CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 977|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 - 17/06/2021

[Copy link]
Post time 18-6-2021 10:55 AM | Show all posts |Read mode
743,552 rakyat Sabah sudah daftar sebagai penerima vaksin

Sehingga semalam seramai 743,552 individu di Sabah sudah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19. - Foto hiasan Bernama


KOTA KINABALU: Jumlah individu di Sabah yang mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 memperlihatkan peningkatan dari segi jumlah apabila kerajaan negeri mencatatkan seramai 743,552 sudah mendaftar sebagai penerima vaksin, setakat semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata jumlah itu mewakili 27.0 peratus daripada populasi negeri ini.
Katanya, pendaftaran sebagai penerima vaksin paling banyak dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera, berbanding menerusi laman sesawang dan talian vaksinasi.
"Bilangan pendaftaran hari ini (semalam) mencatatkan sebanyak 69,989 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar setakat ini adalah seramai 743,552 orang.

"Seramai 676,874 mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera dan 66,432 mendaftar menerusi laman sesawang manakala 246 pula mendaftar melalui talian vaksinasi," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.
Mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua di Sabah, Masidi berkata, seramai 16,403 sudah menerima suntikan vaksin harian dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 220,878 orang.

Bagi dos kedua pula, seramai 1,901 menerima suntikan vaksin menjadikan 59,902 orang.
Masidi berkata, jumlah kes harian COVID-19 semalam kekal mencatatkan sebanyak tiga angka.
"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini (semalam) adalah sebanyak 248 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 66,978 kes.
"Sebanyak empat kes kematian direkodkan iaitu dua kes di daerah Tawau dan satu kes masing-masing membabitkan Kunak dan Kota Kinabalu.
"Jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital seramai 350 menjadikan jumlah kumulatif 64,101 orang.
"Seramai 1,911 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 527 orang di hospital, 1,382 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS)," katanya.

berita harian online Jun 18, 2021 @ 8:08am





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058392 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list