CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9578|Reply: 19

Pak Su Bertapa Di Dalam Bilik Nyai Roro Kidul

[Copy link]
Post time 19-9-2017 03:35 PM | Show all posts |Read mode



Sepanjang usianya, Pak Su telah mendalami ilmu kebatinan. Beliau telah merantau bukan sahaja ke seluruh Malaysia, tetapi juga ke beberapa negara lain di seluruh dunia.




Salah satu negara yang paling banyak dikunjungi ialah Indonesia. Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu agama dan kebatinan dari ramai guru di sana.




Selain itu, Pak Su juga sering bertapa bagi memantapkan lagi ilmunya atau sekiranya pertapaan diperlukan bagi melengkapkan ilmunya itu.




Salah satu tempat pertapaan yang pernah dikunjunginya ialah Bilik Nyai Roro Kidul. Bagi mereka yang mengetahui, bukan semua orang dibenarkan masuk ke bilik itu kerana ada penjaganya yang dipanggil juru kunci.




Ikuti pengalaman beliau seperti yang pernah dipaparkan oleh sebuah akhbar tempatan. Berikut merupakan salinan semula artikel tersebut bagi memudahkan pembacaan.







PAK SU BERTAPA DI DALAM BILIK NYAI RORO KIDUL

Berjaya dapatkan ilmu pengasih yang digilai ramai paranormal



Cheras, Kuala Lumpur: “Salah… Semuanya salah. Kisah yang diceritakan tentang Nyai Roro Kidul itu semuanya salah. Cerita itu diambil dari sumber yang tidak benar,” kata seorang pengamal perubatan tradisional, Pak Su, mengenai artikel yang pernah dipaparkan sebuah majalah tempatan. Beliau juga mendakwa dirinya pernah berinteraksi secara ghaib dengan Nyai Roro Kidul atau dikenali sebagai Ratu Laut Selatan yang cukup digeruni oleh masyarakat di Indonesia. Nyai Roro Kidul dikatakan pemerintah kepada kerajaan ghain di Luat Jawa dan cukup berkuasa.



“Kanjeng Ratu (panggilan hormat untuknya) bukan terkena penyakit kulit seperti yang didakwa, tetapi dicampak ke tengah laut setelah ditahan oleh pihak musuh yang menawan negeri pemerintahan bapanya ketika dilarikan melalui jalan laut. Kanjeng Ratu diselamatkan oleh penjaga laut dan setelah itu, barulah dia menjadi pemerintah di Laut Jawa.



“Kanjeng Ratu mempunyai adik beradik lain iaitu Nyai Blorong dan ia digelar sebagai Nyai Roro Kidul kerana ‘roro’ atau ‘loro’ sendiri membawa maksud ‘dua’ dalam bahasa Jawa. Perbezaan di antara mereka adalah ilmu yang diamalkan kerana Kanjeng Ratu mengamalkan ilmu baik, sementara Nyai Blorong lebih kepada ilmu yang keras atau ilmu hitam. Kedua-duanya cukup popular di kalangan masyarakat Indonesia.


“Bukan itu sahaja, malah Kanjeng Ratu juga berkahwin dengan mereka yang dirasakan layak menjadi suaminya. Antara mereka yang pernah berkahwin dengan Kanjeng Ratu adalah Raja Amngku Bono 1, bekas Presiden Indonesia, Sukarno dan beberapa orang biasa. Mereka yang dipilih perlulah mempunyai kesaktian tersendiri,” ujarnya.


Pak Su turut mengakui dirinya sudah beberapa kali berkunjung ke tempat yang sering dikaitkan dengan kemunculan Nyai Roro Kidul iaitu di Pelabuhan Ratu dan Bilik 308 di Samudera Beach Hotel, Indonesia. Malah pertapaannya di sana turut menemukan beliau dengan Nyai Roro Kidul secara ghaib.


“Terdapat satu kawasan di Pelabuhan Ratu yang dinamakan sebagai Bukit Karangaur kerana tempatnya terbentuk daripada batu karang. Di situ juga terdapat satu kerusi tinggi dan gua kecil terbentuk daripada batu karang dan menjadi tempat pertapaan mereka yang mahukan ilmu Kanjeng Ratu termasuklah Sukarno.




“Bukit Karangaur merupakan medan paling kuat untuk melakukan pertapaan dan menjadi tempat datangnya Kanjeng Ratu. Saya pernah bertapa di atas kerusi dan di dalam gua tersebut serta berjaya menemui Kanjeng Ratu secara ghaib.


“Saya juga pernah melakukan ritual pada malam Jumaat Kliwon (Khamis malam Jumaat yang jatuh pada 13 haribulan bulan Islam dan bulan mengambang ketika itu) di dalam bilik 308 tersebut yang merupakan bilik persinggahan Kanjeng Ratu. Nasib saya baik kerana selepas melakukan ritual selama tiga malam berturut-turut, saya telah mendapat ‘kujang’pemberian Kanjeng Ratu yang berbentu ‘macan’ (harimau).


“Selain itu, kedatangan Kanjeng Ratu juga dalam pelbagai bentuk dengan tiga warna yang berlainan sama ada hijau, kuning atau putih. Setiap warna membawa maksud yang berlainan. Ketika Kanjeng Ratu datang sewaktu saya menjalankan rituan, ia datang dengan warna kuning yang membawa maksud kesudian memberikan ilmu dunianya. Saya telah mendapat ilmu pengasih Kanjeng Ratu yang tiada tolok banding dan digilai oleh masyarakat Indonesia dan ahli perniagaan di sana,” ceritanya panjang menjelaskan kembali kenyataan sebenar mengenai Nyai Roro Kidul yang sebelum ini pernah dipaparkan oleh penulis.




Menurut Pak Su lagi, bukan semua orang dibenarkan masuk ke dalam bilik 308 itu kerana mereka perlu meminta kebenaran daripada ‘juru kunci’ (penjaga) yang juga mempunyai pertalian darah dengan Nyai Roro Kidul. Malah, katanya, pengunjung juga tidak boleh membuat ‘semberono’ (tidak tentu hala) ketika berada di bilik berkenaan.



“Menurut cerita ‘juru kunci’ itu, pernah suatu ketika dahulu seorang paranormal mengambil rambut Kanjeng Ratu tanpa izin ketika dia melakukan pertapaan. Dia dikatakan meninggal dunia keesokan harinya dalam keadaan mengerikan akibat dilanggat lori. Perkara itu telah menjadi iktibar kepada semua paranormal yang lain di sana,” ujarnya lagi.




Pak Su juga menunjukkan kepada penulis gambar-gambar yang diambil ketika kunjungannya ke bilik 308 itu beberapa tahun lepas. Merujuk kepada gambar-gambar tersebut, hampir keseluruhan perkakas termasuk dinding dan katilnya berwarna hijau. Malah terdapat kerusi yang dikatakan Kerusi Sukarno, mahkota, baju persalinan, gambar lukisan Nyai Roro Kidul dan kelengkapan alat-alat solek.




“Kesemua alat solek tersebut belum digunakan termasuklah gincu, mekap dan lain-lain lagi. Salah satu cara untuk mengetahui kunjungan Kanjeng Ratu adalah dengan merujuk kepada Alat-alat solek tersebut. Jika sudah digunakan, maka tahulah mereka bahawa Kanjeng Ratu telah datang pada malam itu dan mereka menggantikannya dengan yang baru keesokan hari,” jelas Pak Su lagi.


Selain mendapat ilmu pengasih dan kujang, Pak Su mengatakan beliau juga ada membawa segenggam tanah dari Bukit Karangaur yang diambil selepas melakukan pertapaan dan mendapat keizinan Nyai Roro Kidul. Jelasnya, beliau boleh ‘memanggil’ Nyai Roro Kidul dari rumahnya di sini dengan adanya tanah tersebut.




Berdasarkan ilmu pengasih yang diperolehinya, Pak Su kini turut menyediakan perkhidmatan ‘Mandi Kanjeng Ratu’ iaitu mandi bunga dengan menyerapkan ilmu pengasihan Nyai Roro Kidul bagi menunaikan hajat dan sesuai untuk sesiapa sahaja termasuklah ahli perniagaan yang inginkan kejayaan. Katanya, mereka yang bermasalah perlu mencubanya kerana ‘Mandi Kanjeng Ratu’ ini cukup popular di kalangan masyarakat Indonesia termasuklah golongan atasan.




Antara khidmat lain yang disediakannya adalah menyelaikan masalah berkaitan saka, ilmu hitam, rumah tangga, lemah syahwat, sukar mencari jodoh, perniagaan kurang menguntungkan, kurang siuman akibat gangguan dan lain-lain masalah berkaitan dunia ghaib. Malah beliau juga turut menyediakan minyak pengasih, minyak pelaris, mandi keramat dan menaikkan seri wajah kepada mereka yang memerlukan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak citer untuk dapatkan kehidupan yang baik ni,cukup dengan mendapat rahmat dan redha Allah.

Nak dapat redha dan rahmat Allah,kena buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.serta menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Apabila Allah terima amalan kita,maka Allah redha dengan kita dan hubungan kita dengan Allah akan jadi dekat.

Apabila hubungan kita dengan Allah menjadi dekat,Allah akan menolong dan membantu kita dan melindungi kita.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 09:28 PM | Show all posts
Betapa iblis sedaya upaya menyesatkan manusia di akhir zaman.
Maka benarlah hanya 1 golongan daripada 72 yang akan kekal masuk syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:54 PM | Show all posts
bongok je cite pak su ni.....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 07:46 PM | Show all posts
macam tipu jah.. bukan ilmu yg diberi takleh buat bisnes ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 09:58 AM | Show all posts
ada lagi ke roro kidul ni? kisah tahun bila ni? gigih nau nak ilmu pengasih bagai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2017 04:32 PM | Show all posts
sibuk nk setelkan masalah saka org
masalah saka sndiri bertepek2 kat bdn tu

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 05:07 PM | Show all posts
syirik la semua ni...merepek2 jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
JulietTheOrange replied at 26-9-2017 04:32 PM
sibuk nk setelkan masalah saka org
masalah saka sndiri bertepek2 kat bdn tu

ada.. sb.. ruhnya x diterima bumi.. ia keturunan iblis laknatullah.. ada bersama sama bapanya dilautan..
keturunannya ada di msia.. dan pernah dtg ke rumah saya.. bbrp tahun lepas.. saya scan, dan lihat.. org org berkupiah spt jawa sujud kpd nya..
dgr cite, org org beradu secara ghaib dgnnya, semua kalah... mrk yg berketurunan ni, kalah dgn dua bgian surah alKahfi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ciklahcuteII replied at 25-5-2021 07:50 PM
ada.. sb.. ruhnya x diterima bumi.. ia keturunan iblis laknatullah.. ada bersama sama bapanya dila ...

Cite lagi ciklah...ciklah ni perawat ke. Buka la thread or cite lebih lanjut lg mengenai ratu ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia hidup di alam manusia, yg bkn manusia hidup di alam ghaib. Apa yg penting ilmu, ilmu utk kita menghadap hari2 yg mendatang dan juga hari pembalasan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lilac85 replied at 26-5-2021 05:42 PM
Cite lagi ciklah...ciklah ni perawat ke. Buka la thread or cite lebih lanjut lg mengenai ratu ni

ada citenya dlm page ciklah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ciklahcuteII replied at 26-5-2021 06:23 PM
ada citenya dlm page ciklah..

Ok2 nanti kita cari. Hari tu ada baca sekali utk mh370. Tq ciklah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
lilac85 replied at 26-5-2021 08:08 PM
Ok2 nanti kita cari. Hari tu ada baca sekali utk mh370. Tq ciklah

Cik lah ni ilahkhatibrani ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ciklahcuteII replied at 26-5-2021 06:23 PM
ada citenya dlm page ciklah..

Cik lah ni ilahkatibrani ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
lilac85 replied at 27-5-2021 08:38 PM
Cik lah ni ilahkhatibrani ke

sori..bkn..ciklah x guna saka saka utk merawat.. sblm ni .. ciklahcute .. dh lupa password, kena buat lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ciklahcuteII replied at 27-5-2021 09:34 PM
sori..bkn..ciklah x guna saka saka utk merawat.. sblm ni .. ciklahcute .. dh lupa password, kena b ...

Oh takpe hihihi saja tanya. Tgh baca blog ciklah ni. Tak tulis blog lg ke ciklah. Menarik sgt
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 11:33 AM | Show all posts
mesti nyi roro ni pun meluat dah dengan manusia
ramai sangat buat temple persendirian sambil puja2 nyi roro ni

xkurang plak yang guna nama nyi roro ni untuk terkenal and cari perhatian .......

so whatever ........
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:59 AM | Show all posts
ciklahcuteII replied at 26-5-2021 06:23 PM
ada citenya dlm page ciklah..

ciklah ada page/blog ke?
care to share the link...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 02:36 PM | Show all posts
minat gak baca pasal benda2 gini tapi cara paksu ni cakap......macam terlebih gam je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.266398 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list