View: 15348|Reply: 203
|
Edisi Take A Break: Fazura Dan Fattah Amin Dah Selamat Ijab Kabul ~ TAHNIAH!
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 18 Nov. - Pasangan pelakon Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, bukan berkahwin secara rahsia, sebalik­nya majlis tersebut diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja demi memastikan privasi kedua-dua belah pihak.
Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, Fattah dan Fazura telah pun selamat diijabkabulkan sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor.
Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura sendiri, pernikahan bintang filem Qaisy dan Laila itu berjalan dengan penuh sederhana tetapi sempurna.
“Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.
“Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memi­lih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal,” beritahu sumber tersebut.
Menurut sumber yang sama, pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir keputusan diubah pada hari pertunangan mereka. Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama.
“Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.
“Oleh itu, pada hari pertunang­an mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah,” jelas sumber yang sama.
Bagaimanapun sehingga kini, baik Fattah mahupun Fazura belum membuat sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi mengenai status terkini mereka.
Malah, pihak pengurusan kedua-dua belah pihak juga hanya mendiamkan diri dan menjelaskan majlis yang berlangsung di ke­diaman nenek Fa­zura itu hanyalah ken­duri doa selamat sempena pemergian pasangan ini ke Tanah Suci.
Fattah dan Fazura bersama kedua-dua keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah pada 15 November dan dijangka pulang pada 23 November depan.
Sementara itu, tinjauan Mingguan Malaysia mendapati banyak pihak telah memberikan restu kepada ‘pernikahan’ pasangan ini dan menganggap ia adalah satu kejayaan yang baik dalam hubungan cinta mereka.
Rata-rata peminat Fattah dan Fazura mendoakan agar rumah tangga yang dibina mampu memberi kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan kepada kedua-duanya selepas ini.
Fattah dan Fazura dipertemukan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada awal tahun lalu, dan semenjak itu banyak peminat mengharapkan mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih dan berkahwin.
Dalam pertemuan untuk sesi fotografi akhbar sisipan Pancaindera Mingguan Malaysia sebelum ini, Fazura pernah memberitahu penulis bahawa dia bersedia seandainya Fattah adalah lelaki yang dijodohkan oleh Allah SWT dengan dirinya. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/fattah-8211-fazura-nikah-14-november-lalu-1.555755
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap dengan berita ini harga minyak akan turun minggu depan........... |
|
|
|
|
|
|
|
serious la wei serious lah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya bertemu juga jodoh Fazura.
Banyak betul cabaran dalam hidupnya. Semoga pernikahan ini akan
membawa kebahagiaan kedua-dua pihak.
Jangan peduli tentang harga minyak.
Yang penting dimurahkan rezeki............ |
|
|
|
|
|
|
|
fattah amin ni berlakon tak best.
Apapun, moga berbahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah..tggu jelah dorg balik umrah. Kan dah janji 23nov nnt nk buat pc. Wartawan ni gelepar sgt smpi kwn baik si fattah pon nak dikoreknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nikah kul 12.30mlm
Dah mcm malam satu suro lak |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak tunggu dorang balik dulu? semua tak penyabar |
|
|
|
|
|
|
|
Congrates for both sweet kapel..moga bahagia till Jannah...
#akaksuka |
|
|
|
|
|
|
|
Soreh ai x kenal |
|
|
|
|
|
|
|
ini kelakar
|
|
|
|
|
|
|
|
Sempat ke nak buat permohonan nikah kat pejabat agama semua dalam satu hari kalau kata decide cepat kan pernikahan sehari sebelum tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Moga berbahagia till jannah utk couple ni... Sweet sgt dorang berdua |
|
|
|
|
|
|
|
imthegirl replied at 19-11-2017 09:22 AM
Sempat ke nak buat permohonan nikah kat pejabat agama semua dalam satu hari kalau kata decide cepat ...
Mesti dorg dh lama plan nk kawin,paling tidak 5-6 bln sblm majlis dn semestinya by that time dah settle semua permohonan nikah etc. Takat tukar tarikh nikah itu biasa berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 19-11-2017 01:02 AM
Nikah kul 12.30mlm
Dah mcm malam satu suro lak
suketi, tunduk kau suketi ... jadilah isteri eh anak angkatku.. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 19-11-2017 09:02 AM
Nikah kul 12.30mlm
Dah mcm malam satu suro lak
rio, jadilah kau anak yang berguna pada bangsa agama dan negara, ya manis? |
|
|
|
|
|
|
|
temu jodoh juga fazura. moga fatah dapat membimbing fazura. stay classy hokay |
|
|
|
|
|
|
| |
|