View: 1175|Reply: 1
|
Ligue 1 dihimpit keganasan penyokong
[Copy link]
|
|
Paris: Polis Perancis melakukan penangkapan dan badan bola sepak negara itu terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar selepas beberapa siri insiden keganasan membabitkan penyokong ketika aksi pertengahan minggu Ligue 1.
Bas yang membawa penyokong Bordeaux untuk aksi semalam menentang Montpellier di bahagian selatan Perancis diserang dengan batu ketika mereka bergerak dari lapangan terbang, menyebabkan 16 orang mengalami kecederaan ringan.
Satu lagi perlawanan di antara Angers dan Marseille di Stadium Angers Raymond Kopa terjejas selepas penyokong memasuki padang dan membaling suar.
Selepas wisel penamat dalam perlawanan yang mencatatkan keputusan seri 0-0 itu, sekumpulan penyokong Marseille meninggalkan tempat duduk khas penyokong pelawat dan cuba untuk berdepan dengan penyokong tuan rumah sebelum staf keselamatan stadium mengawal keadaan.
Dua penyokong Marseille ditahan di atas peranan mereka dalam insiden berkenaan, jelas pihak berkuasa.
Menteri Pendidikan Perancis yang juga bertanggungjawab secara keseluruhan untuk sukan, Jean Michel Blanquer, menyifatkan insiden berkenaan satu perbuatan keganasan yang tidak boleh diterima dan meminta agar pihak berkuasa Ligue 1 agar mengambil tindakan.
"Ada sesetengah penyokong yang sepatutnya dihalang daripada memasuki stadium pada masa akan datang selepas mereka tampil dengan sikap seperti ini," kata Blanquer.
Sejurus itu, pihak berkuasa liga Perancis mengarahkan agar salah satu daripada tempat duduk di Stadium Angers Raymond Kopa ditutup menjelang aksi menentang Metz pada 3 Oktober.
Sementara itu, penyokong Marseille pula dilarang memasuki stadium di Lille menjelang aksi antara kedua-dua pasukan pada tarikh yang sama.
Insiden terbaru berlaku selepas polis anti rusuhan terpaksa campur tangan ketika derby utara antara Lens dan Lille Sabtu lalu sehingga menyebabkan perlawanan dihentikan sementara apabila penyokong memasuki padang pada babak pertama.
Bola sepak di Perancis secara tradisinya sebelum ini tidak berdepan dengan keganasan penyokong seperti England, Itali dan Jerman. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
PENYOKONG Marseille kembali ke tempat duduk selepas mereka menceroboh ke dalam padang. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|