View: 2110|Reply: 5
|
“Janganlah Drip Vitamin,” – Doktor Ini Beritahu Cara Mudah Dapatkan Vitamin C
[Copy link]
|
|
Kecoh sebelum ini sebuah video TikTok menunjukkan seorang wanita sanggup lakukan drip yang kononnya dikatakan vitamin pemutih kulit.
Lebih membimbangkan lagi, tindakannya itu boleh menyebabkan buah pinggangnya rosak dalam jangka masa panjang kerana dalam perubatan, tindakan itu adalah cara salah.
Kini, seorang doktor perubatan, Dr. Nimelesh tampil menerangkan tentang pengambilan vitamin C menerusi akaun rasminya. Menurutnya, setiap orang perlukan 90mg vitamin C sehari saja dan turut kepilkan 10 jenis buah yang mengandungi Vitamin C yang tinggi.
Dalam pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa vitamin C dan zink juga tidak dapat mencegah dari dijangkiti wabak berbahaya, COVID-19.
Kemudian, ada juga yang membalas ciapan twitter tersebut dengan mengatakan orang ramai tidak perlu drip kerana buah adalah suplemen terbaik untuk berikan vitamin C untuk tubuh badan.
Selepas ini berhati-hatilah dalam memilih apa-apa suplemen. Pastikan dapat nasihat doktor atau mereka yang lebih pakar bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang berlaku.
Sumber: twitter
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku punya la nk jual product shaklee dia.. dia suruh aku mkn vit c shaklee tu 4 biji sehari.. aku mcm biar betul dia nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
The recommended daily amount for vitamin C is 65 to 90 milligrams (mg) a day, and the upper limit is 2,000 mg a day. Although too much dietary vitamin C is unlikely to be harmful, megadoses of vitamin C supplements might cause diarrhea & nausea. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah merosakkan diri dengan benda-denda yang bukan2 |
|
|
|
|
|
|
|
aku makan tomato je senang dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Lama x minum pink guava juice. Yeah, better la mkn je food yg mengandungi vit c dr ambik suntikan ni. Even doktor pakar den jumpa siang td pun bgtau drpd amik supplements memcm, lebih baik eat healthy, mkn food yg high in vitamins/minerals dlm diet kita. |
|
|
|
|
|
|
| |
|