View: 5974|Reply: 44
|
Rugi Siapa Yang Tak Suka Makan Bayam
[Copy link]
|
|
Bayam antara sayuran yang kaya dengan pelbagai nutrisi penting untuk kesihatan. (Gambar Rawpixel)
Bayam merupakan salah satu sayuran yang mudah dimasak dengan pelbagai cara. Bayam juga merupakan sayuran berserat dan kaya dengan pelbagai sumber nutrisi, bermula dari daun hingga akarnya seperti protin, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, hingga ke vitamin A, B dan C.
Oleh kerana kaya dengan serat, maka bayam sangat membantu melancarkan proses pencernaan. Malah, akar bayam merah juga berkhasiat untuk rawatan infleksi pada usus.
Selain itu, bayam turut membantu memperkuatkan akar rambut, membersihkan darah selepas melahirkan, membantu mengawal tekanan darah rendah, kurang darah (anemia), dan masalah ginjal.
Namun, bayam juga mempunyai purin yang tinggi dan pengidap gout tidak digalakkan makan bayam terlalu banyak.
Selalunya, bayam merah dikatakan mempunyai lebih khasiat daripada bayam hijau.
Cuba lihat, antara khasiat bayam kepada kesihatan.
1. Meningkatkan kesihatan tulang
Bayam memiliki kandungan vitamin K dan magnesium. Dalam satu mangkuk bayam mengandung 987% vitamin K harian dan 39% magnesium. Vitamin K penting untuk kesihatan tulang.
Selain itu, bersama dengan vitamin D, vitamin K juga meningkatkan kepadatan tulang. Malah, kadar kalium yang tinggi dalam bayam juga membantu melindungi dari kehilangan kepadatan mineral tulang.
2. Mencegah anemia
Bayam memiliki kandungan zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Tanpa zat besi yang cukup, darah tidak dapat menghasilkan hemoglobin.
Hemoglobin adalah protin dalam darah yang memberi warna merah pada sel darah dan bertugas mengangkut oksigen ke organ. Oleh itu, makan makanan kaya zat besi penting bagi mereka yang menderita atau berisiko anemia.
3. Baik untuk kulit dan rambut
Bayam mengandung vitamin A yang tinggi, nutrisi yang diperlukan untuk pengeluaran sebum agar rambut tetap lembab. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua jaringan tubuh, termasuk kulit dan rambut.
Selain itu, bayam juga kaya vitamin C yang dapat membantu menjaga kulit tampak awet muda dan menyembuhkan luka. Mengambil vitamin C yang cukup dapat membantu membina dan memelihara kolagen yang memberikan struktur cantik pada kulit dan rambut.
4. Mengurangkan gejala asma
Kandungan magnesium di dalam bayam juga bagus untuk penderita asma. Magnesium berkesan untuk serangan asma.
Selain itu, bayam juga memiliki beta-karoten tinggi yang dapat membantu penderita asma mengurangi gejalanya.
5. Baik untuk kesihatan mata
Bayam adalah sumber karotenoid lutin dan zeaxanthin yang baik dan membantu mencegah degenerasi makula dan katarak.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah institut, telah menunjukkan bahawa mereka yang makan bayam tiga kali seminggu memiliki risiko 43% lebih rendah terkena degenerasi makula.
6. Melawan radikal bebas
Radikal bebas merupakan atom tidak stabil yang menyebabkan keadaan stres oksidatif. Stres oksidatif merupakan kondisi yang berbahaya, kerana ia merosakan sel DNA, dan menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.
Salah satu manfaat bayam adalah melawan radikal bebas, serta mengurangkan kondisi stres oksidatif melalui beberapa jenis antioksidan padanya iaitu vitamin A, vitamin C, kaempferol dan kuersetin.
7. Mengawal tekanan darah
Sayur bayam juga kaya dengan nitrat yang bermanfaat untuk mengawal tekanan darah. Dengan mengendalikan tekanan darah, makan sayur bayam juga dapat mengurangi risiko terkena penyakit jantung.
8. Mengawal diabetes
Bayam juga dikatakan mampu mengawal penyakit diabetes. Ini kerana, sayur bayam mengandungi molekul antioksidan dipanggil asid alfa-lipoat, yang terbukti dapat menurunkan kadar glukosa dan meningkatkan sensitiviti insulin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru mkn bayam merah smlm. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nak aku jadi Raja Bersionggg |
|
|
|
|
|
|
|
Baru beli bayam kat mart semalam...tengah fikir nak buat sup bayam...nom nom...taruh meatball daging separa gergasi... |
|
|
|
|
|
|
|
yg pic tu baby spinach .. sedap makan mcm tu saja atau di buat jus
bayam biasa yg besar2 tu .. masak tumis air je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 19-1-2021 09:55 AM
Ni bayam yang beli semalam...google jer...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Google...tukar je sayur
SUP SAYUR BEBOLA DAGING
Sup Sayur Bebola Daging
Bahan-bahannya:
12 biji bebola daging dibelah 2
3 rumpun sawi bunga dipotong kecil- tukar bayam
5 biji tomato ceri dibelah 2
5 keping cendawan tiram dicarik kecil
1 batang chineese leek dipotong kecil
1/2 biji bawang besar holland dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu teh pes cili
3 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis buah pelaga, bunga lawang, bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, perasa & bebola daging, biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan semua sayur diatas. Kacau 2 minit dan angkat.
5. Hiaskan dengan taburan bawang goreng & daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Suka makan bayam cicah sambal belacan atau budu bilis.
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 19-1-2021 11:43 AM
Google...tukar je sayur
SUP SAYUR BEBOLA DAGING
Menarik...nak cubalah resepi Sb bagi ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Lengkong replied at 21-1-2021 09:04 AM
Menarik...nak cubalah resepi Sb bagi ni
Saya pun nak masak bayam utk berbuka ni...ada pulak bunjut sup...lagi mudahkan... |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 19-1-2021 10:46 AM
Baru beli bayam kat mart semalam...tengah fikir nak buat sup bayam...nom nom...taruh meatball dagin ...
Sila buat, sb.
Rabu baru ni akak buat brocolli soup with meatball. Hari tu beli 2 brocolli. Bayam pun favourite akak. Tambah lagi ia membantu proses pencernaan kita. Kikikiki |
|
|
|
|
|
|
|
Habis dah bayam masuk perut...Brokoli dah jadi.tomyam
|
|
|
|
|
|
|
|
malas nak masak bayam lambat nak cuci
beli sayur goreng kat kedai je |
|
|
|
|
|
|
|
bayam purple & hijau biasanya mmg masak bening je
bayam brazil je suka naw naw buat ulam lawan dgn cencalok+budu+cili padi+bawang besar percah limau.. peehhhhh nikmat! dgn krup krap krup krap bunyinya lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Lengkong replied at 21-1-2021 10:03 AM
Suka makan bayam cicah sambal belacan atau budu bilis.
Wah.. boleh try ni! Biasa bayam atau bayam merah tu buat tumis bilis aje atau baby spinach buat ulam. Bayam pasir pulak buat sup sebab sup dia tu dikatakan bagus utk lawaskan kencing. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 21-1-2021 12:00 PM
Saya pun nak masak bayam utk berbuka ni...ada pulak bunjut sup...lagi mudahkan...
Sb...hirup kuah sedap tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah habis hirup sup bayam
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 22-1-2021 04:21 PM
Wah.. boleh try ni! Biasa bayam atau bayam merah tu buat tumis bilis aje atau baby spinach buat ul ...
Sedap Kak Leen..cubalah...dalam sambal belacan tu boleh juga nak letak isi ikan sardin/selayang yang dah direbus atau isi ikan keli bakar. Campur air asam jawa atau limau kasturi secukupnya. Cukup masam masin...bertambah nasi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 22-1-2021 04:21 PM
Wah.. boleh try ni! Biasa bayam atau bayam merah tu buat tumis bilis aje atau baby spinach buat ul ...
Bayam merah tumis bilis..telan air liur baca ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|