View: 14285|Reply: 68
|
Fasa- fasa dalam perkahwinan -Nampak alam lain
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sebenarnya sudah lama saya create tread ini tapi belum ada idea nak menulis .Mohon maaf jika ayat agak skema . Alhamdulillah setelah ada masa terluang dan melihat ada keperluan untuk berkongsi pengalaman diri yang sedikit ini. Semoga perkongsian saya seterusnya akan memberi manafaat kepada para pembaca sekalian.
Tahun pertama perkahwinan kami, saya merasakan ada suatu yang tidak kena.. rasa something wrong somewhere.. Kami selalu bergaduh, selalu marah, dan suami pon sama tapi dia banyak berdiam diri..
Atas pelbagai kejadian aneh di rumah dan mimpi sama yang berulang.. Saya dan suami ke darulsyifa.
Memang betul sangkaan kami. Setelah scan pada suami dan saya, tiba-tiba suami dirasuk. Kelam kabut sebab first time tengok suami macam tu. Cuak dan takut. Dia meracau cakap benci kami kahwin, nak kami bercerai dan tak nak bagi kami ada anak dan siap bagi no plat kereta nombor tuannya.
Bermula dari situ memang hampir setiap minggu kami akan ke darulsyifa. Masa tu mula-mula saya tak nak terima keadaan suami. Bagi saya tak patut dia dirasuk sedangkan dia lelaki. Saya takut jika tinggal berdua dengan dia. Waktu itu keluarga dan rakan datang untuk membantu. Hampir berbulan-bulan begitu keadaannya, kami putuskan untuk pulang ke negeri hampir dengan keluaga.
Disebabkan alasan sangat kukuh kami boleh bertukar dengan sangat cepat dan dekat dengan keluarga.
Walaupun begitu,keadaan memang kacau bilau. Selang sehari saja akan ke pusat perubatan. Ada yang menipu ada yang ikhlas(insyaAllah saya akan ceritakan dalam post lain). Setelah setahun berubat saya sangat penat dan kecewa, keadaaan tak banyak berubah. Saya diserang sakit radang sendi. Waktu tu nak bergerak sekaki pun seksa. Berat badan naik mencanak sebab ambil perbagai ubat dan stress kemudian makan lewat malam. Emosi terganggu dengan soalan soalan anak dan banyak yang ingat saya mengandung sebab badan naik mendadak..
Dalam waktu sakit tu saya nampak alam lain.. Saya bagitau suami dia maklum kata bagus la. Sepanjang dia sakit, saya lihat dia sangat sabar dan redho. Saya perhatikan sepanjang sakit dia banyak lakukan zikir dan amalan solat sunat dan amalan solat awal waktu.
Pada suatu malam tu saya bermimpi aneh.. Ada seorang lelaki hulurkan kertas diperbuat daripada kulit kambing.. dalam kertas tu tertulis nama-nama tertentu. Walaupun dalam bahasa arab , saya dapat menbaca dengan jelas nama-nama tersebut. Lelaki tersebut memaklumkan nama- nama tersebut ialah nama anak-anak saya..
Selepas bermimpi nama -nama tersebut saya tak la fikir banyak, mungkin sebab saya terlalu berkehendakan anak ..
Saya terpaksa bercuti disebabkan sakit dan banyak masa terluang di rumah. Pada ketika itu saya mula nampak setan2 yang ganggu saya, suami dan keluarga. Mereka ni dalam pelbagai rupa. Ada yang panjang, pendek, ada yang macam haiwan, macam-macam la rupa bentuk.
Jika yang tanya macam mana nampak, dia bukan macam nampak manusia atau alam kita ni. Lebih kepada hujung ekor mata dan kadang kadang macam tengok tv. Adegan adegan yang berulang-ulang.
Jadi ketika itu saya pelbanyakkan bacaan ayat al-quran dan buat secara berterusan.. Sebelum ini buat juga tapi ada yang lompong.
Ingatkan bila baca ayat Al-quran banyak, tak nampak la alam lain ni..Tapi makin advance pulak.
Alhamdulillah saya bermula dari situ saya baca Manzil secara berterusan, pagi pas subuh sekali dan pas asar sekali. Alhamdullliah dah berterusan sampai sekarang. Sekarang kalo tak baca memang rasa tak lengkap satu hari..
Yang saya perasan kami makin tenang . Dah pindah ke rumah baru, cuba hidup sendiri selepas setahun duduk serumah dengan mak ayah.. (pindah dekat ja dengan rumah mak-ayah)
Saya juga tiba-tiba jadi 'pandai' untuk berubat. Guna limau purut, garam dan air. Mana tempat yang sakit golekkan limau purut ikut lawan jam. Mohon pada Allah supaya diberi kesembuhan.
Air tambah garam kasar. Bilasan last mandi.
Air + limau purut (angka ganjil)tadi dalam mandian.
Sakit-sakit makin berkurangan. Kadang -kadang tangan saya 'macam' bergerak sendiri urut badan saya dan suami. Alhamdulillah sakit kami berdua berkurangan.
Alhamdulilah saya dah mampu ke tempat kerja setelah hampir berbulan cuti sakit..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TT.. nak tanya.. rasa tangan bergerak tue..mcam ada benda gerakkan ke cemana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Rendam kaki dlm air+garam kasar pun elok gak utk keluarkn angin2 sendi |
|
|
|
|
|
|
|
Tangan tu rasa bukan saya yang gerakkan.pandai saja cari point2 yang sakit walaupun tak da basic urut2 in |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mengkudu2016 at 9-5-2019 11:57 AM
Kejadian di kedai makan.
Kebiasaan sarapan di port satu ni.orang memang ramai tapi tak da la sampai kena tunggu meja bagai ke.. Pas dah order makanan tu, suami baca news saya cam biasa layan game cc ..tup-tup dengar orang cakap bangun. Tengok atas takde sape pon..pelik. Pas tu sambung game balik. Kali ni meja goyang pulak. Tny suami , dia cam confuse sebab dia ok sj mana ada goyang meja ke. Kali ke3 lg kuat goyang meja . Waktu tu sy nampak ada benda balam2 putih sebelah sy..Tak lama kemudian makanan sampai atas meja..sy boleh ngantuk sgt2.mcm nak masuk keta tido.. Suami siap tny nk bungkus ke.. Takpe2 sy kata. Sy lelap sat sj.dia mmg pelik, tau sy mmg susah tido inikan pulak di kedai makan dan org ramai lg time tu. Td disebabkan dah lapar kami makan sampai licin jgk. Masuk sj dalam keta sy mula loya.. Nasib baik ada plastik..mmg muntah habis semua.. Balik rumah suami pulak muntah.mmg penat dan lapo balik.nk keluar balik dah malas jd mkn jelah apa2 ada di rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mengkudu2016 at 9-5-2019 12:01 PM
Pas kejadian muntah2 tu.. Kami hati hati dalam pilih kedai makan, last2end up masak di rumah. Tp masa nk pi holiday satu pulau tu.. Kami singgah makan dkt area jeti. Kali ni kaki rasa berat ya amat..mcm ada batu. Nak masuk kedai pun rasa mcm ada bentang jala dlm kedai. Bila masuk kedai kali ni pun rasa ngantuk sgt2..nk celik mata dah tak boleh. Sebabkan belum ada waiter dtg, suami ajak keluar .
Ada lg satu area Rnr. Sampai pon dah lepas maghrib. Masa tu saya keluar dulu sebab nak pi toilet. Waktu tu nampak asap ingat ada org bakar satay ke apa.. Tp pelik sebab asap tu mcm slow gerak dari asap biasa tp sebabkan nak cepat ke toilet sy laju2 jalan. Balik ke keta suami kata lapar, saya dah terlupa hal asap tadi. Jd kami survey nak makan apa.. Time tu ada org ramai turun dari bas jd ke kena tgg la nak beli makn. Masa do ke survey 2 makan nampak sorg tu makan gelojoh sgt2. Dlm hati kata lapo sungguh dia ni. Pastu pandang meja lain ada jgk dua tiga org ya gelojoh makan.. Waktu tu sy dah ingat pasal asap tu. Jadi sy ajak suami balik ke keta . Sampai ke keta rasa penat sgt. Badan jd berat. Dah la jauh lg ni nak drive. Masa tu teringat ada standby bawa air yasin . Sembur satu badan pasti gerak pi cari fastfood ajo
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita yang menarik.
Sila sambung lagi TT.
|
|
|
|
|
|
|
|
mak aku pun ckp benda yg sama... nampak kat ekor mata... macam kabus gittew... |
|
|
|
|
|
|
|
check in ..
sekarang TT camne? dah fully sembuh ke? semoga Allah lindungkan TT dan sekeluarga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa khabar hajimex? lama x muncul dkt sini
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah tahniah tt kerana sabar dalam hadapi ujian
Insyaallah ada hikmah dan ganjaran besar disebalik setiap ujian |
|
|
|
|
|
|
|
baik... anda pula? apa khabar? apakah penceritaan?
btw... ade je muncul sekali-sekala... abg @DumBell yg baru muncul... (selamba aku petik nama orang)
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kepada yang mendoakan.. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua.. Amiinn |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mengkudu2016 at 9-5-2019 11:58 AM
Serangan Yang Diingati.
Dalam banyak serangan sihir, ini antara yang agak terkesan di hati saya. Malam tu sy dan suami layan citer k3g. Tgk tv di blk. 2 mgg mcm tu la suami dan sy aman2 sj tanpa apa2 serangan.. Jadi kami agak relax sikit la time tu. (Insyallah nanti sy cerita rutin kami ketika serangan bertubi-tubi).
Tengah syok2 tgk, time kajol menari2 tu. Tv tiba2 stuck. Sy suruh suami tgk apa yg tak kena. Dia tak nak. Dia suruh sy yg bgn. Sy pon malas jgk time tu. Tiba2 sy jd hot sgt2 kat suami, waktu tu suara dah tinggi. Bergaduh teruk sebab tak nak bangun betulkan tv. Bila fikir balik mmg tak logik bergaduh hal tu. Mmg riuh rendah dlm bilik sampai abg sy yg duduk bilik sebelah bangun ketuk pintu bilik kami. Kebetulan dia ada di rumah mak abah time tu. Tiba2 suami mengerang macam harimau muka dan mata dia mmg lain sgt2. Mata jahat. Dia bgn terkam kepala sy. Gigit tak nak lepas. Waktu tu sy jerit tak mampu nak pikir apa. Sebabkan bilik berkunci, mak abah dan abang cr kunci spare untuk buka kunci bilik kami.
Suami lepaskan sy masa semua masuk bilik. Berdarah jgk kulit kepala. Tp sy terkesan sggh hal tu, badan gigil. Mak abah abang bc ayat kursi. Pastu suami jd lemah dan dia tertidur. Esok pg suami masih lemah, ayah dan abg bw pi jumpa org berubat
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mengkudu2016 at 9-5-2019 11:59 AM
Lepas serangan tu kami stay asing. Suami stay rumah saudara dia, diaorg bw pi terubat tempat lain. Sy ikutkan sj sebab mmg takut sgt dan suami. Dlm sebulan lebih duduk asing dan suami, suami call dan sms tp sy tak nk cakap lama2 dan dia. Waktu tu famili sebelah sy dah bg isyarat jika sy tak tahan keadaan suami takut dan trauma, keluarga bagi peluang untuk sy buat pilihan sendiri .
Sy buntu, takut, penat dgn setiap malam tak lena tidur. Waktu tu sy pikir kesian jgk dgn suami, mak ayah dia dah tak ada. Harap adik beradik lain pun dah semua berkeluarga. Waktu tu sy buat solat istikarah, mlm ke berapa tah sy mimpi aneh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok sambung. Malam tu sy mimpi ke sebuah rumah kayu.ada 2 org wanita tgg sy dlm rumah.rumah lama org Melayu. Dlm mimpi tu sy dah siap berkemban, org tu bw ke tempat mandi. Dia sediakan air dlm gayung besar beserta limau purut yg dipotong. Bila air sampai ke badan, sy boleh rasa sejuk air tersebut dan bau limau. Walaupun 2 org tu sy tak nampak muka atau bercakap, sy faham mereka nak sy bantu suami sy. Sedar sy dr mimpi sy pi cari limau purut dan air kolah masjid. Alhamdulillah lepas mandi berkali2 sy tak trauma sebelum ni.. Sy ambil keputusan untuk ikut suami tinggal dengan saudara dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Rutin jika serangan bertubi-tubi. Dlm ptg kira2 sejam sebelum maghrib sy dan suami kena berada atas tikar sembahyang . Dlm masa tgg maghrib tu kami akan baca zikir , ayat2 rukyah. Sebabkan sy berapa cekap bc al-quran.sy ikut ja apa suami bc.kami akan tgg sampai selesai solat isyak jemaah. Guna tikar sembahyang yg sama utk jd alas tidur kami. Sebelum tidur akan sembur air yg perubat dah bekalkan ikut lawan jam. Kami akan baca ayat kursi seolah2 bayangkan setiap kali 1 ayat kursi tersebut jd dinding hingga seolah2 terbentuknya kotak melindungi kami. Kadang2 kami pasang ayat alquran sepanjang tidur. Sepanjang tempoh tu mmg lampu pasang terang. Sy akan pastikan suami tidur dulu br sy tidur. Dan pastikan bgn sebelum suami bgn. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang suka serang tt dan suami? |
|
|
|
|
|
|
| |
|