View: 1327|Reply: 1
|
Dulu dibenci, kini Jorginho dijulang Chelsea
[Copy link]
|
|
London: Ketika dia sedang membuat persediaan bersama Chelsea pada kempen Liga Juara-Juara bertemu Juventus Khamis ini, Jorginho merenung kembali zaman kegemilangannya yang sekali gus menutup mulut pengkritik.
Pemain tengah Itali itu akan membuat penampilan ke-150 bersama Chelsea jika diturunkan pada aksi Kumpulan H di Turin.
Tidak dihargai di England sehinggalah beberapa bulan lalu, Jorginho kini menjadi antara watak penting Chelsea dan Itali selepas memenangi Liga Juara-Juara dan saingan Euro 2020 hanya dalam tempoh dua minggu.
Pemain berusia 29 tahun itu baru-baru ini dinamakan sebagai pemain terbaik Uefa musim 2021 dan disebut-sebut sebagai calon untuk memenangi anugerah Ballon d'Or.
Ia adalah pencapaian luar biasa bagi pemain yang menjadi musuh nombor satu dikalangan peminat Chelsea selepas melalui musim pertama yang sukar bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.
"Kepada mereka yang tidak pernah mempercayai dan mengkritik saya, saya harus berterima kasih kepada mereka.
"Mereka memberikan lebih banyak kekuatan kepada saya. Mereka memberi motivasi kepada saya untuk bekerja keras dan membuktikan bahawa tanggapan mereka adalah salah.
"Setiap yang berlaku saya harus berterima kasih kepada mereka yang setia bersama termasuk keluarga, rakan, ejen, rakan sepasukan dan jurulatih," kata Jorginho kepada UEFA.com. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
JORGINHO (kiri) menerima anugerah pemain terbaik Uefa. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|