View: 1273|Reply: 1
|
Sarawak United belum boleh puas hati
[Copy link]
|
|
George Town: Masih terlalu awal untuk Sarawak United FC berpuas hati dengan kemenangan 3-1 ke atas Penang FC dalam saingan Piala Malaysia 2021 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang semalam.
Ketua jurulatihnya, E Elavarasan berkata pasukannya masih mempunyai lima perlawanan untuk menguji kemampuan anak buahnya dalam saingan piala tersebut.
"Banyak yang kita belum tahu. Apabila bermain menentang pasukan daripada Liga Super, (permainan) di tahap yang berbeza. Untuk mereka (pemain) konsisten atau tidak, kita belum tahu," katanya dalam sidang media semalam.
Namun begitu, beliau berkata tiga mata diperolehi merupakan permulaan yang baik dan mampu memberikan kelebihan dalam saingan kali ini.
Dalam pada itu, ketua jurulatih Penang FC Tomas Trucha berkata pasukan kendaliannya harus mengubah corak permainan, sebagai persediaan berdepan dengan Kuala Lumpur City FC pada Rabu ini.
"Pasukan harus memantapkan bahagian pertahanan dan di posisi sayap supaya kita dapat membawa pulang kemenangan dalam perlawanan akan datang," katanya ketika mengulas kelemahan Penang dalam sidang akhbar tersebut.
Beliau dalam masa sama mengingatkan anak buahnya bahawa prestasi cemerlang yang dilakar ketika saingan Liga Super 2021, akan menjadikan Penang sebagai pasukan tumpuan dan seteru untuk dikalahkan.
Diundi dalam Kumpulan A, Penang FC bakal menghadapi Kuala Lumpur City FC pada Rabu ini dan Sri Pahang FC pada 30 Okt. - HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN Penang FC, Danial Ashraf Abdullah bersaing bersama pemain Sarawak United FC, Taylor Regan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong
|
|
|
|
|
|
|
| |
|