CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2512|Reply: 15

Hidup Biar Beradab Jangan Biadap

[Copy link]
Post time 25-9-2017 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Semalam saya terbaca komen di facebook mengenai seorang ibu yang mengadu tentang anaknya. Dia meluahkan kerisauannya kerana anak sulungnya selalu menelefon mengatakan yang dia dibuli dan mahu keluar dari asrama.


Malangnya si ibu dan ayah tidak berbuat apa-apa kerana si ayah tetap mahukan anaknya terus berada di sekolah yang berprestij dan malu pada jiran-jiran jika dia mengeluarkan anak dari asrama berkenaan.


Kisah si ibu ini mendapat reaksi netizen yang memberi komen panjang menjela. Rata-rata memberi nasihat secara kasar atau biadap dan menyebut perkataan ‘biar anak kau mati dulu’. Saya faham netizen mamang marah di atas ‘kebodohan’ ibu bapa berkenaan yang tidak bertindak hanya kerana alasan yang tidak masuk akal.






Jiwa saya pun meronta sama. Kalaulah saya kenal keluarganya, mahu sahaja saya pergi dan paksa ibu bapa itu menyiasat dan ambil tindakan drastik jika benar hal itu berlaku. Terlalu kesian saya pada si anak. Aduhai. Moga kita tidak menjadi  ibu bapa seperti itu. Moga anak itu selamat dan rakan-rakan yang dibuli itu dipulihkan kembali hati hitam mereka menjadi putih.


Sebenarnya hal yang saya ingin kupas ialah sikap kita di saat sedang dilanda musibah, ujian, suasana getir mahupun sekadar memberi komentar atau situasi orang lain.


APA DAH JADI DENGAN KITA?
Saya dapat rasakan warga kita ini semakin diamuk rasa marah. Mudah sangat marah dan bertindak menzahirkan kemarahan dengan sekurang-kurangnya memaki hamun, belum lagi membalas dendam, membuli sehingga membunuh. Memang ngeri.


Di mana letaknya kewarasan dan kesabaran? Yang mengalami musibah tidak bijak bertindak dan yang memberi nasihat pula tidak berhemah. Apakah tamadun kita semakin mundur dan menyonsang dengan kemajuan teknologi? Apakah semakin tinggi ilmu dan teknologi kita, menjadikan kita semakin jahil?






PANDAI TAK SEMESTINYA BAIK
Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan tindakan 7 remaja keciciran pelajaran membakar dan membunuh 24 pelajar dan guru Tahfiz. Mereka kini sedang ditahan untuk dibicarakan. Alasan tidak bersekolah dan terlibat dadah memang kita akur, mereka ini mudah terdedah dengan perbuatan jenayah dan berpemikiran negatif. Namun, untuk bertindak kejam, kita tetap menganggap ia satu perkara yang tidak masuk akal dan di luar batas kemanusiaan. Memang wajar mereka mendapat hukuman yang setimpal. Kita amat berdukacita dengan kejadian itu.


Itu tentang perangai orang yang keciciran, bagaimana pula keadaan orang yang sedang menuntut ilmu? Kita berbalik pada komen tentang si ibu tadi, ada juga netizan menyatakan begini, ‘pandai tak semestinya baik’. Ertinya gejala jahat seperti membuli, mendera bahkan hingga membunuh turut dilakukan oleh remaja yang sedang menuntut ilmu. Anda pasti masih ingat kes kematian seorang pelajar akibat didera dengan seterika sebelum ini.


Pantang orang lain lebih atau melawan sikit, terus hendak berdendam. Pantang sikit tengok orang lemah, terus hendak membuli. Manusia tidak kira status pendidikan sudah semakin hilang toleransi. Hilang kawalan diri. Hilang budi pekerti. Hilang simpati dan empati. Kenapa? Apakah sedang berlaku mutasi gen manusia dengan dajal? Wallahualam.


Foto: Carian internet


Usah terlalu sibukkan urusan diri hingga terabai anak-anak. Biar susah mengasuh anak waktu kecil, jangan bersusah menanggung masalah mereka sampai ke tua. Asuhlah generasi kita demi kelangsungan legasi yang sihat dan berbudi pekerti. Hidup biarlah beradap dan jangan biadap.


Sempena kehadiran bulan Muharam 1340 Hijriah ini, marilah kita perbaiki diri dan keluarga kita akan menjadi bertambah baik dan mampu mencapai kehidupan lestari yang selamat, sihat dan aman di bumi ini. Kita tiada tempat lain untuk pergi kecuali mati dan ke negeri akhirat nanti. Jadi jagalah bumi kita ini dengan penuh kasih sayang.


Sehingga jumpa lagi. Salam hormat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2017 04:44 PM | Show all posts
selayaknya la kena hencap..
malu lagi penting dari keselamatan anak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
betul apa yg @prettyuglybabe ckp tu. .adusss, kesian sgt dekat anak tu. .
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan i pun ada macam ni.
Anak perempuan menangis merayu2 nak keluar asrama tapi tak diendah.
Siap bangga update kat FB, mak hati batu.

Spesies mak malas didik anak,
Malas nak sibuk2 hantar anak tuisyen.
Jenis konon nak berkepit dengan suami 24jam.
Kesimpulannya, anak itu beban.

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 05:24 PM | Show all posts
tula. sedih kenpa skrg rmai jadi macamtu. harap2 la anak2 sis jgn jadi biadap begitu. apa masalah anak sis kena dengar. jgn buat tak endah, teruk kesannya nanti kalau tak dengar isi hati mereka
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 05:36 PM | Show all posts
kalau mati apalah yg boleh dibanggakan lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2017 05:47 PM | Show all posts
Jenis macam ni kalau jadi apa2 kat anaknya jangan sibuk nak mengadu kan social media pulak nanti mahu teruk dikutuk akhirnya.  Bab adab sopan tu sejak kebelakangan ni memang dah makin nyata kekurangnya dikalangan masyarakat.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 05:59 PM | Show all posts
aku pun baca kes ni kat page rumahtangga tu. sakit dada rasa geram gila kat laki bini bangang ni.  anak dia mengadu kena pukul, kena tiup kipas sampai tahap senior nak buat benda tak senonoh kat dia. mak dia masih boleh tanya pendapat orang apa nak buat. aku ni smp jatuh air mata pikir kesian kat anak kau. jilake sangat laki bini ni.. pikir air muka dari pikir nasib anak. kenapala korang membiak.
kalau mati karang mula la merempan anak syurga mama..anak syurga mama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2017 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tinacuak at 26-9-2017 06:32 AM

{:kill

Aku dulu nak keluar asrama/tukat sekolah mak ayah tak bagi...tau aku bt cemana? Aku buntu. Sambil dok berjalan pikir macam mana nak pujuk mak ayah bg setuju, aku x nampak depn tu ada longkang. Besar gila. Terjatuh. Kaki terseliuh. Dapat mc pastu xmau dah p skolah tu. Punca dia satu je, aku x tahan ada budak asrama dok ejek aku, rendahkan aku, pastu cikgu x dak belas kasihan. Lepas aku jatuh tu aku sempat lagi masuk kelas, tup2 kena denda denngan cikgu sebab tak bawa buku. Kaki aku masa tu bengkk dah. Tapi cikgu tetap nak denda aku berdiri atas kerusi. Member sebelah dh cakap cikgu, kaki dia bengkak tu, bagila dia duduk. Ko tau cikgu tu cakap apa? PEDULI APA SAYA KAKI DIA BENGKAK KE PATAH KE, SIAPA SURUH X BAWAK BUKU. aku dah la masa tu sensitif yg amat sbb tgh sakit kan. Nasibla. Dah la kena buli dengan budak bilik, dapat pulak cikgu tak ada belas kasihan. Aku x ngadu pun mslh sebensr kat mak ayah aku sebab takot kena marah. Mak ayah aku tau aku anak manja x leh berenggang dgn dorang je, sbb tu nk pi dh sekolah. Ahahah padahal ..... Pendam
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 08:32 AM | Show all posts
kesiannye anak dia

kena buli pun mak bapak tak ambil peduli  

pastu bila dah cedera parah bagai tau plk salahkan org lain

selfish betul mak bapak mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 10:13 AM | Show all posts
aku senang je, tanya dulu anak dia nak masuk asrama tak?? kalau taknak takpe jangan paksa. kekadang ada anak kita ni bukan taknak duduk asrama sebab peraturan ketat tapi dia taknak jauh dengan mak ayah. so dari dia sedih dan stress baik jangan hantar, plus aku pun rasa aku bersedia nak lepaskan anak- anak masa dia duduk uni nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 11:16 AM | Show all posts
mak pak xde otak
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 12:06 PM | Show all posts
janganlah sebab kita nk kejar cita2 kita anak jd mangsa..

kalau saya dengan byk kes buli yg terjadi sekarang, sy sendiri pun takut nak anta anak2 sekolah asrama..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 12:25 PM | Show all posts
pelikkkk..bodoh betul makbapak ni
x risau ker ank jd mangsa buli..
jadi macam2 baru nak nyesal..atau senang ckp salahkan takdir
atau pun nnti boleh la ckp ank syurga...
ada la sorang da tunggu kat syurga..confirm makbapak masuk syurga..

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 12:44 PM | Show all posts
Cyempaka replied at 25-9-2017 05:59 PM
aku pun baca kes ni kat page rumahtangga tu. sakit dada rasa geram gila kat laki bini bangang ni.  a ...

aku baca ari tu..ada wanita turun darah masa bersalin..boleh lagi dia post kt fb tanya apa nak buat...
lepas baca pertanyaan dia tu aku

mujur ler ada org tolong jawapkan...ko pergi la hospital..tanya dalam ni buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 03:54 PM | Show all posts
Allahu....kasihan anaknya.  

jgn la  terjadi apa2  yg tak elok kat anaknya tu...

dan moga mak bapaknya tersedar dari kebodohan itu setelah diberi nasihat aka hencapan.

membayangkan anaknya mengadu dibuli begitu....as a mom...seriously ko tak rasa apa2 ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064731 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list