CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1336|Reply: 1

[Sabah] Covid-19 15/06/2021

[Copy link]
Post time 16-6-2021 12:43 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah


Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 230 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 66,546 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan hari ini iaitu masing-masing satu (1) kes di daerah Tawau, Papar dan Semporna. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 289 menjadikan jumlah kumulatif 63,525 orang. Seramai 2,051 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 519 orang di hospital dan 1,532 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 100 orang dan 41 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Ranau bertukar dari zon jingga ke zon kuning
🔎 Analisa Kes COVID-19 Di Sabah
i Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 43 kes iaitu daripada 273 kes kelmarin (14 Jun 2021) kepada 230 kes (15 Jun 2021).

ii Daripada 230 kes jangkitan baharu hari ini, 105 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 75 kes adalah daripada saringan kluster, 16 kes adalah daripada saringan bergejala, 21 kes daripada saringan bersasar dan 13 kes adalah daripada lain-lain kes.

iii Sembilan (9) daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Enam (6) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala tiga (3) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu, Sandakan (-22), Tawau (-16) dan jumlah kes positif Covid-19 di daerah Kota Kinabalu hari ini adalah 49 kes (-37) dengan 24 kes adalah daripada Kluster Ocean Blue.

iv Walau bagaimanapun, 12 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan 11 daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala satu (1) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kota Belud 17 kes (+14).

v Pada hari ini, lapan (8) daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Kuala Penyu dan Tenom.

vi Secara keseluruhan, perubahan angka yang tidak statik di daerah bukan Zon Hijau dan hanya satu (1) daerah berzon hijau sangat signifikan kepada kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan kepada SOP yang telah digariskan.

vii Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2021 12:46 PM | Show all posts
COVID-19: Sabah Pertingkat Vaksinasi 30,000 Orang Sehari Bermula Julai


Datuk Hajiji Noor ketika mengadakan sidang media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang baharu dibuka di Dewan Wisma Wanita hari ini.





KOTA KINABALU, 15 Jun : Kerajaan Negeri Sabah kini berusaha meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 untuk penduduknya kepada 30,000 orang sehari bermula 1 Julai ini, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Beliau berkata pada masa ini, kadar pemberian vaksin ialah kira-kira 13,000 orang sehari dan dalam usaha meningkatkan angka itu, lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibuka selain memperluas program pemberian vaksin kepada penduduk di pedalaman.

Hajiji berkata sehingga Ahad lepas, seramai 249,945 penduduk Sabah telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 atau 8.5 peratus daripada 2.93 juta penduduk negeri itu yang disasarkan untuk divaksin sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan pada 26 Feb lepas.
“Ketika ini, sebanyak 72 fasiliti kesihatan dan 23 PPV awam beroperasi bagi membantu program imunisasi yang sedang giat dilaksanakan… PPV Wisma Wanita ini merupakan antara 16 PPV awam yang dibuka pada bulan ini.
“PPV awam lain juga akan mula beroperasi bulan ini antaranya PPV Dewan Masyarakat Manggatal, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Dewan Serbaguna Libaran dan Dewan Institut Pendidikan Guru Balung di Tawau,” katanya pada sidang media selepas melawat PPV Wisma Wanita hari ini.

Mengulas mengenai PPV Wisma Wanita, Hajiji berkata PPV yang mula beroperasi semalam itu mampu memberikan suntikan vaksin kepada 400 orang sehari dan digunakan bagi pemberian vaksin kepada penjawat awam yang bertugas di Kota Kinabalu serta penduduk setempat.
“Keutamaan akan diberikan kepada kakitangan perkhidmatan awam yang sentiasa berada di lapangan dan bertemu orang ramai seperti pemandu, penghantar barang, pegawai kaunter dan anggota polis, Jabatan Air, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendidikan,” katanya.

Beliau berkata bermula bulan ini juga, Hospital Gleneagles, Rafflesia Medical Center dan 36 klinik swasta terlibat dalam pemberian vaksin kepada penduduk di Sabah manakala pengurusan Hotel Pacific Sutera juga telah membenarkan penggunaan fasiliti hotel sebagai PPV.
Katanya Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) juga akan dijadikan PPV dengan kapasiti vaksinasi 3,500 orang sehari untuk pemberian vaksin kepada pekerja industri, kilang dan perkhidmatan ekonomi yang lain. – BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 1.163661 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list