Dengar sahaja pocong, pasti sudah terbayang hantu bungkus gamaknya. Bukan hanya menyeramkan, tetapi jika anda pernah berhadapan dengannya pasti tidak akan pernah lupa akan kejadian tersebut.
Sebenarnya ada beberapa tips jika anda ingin tahu kalau-kalau makhluk itu berdekatan dengan anda. Ianya terjadi apabila pocong berdekatan dengan anda. Sudah bersedia untuk tahu tanda-tanda pocong dekat dengan anda? Jom!
Selalunya jika anjing ternampak sesuatu yang aneh, terutamanya melihat pocong, anjing tersebut akan menyalak panjang. Hati-hati saja jika terdengar anjing menyalak. Ada kemungkinan yang menghampiri anda itu pocong!
Munculnya bau hanyir atau busuk Jika tiba-tiba sahaja anda terbau bau yang sangat wangi, ataupun tersangat bsuuk, hati-tayi ya! Kemungkinan makhluk tersebut sedang menghampiri anda.
Benda di sekitar bergerak-gerak. Kedatangan pocong selalunya disertai benda yang bergerak secara tiba-tiba dan misteri. Biasanya selalu terjadi pada daun pisang.Pokok pisangadalah salah satu tempat yang pocong suka singgah. Ada kalanya duduk di tepi, ada kalanya di atas pokok pisang itu sendiri. Sungguh menyeramkan!
Angin berhembus tiba-tiba. Anda duduk bersendirian, dan tiba-tiba anda rasa seperti ada hembusan nafas atau angin di muka atau di mana-mana anggota badan anda. Bukan itu sahaja, malah anda rasa bulu roma anda tiba-tiba sahaja tegak! Ini salah satu tanda kemungkinan pocong atau makhluk halus lain dekati anda.
Perasaan pelik tiba-tiba datang Pocong dipercaya dapat menyerap energi positif seseorang. Jika ada pocong, emosi anda tiba-tiba berubah dan rasa seram. Sebaiknya anda cepat-cepat panggil rakan untuk bersama anda.
Anda rasa, anda pernah mengalami tanda-tanda seperti diatas? Namun tidak pernah melihat kelibat makhluk berkenaan. Anda mungkin bertuah kerana tidak ditunjukkan kelibatnya. Tetapi jangan meminta ya! Nanti terkejut pula.
Sumber: Brilio.net
|