View: 1077|Reply: 1
|
EPL sekarang semakin sengit - Arteta
[Copy link]
|
|
London: Mikel Arteta mengakui Liga Perdana Inggeris (EPL) sangat berbeza jika dibandingkan dari segi kualiti tatkala beliau cuba menjelaskan peluang Arsenal dan Tottenham menjelang pertemuan seteru London utara esok.
Pertembungan antara kedua-dua seteru itu kebiasaannya memberi impak dari segi perubatan takhta atau kelayakan ke peringkat Eropah namun Spurs sekarang ini berada di tangga ketujuh, manakala Arsenal menghuni tempat ke-13.
Spurs sekarang hanya beraksi di saingan kelas ketiga peringkat Eropah iaitu Liga Konferensi selepas dua tahun mereka mara ke final Liga Juara-Juara, manakala Arsenal musim lalu gagal mara ke saingan Eropah buat kali pertama selepas 25 tahun.
Secara tradisi enam kelompok teratas dihuni Arsenal, Spurs, Chelsea, Manchester United, Manchester City dan Liverpool sebelum ia dicabar pasukan seperti Leicester dan West Ham.
Bagaimanapun, Arteta berkata, saingan di liga England sekarang ini seperti di planet yang berbeza.
"EPL tidak pernah menjadi sengit seperti sekarang. Ia adalah liga paling kuat di dalam dunia kerana kualiti pasukan yang ada. Kualiti dan pembabitan organisasi, kualiti dari segi jurulatih dan pemain. Ia tidak pernah menjadi sesukar seperti sekarang," kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.
Arteta, yang pernah beraksi sebanyak 284 perlawanan di EPL bersama Everton dan Arsenal dari 2005 hingga 2016, percaya standard tinggi bakal memberi cabaran kepada pemain walaupun yang mempunyai status berkaliber.
"Saya tidak pernah bermain pada tahap seperti ini," katanya.
Arsenal sekarang ini berjaya mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan selepas tumpas pada tiga perlawanan awal EPL iaitu permulaan paling buruk kempen liga selepas 67 tahun.
Sementara itu, pelawat yang dikendalikan, Nuno Espirito Santo cuba untuk mencari kemenangan sulung liga di Stadium Emirates sejak 2010 dan tumpas dalam dua perlawanan terakhir selepas bermula dengan cemerlang. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
ARTETA akui saingan EPL semakin sukar. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|