View: 6114|Reply: 26
|
[INFO PENTING] Apa Itu HAPPY HYPOXIA?
[Copy link]
|
|
ORANG ramai diingatkan supaya lebih berwaspada dengan kemunculan komplikasi kandungan oksigen rendah, 'Happy Hypoxia' dalam kalangan pesakit Covid-19 yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.
Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Nurul Yaqeen berkata, Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera. Katanya, keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.
"Tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.
"Kita juga akan melihat pesakit akan menjadi semakin risau dan panik selain tercungap-cungap kerana kesukarannya bernafas," katanya.
Apa yang membimbangkan katanya, perkara sebaliknya berlaku kepada pesakit Covid-19 yang mengalami Hypoxia apabila tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.
"Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil 'Happy Hypoxic'.
"Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.
"Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, 'Pulse Oximeter' kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.
"Bagi pesakit Covid-19, Happy Hypoxia ini boleh berlaku apabila pesakit berada pada kategori empat dan lima iaitu tahap virus mula menunjukkan kesannya di paru-paru.
"Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.
"Jadi, bagi mencegah kematian disebabkan fenomena 'Happy Hypoxia' ini, pesakit Covid-19 yang dikuarantin di rumah digalakkan membeli 'Pulse Oximeter' di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka & segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95%," katanya.
Gejala ini kebanyakannya menyerang pesakit Covid-19 dalam kalangan individu muda dan dilaporkan berlaku di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.
Pulse Oximeter adalah peranti perubatan yang perlu berdaftar dan penjualannya perlu mendapat kelulusan daripada Medical Device Authority (MDA), sebuah badan bawah KKM.
@ipes2 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
""Menurutnya, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, 'Pulse Oximeter' kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.""
Nak beli makanan n groceries pun cukup2 je..tu pn ada y xcukup..ni nak galakkn suh beli pulse oximeter..org skrg dah xkesah psl covid..tgk lebih kpd nak survive sbb kurang duit je..
Xde duit,jalan akhir dorg bunuh diri je..sedih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yes, i read this article last month. A friend forwarded it to me. And i bought one for myself & sent one to my fam kt kpg. Biasa guna oximeter ni kt hospital dulu. Now pun, klu p fisio, mmg b4 every exercise, therapist akan ambik dulu bacaan. |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 27-6-2021 05:09 PM
""Menurutnya, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, 'Pulse O ...
Beli kt lazada sis, ada yg murah je |
|
|
|
|
|
|
|
sy yakin kita akan bersama covid buat waktu yg lama, bertahun2, dan yg low grade variant akan hidup je dikalangan manusia (serentak dgn kazen2 mereka ie coronaviruses yg lain). sy agak pasti bahawa lama2 negara sedunia akan terima sahaja bahawa mereka terpaksa buka kembali ekonomi depa rezeki bangsa masing2, dan kita akan berdepan dgn covid ini sebagaimana kita bedepan dgn Influenza A dan Influenza B
[size=17.008px]World Health Organization estimates that [size=17.008px]290,000 to 650,000 people die of flu-related causes[size=17.008px] every year worldwide. 1 billion akan kena flu every year.
[size=17.008px]Covid-19 lebih byk death rates nye kerana kita belum mencapai immunity nya. Flu tu majority org dah terexpose dan dah ada set vaccines nya every year
[size=17.008px]Di USA, 39-56 millions kena Flu in 1 year dari Oct 2019 to Apr 2020
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 27-6-2021 10:48 PM
sy yakin kita akan bersama covid buat waktu yg lama, bertahun2, dan yg low grade variant akan hidu ...
Hi doc..lama xtgk kt porem ni..sihat ke??dah dpt full vax ke?
Hmm..bab hidup dgn covid tu,yes.. it's undeniable lah dgn keadaan skrg...mmg akan lama lagi lah..maybe sbb virus tu sendiri pndai adapt dgn surrounding dia n mutate accordingly?
Kt msia death rate x tggi sgt,sbb tgk y sembuh beribu2,tp death below 100 kan..tu y ramai ignore psl covid n pandang enteng..kalau death 1k per day bru semua menggelabah..hmmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
sy sihat, alhamdulillah
ye sudah fully vaccinated 17/02/2021, Pfizer; sakit bahu 24hrs, itu sahaja.
ye, death rates nye mujurlah tidak tinggi.
ye betul, covid-19 ini akan muatte as needed utk survive
mungkinlah, suatu ketika, ia akan jadi hanya salah satu dari coronaviruses itu sahaja, dan sentiasa endemic dan menular macam api dalam sekam disana, disini; sesiapa yg lucky, selamat, yg tak, akan kena komplikasi dan seterusnya. ie kita akan hidup bersamanya dan kegiatan ekonomi terus berlaku semacam dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 27-6-2021 11:01 PM
sy sihat, alhamdulillah
ye sudah fully vaccinated 17/02/2021, Pfizer; sakit bahu 24hrs, itu sa ...
Alhamdulillah..sy duk tggu lg appointment..nak berebut AZ haritu,xdpt2..sedih haa..
Covid ni lain drpd virus y pernah dtg sebelum ni..y lain dtg n prgi kt certain area jah .tp covid ni dah seluruh dunia affected kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Voley ka pi spital dgn alasan, pulse oximeter kurang drp 95%m |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks for sharing the info.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-6-2021 09:27 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tinot7 replied at 27-6-2021 11:17 PM
Voley ka pi spital dgn alasan, pulse oximeter kurang drp 95%m
ptivate will welcome u je but if gov kenalah amek no jugak macam biasa.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 28-6-2021 09:27 AM
ptivate will welcome u je but if gov kenalah amek no jugak macam biasa.. hehehe
Private amik sbb duit.. gomen kalau nak masuk sbb ada kenalan.. kiranya kayangan juga yg dpt layanan.. haishh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-6-2021 09:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tinot7 replied at 28-6-2021 09:53 AM
Private amik sbb duit.. gomen kalau nak masuk sbb ada kenalan.. kiranya kayangan juga yg dpt layan ...
reality bites gitu.. but jgn give up jaga kesihatan okeh |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 28-6-2021 09:59 AM
reality bites gitu.. but jgn give up jaga kesihatan okeh
Orait... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenangkan ada parents kat rumah ...
FC beli kat shopee ... rm45 ... menyesal sungguh ...
memang boleh on ... tapi bacaan ntah apa2 ...
tak boleh nak refund sebab "berfungsi" dapat on and off
beli kat pharmacy ... test dulu... rm90 kalau kat sini...
kat Sjung mungkin lebih murah ...
|
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi FC beli...
spirometer
walaupun takde kaitan ... beli juga ...
bagus untuk latihan paru2 ..
sebab ada baca yang kena covid ni... paru2 lemah ...
rega rm25 beli kat pharmacy
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-7-2021 09:45 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-6-2021 04:39 PM
satu lagi FC beli...
spirometer
Oh ni mak kak dila guna masa lepas bypass dulu..its good. |
|
|
|
|
|
|
|
harap terkawal la dari merebak nya varian baru Covid ni ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|