View: 725|Reply: 0
|
tak de wang nak pulang ,rakyat maleysie yang ditahan kerane curi ikan kat indon
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akan membantu membawa pulang seorang tekong bot serta tiga yang lain dari Indonesia setelah ditahan pihak berkuasa negara itu di kawasan perairan Riau, 16 April lalu.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Ahmad Rudin Hussain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk terus membela nasib nelayan.
"Kami terpanggil untuk membantu waris mangsa NorHaslina Awi untuk membawa balik seorang abangnya Kamaruzman yang juga seorang tekong bot serta tiga yang lain dari Indonesia setelah ditahan pihak berkuasa.
"Pihak kami yang berada di Terengganu akan berhubung dengan waris mangsa bagi mengetahui perkembangan nelayan tersebut dari masa ke semasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga akan membantu waris nelayan dari aspek kewangan bagi membawa pulang nelayan tersebut.
Nekmat boleh dihubungi di talian 03-61361808 untuk sebarang pertanyaan lanjut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|