View: 1673|Reply: 1
|
Apa Sebenarnya Penyakit Autisme?
[Copy link]
|
|
Apa Sebenarnya Penyakit Autisme?
Ramai ibu bapa yang tidak mengetahui apakah sebenarnya “Autisme”. Apakah simptom-simptom bagi anak-anak yang menghidap Autisme? Apakah cara untuk merawatnya? Bagaimana terjadinya Autisme? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul tentang penyaki Autisme ini. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya sentiasa peka dengan perkembangan anak-anak.
Kanak-kanak yang menghidap sindrom autisme sama seperti kanak-kanak normal, namun mempunyai tingkah laku yang berbeza maka kesabaran diperlukan untuk mendidik insan istimewa ini, apa itu penyakit Autisme sebenarnya?
Tahukah anda apa itu penyakit Autisme? Sebenarnya autisme atau autistik bukanlah sejenis penyakit, tapi ramai yang mengatakan ianya suatu penyakit.
Penyakit Autisme adalah penyakit yang akan mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan untuk memahami keadaan sekeliling, kecuali diri mereka sendiri sahaja.
Kanak-kanak autisme biasanya menghadapi masalah terencat akal pada tahap berbeza disebabkan proses pembelajaran mereka lebih lambat, mempunyai masalah untuk berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.
Kanak-kanak yang mengalami sindrom Autisme akan menyebabkan mereka tidak memahami perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.
Ciri-ciri Sindrom Autisme
1. Tidak mampu Bersosial
- Tidak menghiraukan orang lain.
- Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
- Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
- Tidak suka dipegangan, dipeluk atau dicium.
- Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran.
- Lebih suka bermain sendiri.
- Tidak suka bermain yang menggunakan imaginasi.
2. Tidak Bertutur dan Berkomunikasi
- Lambat bercakap.
- Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
- Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
- Bercakap dalam nada yang pelik, seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
- Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.
- Mungkin mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya.
3. Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan
- Suka melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada pembaharuan.
- Mereka mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan.
- Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan objek berputar.
- Sangat sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan diluar kawalan.
- Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
- Tidak boleh duduk diam.
- Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa.
4. Masalah Tingkah Laku
- Suka mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.
- Bersikap positif, tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk.
- Tidak tahu bersosial, jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan.
- Aktif tetapi perangai pelik, kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.
Tetapi adakah anda pernah terfikir bagaimana mereka untuk menyesuaikan diri ketika berada di sekolah?
Terdapat beberapa langkah dalam mendidik kanak-kanak sindrom Autisme sebegini melalui pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai, kanak-kanak autisme juga akan memperoleh manfaat seperti kanak-kanak normal yang lain.
Antaranya:
- Meningkatkan interaksi sosial
- Lebih banyak tingkah laku normal yang dapat diperhati dan dicontohi
- Meningkatkan perkembangan bahasa
- Menjadi lebih berdik
Untuk pengetahuan juga, kanak-kanak autisme bukanlah kanak-kanak golongan berisiko atau bodoh, cuma kebanyakan masyarakat sekarang tidak tahu cara atau bagaimana untuk mendekati mereka.
Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme biasanya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.
Sumber:alkindi10autisme
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni macam anak Zarina Zainuddin tu kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|