View: 1488|Reply: 7
|
Pelitup Muka Halang 99.9 Peratus Titisan COVID-19 - Berita Harian
[Copy link]
|
|
Pemakaian pelitup muka mampu mengekang penularan jangkitan daripada titisan air yang dihasilkan individu positif COVID-19. - Foto AFP
PARIS: Pemakaian pelitup muka berupaya menangani risiko penularan daripada titisan air pesakit COVID-19 ketika bercakap atau batuk, menjangkau 99.9 peratus.
Penemuan sedemikian direkodkan menerusi ujikaji yang dijalankan di makmal, menggunakan patung mekanikal dan manusia, Rabu lalu.
Seorang wanita yang berdiri dua meter daripada seorang lelaki, tanpa memakai pelitup muka dan batuk akan terdedah kepada risiko titisan air sebanyak 10,000 kali ganda.
Pengarang kanan Jurnal Sains Terbuka Persatuan Diraja, Ignazio Maria Viola, berkata hasil kajian itu menunjukkan bahawa pemakaian pelitup muka mampu mengekang penularan jangkitan daripada titisan air yang dihasilkan individu positif COVID-19.
Katanya, titisan air bersaiz besar dari salur pernafasan yang dirembeskan ke udara, sebelum jatuh kerana tarikan graviti dikenali sebagai punca utama penularan SARS-CoV-2.
Titisan lebih kecil, lazimnya dikenali sebagai aerosol pula boleh kekal berada di udara untuk jangka lebih lama.
"Kita berterusan menghembuskan pelbagai jenis titisan air ketika bernafas, iaitu daripada yang bersaiz mikro sehingga mencapai skala milimeter.
"Sesetengah titisan akan jatuh ke tanah lebih cepat daripada yang lain, bergantung kepada suhu, kelembapan dan kelajuan udara," katanya ketika dihubungi.
Kajian itu memfokuskan partikel bersaiz ukuran rentas lebih 170 mikron, iaitu antara dua hingga empat kali ganda lebih tebal daripada rambut manusia. Partikel aerosol yang lazimnya berlegar mengikut arus di udara, secara umumnya digambarkan mempunyai saiz berukuran lebih kecil daripada 20 hingga 30 mikron.
Maria Viola berkata pemakaian pelitup muka berupaya mengurangkan risiko penularan jangkitan menerusi rembesan titisan air sehingga 10 kali ganda.
"Dalam ujikaji yang kami jalankan, kadar keberkesanan dalam mengurangkan risiko penularan ialah 99.9 peratus bagi titisan air lebih besar," katanya.
Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan (IHME) yang berpangkalan di Seattle, Washington, mendapati 55,000 nyawa berupaya diselamatkan di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh empat bulan akan datang sekiranya pemakaian pelitup muka diwajibkan.
Berdasarkan unjuran, IHME menjangkakan peningkatan kadar kematian di AS kepada 561,000 kes menjelang 1 April 2021.
Sehubungan itu, institut berkenaan berpendirian bahawa pemakaian pelitup muka universal berupaya mengurangkan kadar kematian sebanyak 400,000 bagi tempoh sama, iaitu penyusutan kepada 2.9 juta berbanding 2.5 juta.
COVID-19 sehingga kini merekodkan angka korban seramai 1.74 juta orang di seluruh dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada awal bulan lalu mengemaskini garis panduan COVID-19 yang menyarankan supaya pelitup muka dipakai ketika berada di dalam bangunan dan dengan kehadiran orang lain, sekiranya kadar pengudaraan tidak mencukupi.
Garis panduan terbaharu itu terpakai, khususnya kepada kawasan yang disahkan atau disyaki mempunyai penularan jangkitan dalam komuniti. Pelitup muka berfungsi untuk mengurangkan penularan jangkitan menerusi rembesan titisan air apabila seseorang batuk, bersin, menyanyi, bercakap atau sekadar bernafas.
Selain itu, pemakaian alat berkenaan dapat menangani risiko menghirup udara mengandungi rembesan titisan air yang mempunyai wabak COVID-19.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) berkata pelitup muka jenis kain bukan sekadar berkesan menghalang titisan air bersaiz 20 hingga 30 mikron, atau lebih besar daripada dirembeskan ke udara.
"Malah, ia mampu menyekat partikel dan titisan yang lebih halus, atau lazimnya dipanggil sebagai aerosol," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok.. Aku tambah stok lagi mask |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 26-12-2020 03:18 PM
Ok.. Aku tambah stok lagi mask
Iols ada 500 kot stok mask lg . Nk beli mask floral tu rasa membazir je pulak. Tunggu berkurang baru beli. |
|
|
|
|
|
|
|
kimsa-ra replied at 26-12-2020 04:43 PM
Iols ada 500 kot stok mask lg . Nk beli mask floral tu rasa membazir je pulak. Tunggu berkurang ...
Iols beli KN95..lepas tu bagi kat makcik.. Ni tgg lagi 100 pcs mask KN95 sampai nak bagi kat makcik jiran membawang iols.. insyaallah gaji bln depan iols top up lagi KN95 |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 26-12-2020 04:47 PM
Iols beli KN95..lepas tu bagi kat makcik.. Ni tgg lagi 100 pcs mask KN95 sampai nak bagi kat makci ...
Kn95 ni tebal kn kak sarah. Ni pasai terpengaruh beli mask bila shocking price dulu tu yg melambak lpstu kesian kt org menjual dulu terpaksa lah beli masa tu wpon shopee lg murah. |
|
|
|
|
|
|
|
kimsa-ra replied at 26-12-2020 06:40 PM
Kn95 ni tebal kn kak sarah. Ni pasai terpengaruh beli mask bila shocking price dulu tu yg melambak ...
5 lapis.. Extra protection utk kita.. Tapi selesa.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 26-12-2020 04:47 PM
Iols beli KN95..lepas tu bagi kat makcik.. Ni tgg lagi 100 pcs mask KN95 sampai nak bagi kat makci ...
Kn 95 tuu mahei kan |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 27-12-2020 03:12 PM
Kn 95 tuu mahei kan
Aku beli 100 pcs rm39.90.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|