CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1336|Reply: 1

Mental 'tak sejahtera'

[Copy link]
Post time 11-8-2021 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Mental 'tak sejahtera'



GANGGUAN kitaran haid boleh mengundang penyakit lain.

RAMAI terkesan dari segi emosi dan kesihatan mental berikutan penularan pandemik Covid-19 di negara ini sejak tahun lalu.

Wanita antara golongan yang berisiko tinggi terkesan terutama yang berkerjaya.

Apa tidaknya, mereka yang bekerja di rumah, bukan sahaja perlu memenuhi tuntutan kerja, malah pada masa sama perlu menguruskan kerja rumah dan anak yang perlu menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sebuah badan pemikir, The Centre melaporkan hampir 66 peratus wanita berbanding lelaki mengalami ketidak sejahteraan mental. Malah, golongan berusia lebih muda 25 hingga 34 tahun lebih terjejas berbanding lain usia.

Berdasarkan laporan bermula 1 Januari sehingga 18 Jun lalu, Talian Bantuan Sokongan Psikososial menerima sebanyak 122,328 panggilan.

Daripada jumlah itu sebanyak 109,806 panggilan adalah berkait rapat dengan isu psikologi termasuk kemurungan, keresahan dan stres daripada pelbagai masalah sosial dan keadaan ini amat membimbangkan jika berterusan.

Pengamal Perubatan Am, Pengkhususan Penuaan Sihat, Dr Linda Mat Hassin berkata, tekanan sebegini bukan hanya memberi kesan fizikal, malah tekanan psikologi yang mendalam, malah boleh mengganggu kitaran haid wanita.

"Tahap tekanan keterlaluan pada seseorang wanita akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik, malah gagal juga mengeluarkan telur daripada kilang telur atau ovari. Keadaan ini juga dikenali sebagai 'stress induced anovulation.'

"Dalam otak wanita, terdapat kelenjar penting dinamakan pituitari yang bertugas mempengaruhi kawalan emosi, pusat kenyang atau kawal selera makan, malah mengeluarkan hormon penting seperti hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon peluteinan (LH) yang akan merangsang rembesan hormon estrogen dan progesteron ketika kitaran haid wanita," katanya ketika dihubungi.


WANITA perlu bijak menguruskan tekanan.

Mengulas lanjut, terdapat dua tekanan yang melampau dan berpanjangan yang boleh beri kesan terhadap kitaran haid.

"Tekanan akut (acute stress) adalah yang berlaku secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka pendek.

"Jika tekanan berterusan melebihi dua minggu atau lebih daripada itu, ini dinamakan tekanan kronik (chronic stress)," katanya.

Menurutnya, satu keadaan yang dinamakan keletihan adrenal adalah fenomena keletihan yang melampau di abad ke-21 ini, kerap berlaku dalam kalangan wanita berkerjaya.

"Fenomena ini berlaku apabila kelenjar atau kilang adrenal sudah keletihan merembeskan hormon kortisol untuk membantu wanita melawan stres.


TEKANAN boleh mengakibatkan obesiti.

"Perkara ini kurang diperkatakan dan sering terlepas pandang dalam kalangan wanita," katanya.

Jelasnya, kitaran haid adalah penting untuk menghasilkan ovum (telur) yang sihat dan menyediakan rahim untuk penghamilan.

"Anda mungkin sukar untuk hamil jika mempunyai kitaran haid yang tidak teratur kerana kemungkinan untuk tidak mengalami ovulasi secara sempurna.

"Selain itu, apabila tekanan melampau, hormon kortisol akan dirembeskan dengan tinggi yang menyebabkan rembesan hormon leptin (kawal pusat kenyang terencat), wanita berasa mudah lapar sehingga makan dengan banyak dan lebihan lemak akan terkumpul mengundang masalah obesiti," katanya.


BEBANAN kerja mengundang tekanan kepada wanita.

Beliau berkata, wanita perlu bijak mengawal dan menangani tekanan antaranya melalui senyuman yang mampu merembeskan hormon gembira seperti oksitosin, endorphins dan serotonin tanpa disedari.

"Melalui senaman juga dapat merembeskan hormon gembira endorphins menjadikan wanita melupakan tekanan pada ketika itu," katanya.

Pada masa sama, wanita dinasihatkan mengamalkan gaya hidup sihat dalam aspek pemilihan pemakanan yang seimbang dan tinggi nutrisi semula jadi.

"Lebihkan makanan tinggi lemak baik seperti minyak kelapa atau zaitun, avocado dan telur. Jauhi makanan diproses dan tinggi kandungan gula.


WANITA mudah berasa lapar apabila berada dalam tekanan melampau.

"Dapatkan tidur yang mencukupi kerana anda menjalani proses rejuvenasi badan untuk kekal segar pada keesokan hari" katanya.

Dr Linda berkata, gangguan kitaran haid berterusan boleh mengundang bermacam jenis penyakit kelak.

"Jalani ujian paras hormon dengan doktor melalui terapi hormon semula jadi mengikut tahap keseriusan yang lebih dikenali sebagai Bioidentical Hormone Replacement Therapy (BHRT) yang boleh didapati daripada 'compounding pharmacy' berdaftar di Malaysia.

"Berjumpa dan berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tidak semua daripada kita mengalami tahap gangguan kesihatan yang sama," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2021 08:51 AM | Show all posts
Selang seli dengan aktiviti yang menyeronokkan...menonton, chating dsb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.080179 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list