Disember 2019, namun penjaga gol, David de Gea adalah pemain paling gagal di Gdansk.

Kegagalan pemain antarabangsa Sepanyol itu untuk menafikan satu penalti Villarreal bertambah buruk apabila dia sendiri gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Namun De Gea menamatkan badi itu apabila dia bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti Mark Noble di hujung saingan ketika melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas West Ham.

"Saya sentiasa berlatih sebaik mungkin untuk menunjukkan yang saya sudah bersedia dan kemudian turun pada hari perlawanan dengan semangat sama," kata De Gea.

"Saya berada dalam keadaan baik dan yakin. Saya sangat gembira dan itu adalah faktor paling penting."

Bagaimanapun kemenangan di Stadium Molineux dan London tidak berpanjangan apabila United mula menunjukkan aksi rapuh.

Skuad bimbingan Solskjaer sudah tewas tiga daripada empat perlawanan di sebalik mempunyai barisan penyerang hebat termasuk Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2021 09:33 PM | Show all posts

DE Gea (tengah) watak penting United. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.482468 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list