View: 1940|Reply: 6
|
Elak Minum Kopi Ketika Perut Kosong,
[Copy link]
|
|
Ada tak sesiapa kalau tak dapat minum kopi dalam sehari, rasa serba tak kena, rasa tak sedap badan?
Laporan dari Business Insider menunjukkan, walaupun tidak salah mengambil secawan kopi untuk memulakan aktiviti harian, tetapi anda harus berwaspada dan tidak mengambilnya ketika perut kosong.
Hal ini kerana kopi boleh bertindak serius terhadap sistem pencernaan. Kopi melancarkan pengeluaran asid dari perut. Jika anda belum mengambil sesuatu makanan untuk mengalas perut, asid boleh merosakkan lapisan perut selain menyebabkan sakit kepala serta pedih ulu hati.
Menurut Ketua Pegawai Perubatan PushDoctor.co.uk, Dr Adam Simon pengambilan kopi ketika perut kosong boleh membuat anda merasa keresahan, menggigil dan perubahan emosi.
“Pengambilan kopi (ketika perut kosong) juga boleh meningkatkan kadar kebimbangan, kadar denyutan jantung dan ketidakupayaan untuk memberi tumpuan.
“Tabiat menghirup kopi sebagai pengambilan pertama sebelum melakukan aktiviti juga berkemungkinan mengganggu circadian rythm. Ini kerana, jam dalaman anda mengeluarkan hormon yang dipanggil cortisol ketika bangun dari tidur dan menyedarkan anda daripada rasa mengantuk.
“Bertentangan dengan apa yang anda fikirkan, kajian menunjukkan pengambilan kopi awal pagi sebenarnya menurunkan kadar cortisol dan membuatkan anda rasa lebih mengantuk,” katanya.
Sumber : https://www.wanista.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai..i lately buat IF.Jd pagi tu lps mnum aor masak..i minum kopi kosong juga..xboleh ke..adoiii..risau juga ni |
|
|
|
|
|
|
|
Oh xelok
tp aku minum kopi kaw2 letak gula banyak manis meleting |
|
|
|
|
|
|
|
Kat youtube channel Her 86m2 ada mention wife dia bangun malam bancuh tea bunga..katanya takleh bancuh kopi kalau perut kosong
Aku pun camtu pagi2 minum susu sachet. Kalau belasah kopi time perut kosong mmg perit perut |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 9-2-2021 12:24 AM
Oh xelok
tp aku minum kopi kaw2 letak gula banyak manis meleting
Uishhh jgn banyak banyak...but kopi mmg best minum pepagi...thanks TT for the info! |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 12-2-2021 07:01 AM
Uishhh jgn banyak banyak...but kopi mmg best minum pepagi...thanks TT for the info!
xsedap tawar lg pun nak tenaga cepat tu yg ambik gula banyak tp segelas je
|
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 12-2-2021 12:11 PM
xsedap tawar lg pun nak tenaga cepat tu yg ambik gula banyak tp segelas je
betul jgk sbb kdg sy pun.. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|