CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22528|Reply: 86

YMM Tuanku Bainun, Dari Guru Ke Raja Permaisuri Perak

[Copy link]
Post time 16-5-2019 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Catpaw at 16-5-2019 08:14 AM



YMM Tuanku Bainun, Dari Guru Ke Raja Permaisuri Perak
By Iskandar Zulqarnain -  18 April 2019


Rakyat negeri Perak sememangnya bertuah dengan kehadiran pemimpin-pemimpin agung yang sentiasa menyantuni rakyat. Dengan ketentuan Ilahi, terdapat juga beberapa insan yang bertuah daripada kalangan rakyat jelata menduduki takhta kerajaan negeri Perak bersama dengan Sultan menaungi dan memimpin negeri.

Kali ini orangperak.com bersempena dengan sambutan hari guru ingin berkongsi kisah srikandi yang tersohor dalam sejarah Kesultanan Perak, baginda berasal daripada seorang pendidik dan kemudiannya menjadi Raja Permaisuri Perak. Baginda ialah Yang Maha Mulia Tuanku Bainun Ali.



Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali dilahirkan pada 7 November 1932 di Pulau Pinang. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong ke 9 serta Raja Permaisuri Perak ke 34.

Tuanku Siti Bainun merupakan puteri kepada ayahanda dan ibunda yang bernama Mohd Ali bin Man dan Che Putih, serta mempunyai adik-beradik 7 orang. Raja Permaisuri Tuanku Bainun menerima pendidikan awal di Sekolah Perempuan St. George’s, Pulau Pinang dan baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool di Britain daripada tahun 1952 hingga tahun 1954.



Baginda mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool, England kerana ketika itu pada tahun 1952, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menghantar dan membiayai sekumpulan pelajar untuk berminat untuk menjadi pendidik.

Di England, mereka akan dilatih untuk menjadi seorang guru untuk berkhidmat untuk bangsa dan negara sekembalinya ke tanah air nanti.


Ketika berada di Maktab Kirkby, Tuanku Bainun merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sangat aktif dalam kegiatan pelajar. Berada di negara orang membuatkan baginda lebih berdikari.

Sebagai seorang anak gadis yang aktif dalam bidang sukan, baginda merupakan salah seorang ahli kumpulan hoki Maktab Kirkby. Latar belakang keluarga yang berdisiplin membuatkan baginda disenangi oleh rakan-rakan yang berbilang bangsa yang turut sama menuntut di England.



Kisah kehidupan Tuanku Bainun berubah apabila baginda mengikuti rombongan maktab perguruan ke London. Sewaktu ketibaan rombongan pelajar Kirkby di Lapangan Terbang Heathrow, London pada tahun 1952, mereka telah disambut oleh sekumpulan pelajar Tanah Melayu yang belajar di sana.

Salah seorang daripadanya ialah putera raja dari Negeri Perak iaitu Yang Amat Mulia Raja Azlan Shah Ibni Sultan Yussuf Izzuddin iaitu putera bongsu Sultan Perak yang ketika itu sedang belajar di Universiti Nottingham. Pertemuan baginda dengan Raja Azlan Shah membenihkan cinta pandang pertama yang akhirnya membibitkan rasa cinta di antara keduanya



Baginda Tuanku Bainun mendirikan mahligai rumah tangga dengan Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah (ketika itu bergelar Raja Azlan) pada tahun 1955.

Sultan Azlan pada ketika itu merupakan seorang Majistret di Kuala Lumpur. Tuanku Bainun kemudiannya meneruskan kerjayanya sebagai guru, kembali mengajar di sekolahnya terdahulu. Tuanku Bainun dikurniakan lima cahaya mata yang comel dua orang Putera dan tiga orang Puteri.


Baginda Tuanku Bainun menjadi guru selama 22 tahun dan mengajar dengan penuh cemerlang dibeberapa sekolah di Kuala Lumpur, Seremban, Raub, Taiping dan Kuantan. Sebagai menghargai sumbangan baginda kepada masyarakat dan bidang pendidikan, Liverpool John Moores University telah memberi penghormatan dan dianugerahkan kepada Tuanku Bainun iaitu anugerah “A Fellow of Liverpool John Moores University”.

Pada tahun 1960 hingga 1962, baginda telah mengambil cuti rehat tanpa gaji. Dalam tempoh ini, baginda melahirkan 2 orang puteri iaitu Raja Eleena Binti Raja Azlan Shah pada 3 April 1960 dan puteri bongsu Raja Yong Sofia Binti Raja Azlan Shah dilahirkan pada 24 Jun 1961.



Pada tahun 1963, pasangan yang mempunyai 5 orang cahaya mata ini kembali ke Kuala Lumpur. Baginda kembali berkhidmat di Sekolah Seri Ampang, Jalan Ampang sehingga persaraannya.

Jawatan terakhir sepanjang menjadi pengajar ialah Penolong Kanan Sekolah Seri Ampang. Baginda kemudiannya mengambil keputusan untuk bersara awal pada tahun 1979 setelah 22 tahun mengajar. Baginda berusia 47 tahun ketika itu dan merupakan isteri kepada Hakim Besar Malaya Tan Sri Raja Azlan Shah.


Dengan tentuan Allah, pada tahun 1984, Sultan Perak Sultan Idris Shah II telah mangkat. DYTM Raja Azlan Shah kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak ke 34 dan serentak dengan itu, Tuanku Bainun yang pada ketika itu bergelar Che Puan Besar Bainun dimashyurkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan baginda ketika itu berusia 52 tahun.

Siapa sangka tuah seorang pendidik yang kemudiannya bergelar Raja Permaisuri. Kemudian pada tahun 1989, DYMM Paduka Seri Sultan Perak dipilih dan ditabalkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 9, dan DYMM Tuanku Bainun turut ditabalkan sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 9.

Setelah tamat tempoh bersemayam lima tahun di Istana Negara, pada tahun 1993 baginda berdua kembali ke negeri Perak Darul Ridzuan. Baginda merupakan rakyat jelata yang pertama dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong.



Baginda Tuanku Bainun duduk bersemayam di atas takhta negeri Perak sebagai Raja Permaisuri Perak sehinggalah kemangkatan Sultan Azlan Shah yang telah mencuri hatinya suatu ketika dahulu.

Sultan Azlan mangkat pada 28 Mei 2014 pada usia 86 tahun, setelah 59 tahun hidup bersama kekasih hatinya Tuanku Bainun. Dewan Negara Negeri Perak telah mengurniakan gelaran Raja Permaisuri kepada Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali dengan bergelar Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali oleh Sultan Perak ke 35, Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang juga anakanda sulung baginda berikutan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Al-Ghafarullahu-lah pada 28 Mei 2014.

Tuanku Bainun sangat gemar akan bunga dan telah mendapat penghormatan apabila tiga jenis bunga orkid dinamakan sempena baginda iaitu Orkid Chiritiera (Chtra) Permaisuri Bainun, Orkid Dendrobium (Den) Tuanku Bainun dan Orkid Renantanda (Rntda) Tuanku Bainun. Hospital besar Ipoh Perak juga ditukarkan namanya ke nama Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Baginda juga merupakan penaung kepada beberapa organisasi dan persatuan amal di Perak, iaitu Persatuan Bola Keranjang Wanita Perak, Persatuan Badminton Wanita Perak, Pergerakan Pandu Puteri, Persatuan Hoki Wanita Perak dan PERKIM. Sehingga kini baginda sangat mengambil berat mengenai rakyat. Semoga Allah merahmati serta mengurniakan kesihatan dan panjangkan umur baginda Tuanku Bainun

kredit:   
https://www.orangperak.com/ymm-tuanku-bainun-dari-guru-ke-raja-permaisuri-perak.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2019 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua gambar diambil dr https://www.orangperak.com/ymm-tuanku-bainun-dari-guru-ke-raja-permaisuri-perak.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2019 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Regal pose

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
YMM dengan anakanda2nya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa LA beliau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Raja Permaisuri Tuanku Bainun dan Tuanku Zara Salim

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-5-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 16-5-2019 08:22 AM
Lawa LA beliau

jelita kan      
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 16-5-2019 08:27 AM
Raja Permaisuri Tuanku Bainun dan Tuanku Zara Salim

Bukan dah berhijab ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya tunku Bainun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2019 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
       .   

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
   

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 08:55 AM | Show all posts
lawanya Tuanku Bainun masa muda2
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 09:07 AM | Show all posts
Masa muda cantik.mesti dia still dpt pencen cikgu tu lagi kan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 09:27 AM | Show all posts
cantiknya tuanku, ptulah cinta pandang pertama
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
I ingat mase sekolah ade baca buku biografi agung mase tu ie sultan azlan shah & tuanku bainun. Mmg kagum dgn kecantikan tuanku bainun. Sultan dan permaisuri yg sama cantik dan sepadan. Dgr kata sbb tuanku bainun ni org kebanyakan sbb tu sultan nazrin shah tak boleh kahwin dgn wan zaleha radzi kan. Katanya tak boleh berturutan keturunan depa kawin dgn org biase. Betulkan info i kalau salah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuanku Bainun masa zaman sekolah memang rupa anak mat salleh. Sgt lawa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 10:29 AM | Show all posts
cantiknyeeeeeee....patutla sultan nazrin hensem
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 16-5-2019 08:38 AM

Nmpk cantik YMM Tuanku Bainun wlpn dmakan usia
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel nazrin masa muda
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 11:30 AM | Show all posts
lawa Tuanku Bainun ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.419534 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list