CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1876|Reply: 3

10 Sebab Kenapa Nyamuk Lebih Suka Menggigit Anda Daripada Orang Lain

[Copy link]
Post time 24-3-2021 07:20 PM | Show all posts |Read mode
10 Sebab Kenapa Nyamuk Lebih Suka Menggigit Anda Daripada Orang Lain




Adakah anda jenis orang yang selalu menjadi sasaran gigitan nyamuk? Anda mungkin menganggap anda mempunyai lebih banyak gigitan daripada orang lain.  




Ternyata nyamuk lebih tertarik pada orang tertentu disebabkan banyak faktor yang terdapat pada tubuh anda berbanding orang di sebelah anda.  Berikut antara sebab mengapa anda menjadi sasaran utama nyamuk disalin dari berbagai sumber;



1 - Jenis Darah

Jenis darah yang berbeza menarik nyamuk, yang biasanya dilihat adalah mereka dari kumpulan darah O atau mereka yang mengambil alkohol dengan dos tinggi.



2 - Kolesterol Tinggi

Orang yang mempunyai steroid atau kolesterol dalam kepekatan tinggi pada permukaan kulit lebih cenderung kepada gigitan nyamuk.

3 - Warna Pakaian

Dipercayai bahawa warna pakaian yang lebih gelap seperti biru dan hitam akan mendorong lebih banyak nyamuk mengerumuni anda daripada pakaian warna yang lebih cerah.



4 - Bahan Kimia dalam Peluh

Nyamuk amat tertarik pada suhu panas badan dan aroma peluh manusia. nyamuk dapat mengesan panas dan peluh melalui asid laktik pada kulit mangsa. Inilah sebab mengapa nyamuk biasanya menggigit orang yang baru bersenam.


5 - Bau Badan dan Kulit

Bakteria kulit aktif yang terdapat di antara jari kaki kita menghasilk bau unik yang merupakan daya tarikan utama nyamuk suka menggigit anda, terutamanya seperti Anopheles gambiae yang bertanggungjawab terhadap malaria di seluruh dunia.


6 - Faktor genetik

Kira-kira 85% kes, kerentanan terhadap gigitan nyamuk bukan disebabkan oleh bakteria atau bahan kimia atau faktor lain. Punca terbesar mungkin hanya genetik!


7 - Pergerakan

Individu yang sering mengggerakan anggota lebih cenderung kepada gigitan nyamuk kerana terbukti menjadi sumber darah yang lazat untuk nyamuk.

8 - Tindak balas

Ini juga berkaitan dengan reaksi misalnya 10 orang mungkin digigit nyamuk pada masa yang sama tetapi hanya 2 atau 3 orang daripadanya yang mengadulebih banyak digigit dan yang lainnya tidak menyedari.


8 - Panas Badan

Apabila nyamuk berada dekat anda, dia mungkin tertarik kerana panas badan orang itu. Ini biasa bagi wanita hamil, yang sedikit lebih panas daripada yang lain.


9 - Karbon Dioksida

Karbon dioksida adalah salah satu sebab utama nyamuk berpesta terhadap mangsa seterusnya. Nyamuk menggunakan organ khas yang disebut ‘maxillary palp’ untuk mengesan bau karbon dioksida yang dikeluarkan dari nafas kita. Oleh itu, orang dewasa menarik lebih banyak nyamuk kerana mereka menghasilkan karbon dioksida lebih tinggi daripada kanak-kanak.  Inilah sebab mengapa kanak-kanak selamat dari gigitan kerana mereka mengeluarkan lebih sedikit CO2.


10 - Kehamilan

Satu kajian telah menunjukkan bahawa nyamuk nampaknya lebih tertarik pada wanita hamil berbanding wanita bukan hamil. Ini mungkin kerana wanita hamil mempunyai suhu badan yang tinggi dan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida.

Sumber : https://www.orangmuo.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak elak nyamuk gigit especially yg minat berkebun, adalah dengan spray perfume pada bahagian terdedah. Nyamuk memang tak suka bau wangi2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 07:07 AM | Show all posts
memang hazab bila dengar dia
terbang tepi telinga..

macam jet pejuang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 25-3-2021 07:07 AM
memang hazab bila dengar dia
terbang tepi telinga..


Heheheh.. Betul jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.057983 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list