CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2785|Reply: 8

GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Je

[Copy link]
Post time 3-11-2020 12:31 AM | Show all posts |Read mode



Diabetes jenis 1 merupakan sejenis penyakit kronik yang sering dikesan dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga sering disebut sebagai diabetes kanak-kanak.
Tahukah anda, ada kajian terbaharu yang menunjukkan, terdapat hubungan antara pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang dengan peningkatan kes diabetes jenis 1 ini.
Ikuti penjelasannya dalam artikel ini!
Diabetes dan juga risiko COVID-19

Sehingga hari ini, masih belum cukup data untuk menyokong tuntutan bahawa penghidap diabetes lebih berisiko untuk mendapat COVID-19 daripada orang biasa.
Individu yang menghidap diabetes seringkali bimbang dengan komplikasi yang mungkin mereka alami akibat COVID-19.
Sebenarnya, keparahan virus itu bergantung kepada bagaimana seseorang individu menguruskan diabetes mereka.
Penghidap diabetes yang dapat menguruskan penyakit mereka cenderung untuk tidak mengalami gejala dan komplikasi COVID-19 yang teruk.
Sebaliknya, penghidap diabetes yang tidak terkawal lebih berisiko terhadap gejala dan komplikasi virus yang lebih serius.
Hubungan antara COVID-19 dan peningkatan kes diabetes kanak-kanak







Berdasarkan kajian terkini, terdapat peningkatan kes diabetes jenis 1 semasa berlakunya pandemik COVID-19 ini.
Peningkatan ini dapat dilihat pada kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1 setelah mereka terdedah kepada virus COVID-19.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Imperial College London, jumlah kanak-kanak yang didiagnosis menghidap diabetes jenis 1 telah meningkat dua kali ganda ketika kes COVID-19 naik dengan mendadak di United Kingdom.
Kajian menunjukkan bahawa, mungkin wujud kaitan atau hubungan antara peningkatan kes diabetes jenis ini yang baharu dengan COVID-19.
Dalam kajian tersebut, 21 orang kanak-kanak telah diuji untuk melihat sekiranya mereka pernah terdedah kepada virus COVID-19.
Sebilangan kanak-kanak diuji untuk melihat antibodi mereka, manakala yang lain menjalani ujian sapuan nasofaring.
Selepas ujian dilaksanakan, lima orang kanak-kanak yang baru didiagnosis menghidap diabetes jenis 1 didapati mempunyai strain coronavirus daripada jangkitan semasa dan juga jangkitan yang lepas.
70% kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1 yang baru mula menunjukkan tanda-tanda ketoasidosis diabetes (DKA).
DKA adalah keadaan yang mengancam nyawa jika tidak didiagnosis dan dirawat dengan segera. Keadaan ini berlaku apabila badan mula kehabisan insulin.
Daripada 70% tersebut, 52% kanak-kanak didapati mengalami DKA yang teruk. Angka yang ditunjukkan agak mengejutkan daripada statistik yang biasa mereka lihat sebelum wabak COVID-19 melanda.
Walaupun kajian menunjukkan terdapat peningkatan diabetes jenis 1 yang ketara dalam kalangan kanak-kanak semasa pandemik, para penyelidik masih mendorong institusi lain untuk melakukan penyelidikan lebih lanjut mengenai hal ini.
Ini untuk mengesahkan bahawa terdapat hubungan yang jelas antara coronavirus dan perkembangan diabetes jenis 1 yang baru pada kanak-kanak.


Hubungan antara diabetes kanak-kanak dengan virus COVID-19

Diabetes kanak-kanak berlaku apabila pankreas gagal untuk menghasilkan insulin atau jumlah insulin yang sangat sedikit.
Apabila badan kekurangan insulin, tubuh tidak akan dapat mengatur kadar glukosa darah.
Sekiranya tahap glukosa sentiasa berada pada paras yang tinggi, ia boleh mengakibatkan hiperglisemia.
Hiperglisemia pula boleh menyebabkan komplikasi lain seperti masalah penglihatan dan saraf. Ia juga dapat meningkatkan risiko penyakit jantung, buah pinggang dan juga strok pada seseorang itu.
Sebelum ini, diabetes jenis 1 lebih dikenali sebagai diabetes kanak-kanak. Ini kerana keadaan ini lebih cenderung untuk berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Tetapi ada juga kes di mana diabetes jenis 1 turut berkembang dalam kalangan remaja dan juga orang dewasa.
Rawatan yang digunakan untuk diabetes jenis 1 adalah suntikan insulin atau pam insulin.
Penyelidik dari Imperial College London menyatakan peningkatan kes diabetes yang baru berkembang ini mungkin disebabkan oleh peningkatan protein secara tiba-tiba yang dipicu oleh jangkitan virus seperti coronavirus.
Seseorang yang tidak mempunyai sejarah diabetes juga boleh menghidap diabetes jenis ini yang baru apabila mereka dijangkiti coronavirus.
Kajian lain masih diperlukan






Masih terdapat kekurangan kajian lain yang dapat menyokong hubungan antara COVID-19 dengan peningkatan kes diabetes jenis ini pada kanak-kanak.
Oleh sebab itu, para penyelidik kajian ini menyatakan kepada semua individu, terutamanya para doktor untuk lebih peka dengan masalah yang semakin meningkat ini.
Untuk memastikan keselamatan anak anda daripada jangkitan COVID-19 dan diabetes jenis ini, adalah amat penting untuk mereka mematuhi segala langkah untuk berjaga-jaga.
Berikan anak anda makanan yang betul dan sihat, serta vitamin untuk meningkatkan daya tahan mereka terhadap penyakit ini.
Sebagai ibu bapa, anda mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak anda.
Patuhi kesemua protokol keselamatan, dan jelaskan kepada anak-anak anda tentang bahaya COVID-19.
Sentiasa ingat untuk menjaga keselamatan anak-anak anda di rumah.
Elakkan juga daripada keluar rumah tanpa keperluan supaya anda dapat melindungi diri dan keluarga anda daripada COVID-19.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm... Mcmtu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya nya virus ni bermutasi
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Udah kencing manis plkkk.. dulu ade bace org kobik ni ade darah beku
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 06:27 PM | Show all posts
suzycutegal replied at 3-11-2020 09:27 AM
Bahaya nya virus ni bermutasi

complications kerana kita become unwell.  kadang2, jankitan kuman yg agak mild pun boleh sebabkan badan kita produce antibody.. dan kebetulan antibody itu terserang cell2 pancreas yang buat insulin, maka terjadilah T1DM pada kid itu.. atau orng dewasa
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Good sharing. Thx tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 5-11-2020 06:27 PM
complications kerana kita become unwell.  kadang2, jankitan kuman yg agak mild pun boleh sebabkan  ...

Owh okayyy...Tq for good sharing....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 06:58 AM | Show all posts

beres sih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 07:02 AM | Show all posts
suzycutegal replied at 7-11-2020 11:32 AM
Owh okayyy...Tq for good sharing....

no problemo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055946 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list