CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4851|Reply: 5

Hotel Markas Sindiket Pelacuran Diserbu PDRM - AKT

[Copy link]
Post time 29-1-2021 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 29-1-2021 03:35 PM


Polis melakukan pemeriksaan di sebuah bilik di hotel berkenaan. FOTO Ihsan PDRM


Harian Metro

Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]

Serdang: Kegiatan satu sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik sebuah hotel di Taman Equine, Seri Kembangan, di sini, terbongkar selepas lokasi itu diserbu polis menerusi Op Noda, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya membuat serbuan di lokasi berkenaan jam 11.30 malam tadi, selepas tiga hari melakukan intipan.

"Pemeriksaan dilakukan di hotel berkenaan menemui beberapa pelanggan dan pelacur di tingkat dua dan tiga bangunan terbabit.

"Dalam serbuan itu, kami menahan dua lelaki tempatan iaitu penjaga, tujuh pelanggan membabitkan enam lelaki tempatan serta seorang lelaki Bangladesh, selain lima wanita Indonesia dan tiga wanita Thailand bekerja sebagai pelacur berusia antara 25 hingga 52 tahun," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razali berkata, pihaknya turut merampas 20 kondom, empat gel pelincir, lapan tuala, lapan tisu serta wang tunai berjumlah RM245.

"Sindiket ini berselindung di sebalik perkhidmatan hotel dengan menyediakan khidmat pelacur kepada pelanggan mempromosikan kegiatan itu dengan menghantar gambar gadis menerusi aplikasi WeChat dan MiChat.

"Sebaik di hotel, pelanggan akan berjumpa dengan dua penjaga dan menyebut kata kunci 'SkyQQ' sebelum dibawa ke bilik hotel yang dikhaskan untuk kegiatan itu dengan bayaran antara RM 190 hingga RM 220," katanya.

Beliau berkata, semua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) akta sama dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.

"Selain itu, kes terbabit turut disiasat mengikut Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2021 03:23 PM | Show all posts
jauhi zina jangan berzina berhenti berzina

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2021 05:01 PM | Show all posts
Churchill replied at 29-1-2021 03:23 PM
jauhi zina jangan berzina berhenti berzina

X paham
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2021 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
burukkan nama msia je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 04:06 PM | Show all posts
52 tahun pun ada...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 cara dan idea nak dapat $!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.060682 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list