CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1435|Reply: 4

[Sarawak] Sarawak turut lanjutkan PKP

[Copy link]
Post time 12-6-2021 11:32 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak dilanjutkan dua minggu lagi hingga 28 Jun, sama seperti langkah diputuskan di Semenanjung Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah (gambar) berkata: "Ia terpakai di seluruh Malaysia, justeru kita (Sarawak) ikut (lanjutkan tempoh PKP)."

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

PKP 3.0 masih berkuatkuasa hingga 14 Jun ini.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan lanjutan PKP dilakukan berikutan jumlah kes harian COVID-19 yang masih tinggi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini setelah menerima cadangan dan pembentangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871,” katanya.

Ismail Sabri menjelaskan senarai prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini yang boleh dirujuk dari laman sesawang kementerian berkaitan.

Katanya maklumat lanjut SOP pula boleh diperoleh menerusi laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

Ismail Sabri berkata memandangkan semua senarai SOP adalah sama seperti sebelum ini, maka beliau  berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan SOP di lapangan yang akan mengakibatkan rakyat terkesan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2021 11:33 PM | Show all posts
Tak buat PKP pun... patut nya pandai2 la jaga diri ...

tak perlu lah nak tunggu arahan / SOP

keluar jika perlu jer ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2021 11:36 PM | Show all posts
Usaha kerajaan tidak berkesan andai rakyat tidak patuhi SOP



BINTULU: Apapun usaha dilakukan kerajaan tidak berkesan sekiranya rakyat tidak patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata beliau sentiasa mengingatkan rakyat patuh SOP namun apapun usaha kerajaan tidak berkesan jika rakyat tidak memperdulikannya.

“Saya berasa kecewa dan sedih apabila mendapati aliran pergerakan kenderaan atas jalan raya agak sesak semasa tempoh pelaksanaan PKP,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tiong berkata, melihat situasi itu timbul persoalan beliau ke mana hala tuju orang ramai berduyun-duyun ke pusat bandar.

Justeru, beliau meminta kerjasama masyarakat terutama di kawasan taman perumahan dan bandar supaya mengehadkan pergerakan dan kekal di rumah sekiranya tiada keperluan atau urusan penting.

“Selain itu, saya minta mereka bekerja atau tinggal di bandar atau daerah lain tidak balik ke rumah panjang masing-masing bagi mengelak penularan wabak.

“Saya melihat pendekatan ini sebagai langkah terbaik bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 sekali gus memohon semua kekal di mana mereka berada dan mengelak perjumpaan beramai-ramai,” katanya.

Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China itu turut menggesa penduduk rumah panjang menjaga ketat laluan keluar masuk ke kawasan rumah panjang masing-masing bagi membantu kerajaan mengekang penularan wabak ini.

“Bagi rumah panjang di bawah kawalan pergerakan, patuhi arahan kawalan pergerakan dikenakan memandangkan tindakan itu adalah menyelamatkan nyawa orang ramai,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 05:45 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-6-2021 03:33 PM
Tak buat PKP pun... patut nya pandai2 la jaga diri ...

tak perlu lah nak tunggu arahan / SOP

susah deng..
sebab ramei orang tingaiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 05:46 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-6-2021 03:36 PM
Usaha kerajaan tidak berkesan andai rakyat tidak patuhi SOP

Dato Sri Tiong pun aktif juak meronda
PKP tapi kereta banyak kat jalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.536606 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list